Klik! iklan Nuffnang tanda sokong blog ini. Terima kasih.

Friday 30 September 2011

Peluang Kerja di Panasonic Semiconductor


Temuduga terbuka. Gambar banner ini di snap depan pagar Panasonic Semiconductor.

Kekosongan jawatan ialah

  1. Operator Mesin.
  2. Juruteknik Pengeluaran.
Jika berminat boleh hubungi no telefon yang tertera dibanner. Harap maklum. 

Peluang Kerja di CTRM


Gambar banner ini di snap di Persimpangan Batu Hampar.

Kekosongan jawatan ialah
  • Pembantu Juruteknik.
Jika berminat boleh hubungi no telefon yang tertera dibanner. Harap maklum. 

Monday 26 September 2011

Tanam Cekur Manis

Mungkin ramai belum mengenali pokok cekur manis apatah lagi ia merupakan sayuran tradisional yang biasanya diperoleh di kawasan luar bandar.

Cekur manis (Sauropus androgynus) adalah sayuran dari keluarga Euphorbiaceae, merupakan sayuran tradisional.

Ia adalah pokok yang tumbuh renek dan mencapai ketinggian hingga 3.5 meter. Batang tidak mudah bercabang kecuali bila dicantas.

Pada batang terdapat ranting ranting lateral pendek dan daunnya tumbuh secara berselang seli hingga ke hujung.

Daun cekur manis beraroma sedikit bila diramas, buahnya globos berukuran1.5sm diameter, berpangsa tiga dan berwarna putih kemerahan.

Cekur manis juga dipanggil sayur pucuk manis atau asin asin dan mempunyai warna hijau gelap serta ditanam di Asia Tenggara, India,Sri Lanka dan selatan China.

Cekur manis kaya dengan kabohaiderat, lemak, serabut, asid amino, besi, fosforus, kalsium, vitamin A, B1, B2 dan C.

Dari segi khasiat makanan, daun, pucuk boleh dimasak air, digoreng atau dimakan mentah. Buah cekur manis boleh dijadikan jeruk manis.

Khasiat ubatan cekur manis boleh merangsang pengeluaran susu ibu dan ubat bagi memulihkan wanita lepas bersalin, ia mengubat demam panas, masalah buang air kecil, merawat pening, melawaskan kencing dan hidung berdarah.

Pembiakan dan penanaman

Cekur manis mudah dibiakkan melalui sistem batang yang berkayu keras, ystem sepanjang 20-25 sm boleh ditanam terus kebatas atau dibiakkan di dalam polibag yang diisi media tanah campuran dan diletak di tapak semaian.

Batas disiapkan dengan ukuran lebar satu meter dan panjang batas bersesuaian dengan kawasan penanaman.

Cekur manis memerlukan tanah yang subur, gembur dan mempunyai bahan organaik yang tinggi. Jarak tanaman yang sesuai ialah 50-100 sm antara pokok dan 100-120 sm antara barisan tanaman.

Tanaman dibuat satu barisan sahaja kerana ia akan bercabang banyak bila selalu melakukan cantasan. Pokok boleh bertahan sehingga 8-10 tahun jika penjagaan sempurna.

Pengairan

Pengairan amat perlu pada peringkat awal penanaman sehingga penuaian hasil dilakukan, tanaman perlu disiram sekurangnya sehari sekali, kaedah pengairan secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis atau titis.

Pengawalan rumpai

Bagi memastikan tanaman hidup subur, kawalan rumpai perlu dilakukan. Rumpai di atas batas dibuang secara manual dan antara lorong tanaman rumpai boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai yang disyorkan.

Pastikan semasa penyemburan racun ia tidak mengenai tanaman.

Pembajaan

Baja yang disyorkan ialah 120 kg N:60 kg P2O5:60 kg K2O setiap hektar, tetapi ia bergantung pada keadaan tanah di sesuatu kawasan.

Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 boleh digunakan dengan kadar 80-100 gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 sm dari rumpun pokok serta dikambus.

Pembajaan dibuat setiap bulan dan diselangkan dengan bahan sistem tahi ayam atau kompos dengan kadar satu hingga kg /meter persegi.

Baja foliar bagi semburan daun boleh digunakan bagi mempercepatkan pertumbuhan daun bekalan bergantung pada pasaran.

Pemangkasan

Cekur manis memerlukan pemangkasan bagi memastikan pokok tidak terlalu tinggi dan menyukarkan penuaian hasil, ketinggian yang disyorkan ialah antara 1.0-1.2 meter.

Pokok perlu dicantas bagi mengawai ketinggian dan menggalakkan pertumbuhan tunas atau pucuk baru.

Kawalan perosak

Cekur manis jarang diserang perosak di peringkat awal penanaman, serangan koya, hamama bermula setelah sekian lama penuaian dilakukan.

Jika terdapat banyak serangan serangga, pokok boleh dicantas secara keseluruhan bagi mengurangkan perosak mengikut ketinggian yang dikehendaki.

Penuaian

Pucuk muda boleh dituai setiap hari dengan memotong kira 20-25 sm dari pucuk. Pucuk di susun dan ditimbang antara 300-400 g, diikat atau dimasukkan di dalam sistem yang di lubangkan bagi tujuan perpeluhan dan dijual di pasaran.

Sunday 25 September 2011

Pengurusan Ekzema Atopik

Ekzema merupakan penyakit kulit yang kerap dialami di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus merupakan golongan dewasa.

Ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Penyakit kulit ini merupakan jenis ekzema yang paling banyak berlaku tetapi puncanya masih samar. Faktor genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dalam berlakunya masalah kulit.

Ia boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak. Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.

Bukan setakat rasa gatal, merah dan ruam, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

"Ekzema atopik satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada kerosakan kulit.

Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi gatal dan kering.

Apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal, mereka akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan kegatalan semula.

Ini menyebabkan kelembapan kulit hilang menyebabkan berlakunya ekzema atopik," ujar Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Leong Kin Fon.

Bayi yang berhadapan dengan ekzema atopik akan mengalami keresahan dan sukar untuk tidur. Akibatnya, penjaga turut mengalami masalah yang sama sehingga menyebabkan tekanan.

Meningkat

Tambah Dr. Kin Fon, di Malaysia sahaja, 12.6 peratus pelajar sekolah menghadapi masalah ekzema berbanding di Indonesia hanya 3.7 peratus. Fenomena ini juga lebih tinggi di Malaysia Timur berbanding di Semenanjung.

Kebimbangan ini juga melibatkan kes ekzema atopik di kalangan kanak-kanak berumur enam hingga tujuh tahun yang meningkat daripada 9.5 peratus kepada 12.6 peratus.

Daripada kes yang berlaku, kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.

"Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria. Jika seorang ahli keluarga mempunyai ekzema, asma atau alahan rinitis (alahan pada debunga), anak mereka ada peluang besar untuk turut mengalaminya.

Sesetengah kanak-kanak yang ada ekzema turut mendapat asma atau alahan rinitis. faktor persekitaran seperti cuaca dan pencemaran juga dikatakan menjadi faktor utama penyakit ini," katanya ketika kempen kesedaran ekzema atopik anjuran Leo Pharma di Bangsar, Kuala Lumpur.

Rawatan

Dalam pada itu Pakar Dermatologi, Pensyarah Kanan Hospital Hammersmith dan Pakar Kehormat Dermatologi di Kolej Imperial dan Diraja Lepasan Ijazah Sekolah Perubatan, London, Dr. Anthony Chu berharap pesakit berbincang dengan individu yang pakar terutama dalam pengurusan bagi meminimumkan serangan ekzema.

Menggambarkan bayi yang menghidap penyakit ini akan resah dan tidak boleh duduk diam, Dr. Anthony berpendapat ia sesuatu yang serius kerana kesan gatal atau ruam yang digaru itu boleh luka dan berdarah.

Menurut beliau, terdapat dua pilihan rawatan iaitu menggunakan streoid atau kombinasi streoid antibiotik dan krim.

Selain menggunakan pelembap, steroid untuk keradangan dan anti ubat gatal, pesakit boleh mengawal keadaan itu sendiri. Ini termasuk mengurangkan penggunaan cecair pencuci, penghilang bau, kosmetik, debunga dan makanan tertentu.

Dalam pada itu, pesakit-pesakit ekzema tidak disarankan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit.

Sebaliknya, mereka disarankan menggunakan pembersih dan pelembap yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga pelembap terutama kulit yang alergi.

Sementara itu, kempen kesedaran ekzema atopik (bersatu menentang rasa gatal (itch) yang dijalankan dengan sokongan Leo Pharma ini, bertujuan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit tersebut.

Berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:
  • Bawa anak berjumpa doktor.
  • Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
  • Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.
  • Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.
  • Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.
  • Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.

Kembali DARA

Dr. Alice semasa sidang media memperkenalkan rawatab V2LR yang pertama di Malaysia baru-baru ini.

Proses melahirkan anak serta penuaan semula jadi sememangnya akan memberi kesan kepada otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj wanita.

Pengalaman yang begitu istimewa itu walaupun sentiasa dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri tetapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kurang baik kepada mereka yang sentiasa mementingkan hubungan intim.

Vagina yang semakin lemah dan longgar dengan kekenduran otot serta ligamen di sekeliling lantai pelvik sememangnya boleh memberi kesan kepada kepuasan ketika menjalin hubungan seksual.

Keadaan ini dipanggil vagina relaxation dan menyebabkan wanita tidak lagi mendapat kepuasan seks seperti dulu.

Antara simptom lain yang turut dialami akibat masalah ini ialah stress urinary incontinence (SUI) iaitu keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing, hilang fungsi kawalan dan penurunan keinginan seksual.

Lazimnya, wanita pada usia muda memiliki struktur tubuh yang ketat dan kemas. Namun, perubahan akan berlaku selepas melahirkan anak kerana otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj akan mengendur.

Situasi ini yang menghantui segelintir wanita kerana takut tidak mendapatkan kepuasan seks terutamanya ketika usia semakin meningkat dan bakal menempuh alam menopaus.

Mungkin disebabkan itu, ramai wanita yang ingin berusaha mengembalikan ' dara ' dengan pelbagai kaedah rawatan tradisional atau moden.

Rawatan Vulvo & Vafinal Laser Reshaping (V2LR) misalnya dikatakan mampu memulih keadaan otot serta kekuatan faraj wanita.

Pakar Sakit Puan dan Kecantikan Klini Dr. Alice, Dr. Alice Prethima berkata, teknologi V2LR boleh membantu wanita yang mengalami masalah kekenduran otot vagina terutama selepas bersalin atau akibat peningkatan usia.

“Rawatan ini boleh meningkatkan tahap kesihatan seksual di kalangan wanita. Ia dapat mengatasi dilema wanita dalam mendapatkan kepuasan seks,” katanya.

Dr. Alice memberitahu, pembedahan ini menggunakan laser dan tidak mengakibatkan pendarahan. Ia mengambil masa satu hingga dua jam.

Katanya, umumnya, pesakit yang bekerja boleh kembali ke pejabat pada hari sama melakukan rawatan bergantung kepada keadaan pesakit.

Secara tidak langsung ia mampu mengurangkan diameter luar dalam vagina, sekali gus meningkatkan rangsangan vagina.

Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang rawatan V2LR boleh melayari www.aliceantiaging.com atau menghubungi 1 300 88 3234.

Saturday 24 September 2011

Tanam Bunga Kertas

Bunga kertas boleh mencantikkan kawasan persekitaran.

Kelihatan seperti kertas dengan pelbagai warna dan bentuk yang cukup mengasyikkan, melambai seakan sehelai kertas tiap kali dihembus bayu.

Namun sifat dan daya ketahanannya tidaklah seperti kertas. Itulah bunga kertas atau nama botaninya bougainvilla, yang dinamakan sempena Antoine de Bougainvilla.

Komander Laut Peranchis yang dikatakan orang pertama yang menemui bunga kertas.

Dipercayai berasal dari bahagian selatan Amerika, bunga kertas sering menjadi pilihan tanaman landskap, sebagai hiasan, bonsai, topiary, hiasan memanjat pergola dan seringkali digunakan sebagai pokok pagaran.

Bukan sahaja kerana warna dan rupa bentuknya yang sungguh asyik mata memandang tetapi sifatnya cukup senang dijaga membuatkan bunga kertas menjadi penyeri laman yang popular di segenap kawasan dari kota metropolis sehinggalah ke pedalaman desa.

Pembiakan

Cara yang biasa digunakan ialah secara keratan batang dan cantuman baji.

Keratan batang

Langkah 1
  • Potong bahagian berkayu lembut iaitu sepanjang 10-15 sentimeter (sm) dari bahagian pucuk atau sejengkal setengah.
  • Pastikan pisau yang digunakan adalah tajam, sebaik-baiknya gunakan scateurs. Potong secara 45 darjah atau secara serong. Setelah potong buang semua pucuk dan tinggalkan daun sebanyak dua atau tiga helai.
Langkah 2
  • Sapukan bahagian yang telah dipotong tadi dengan hormon penggalak akar. Contohnya seradix.
Langkah 3
  • Semai dan siram. Pada peringkat permulaan elakkan dari terkena cahaya matahari secara terus. Siram secara konsisten.
Cantuman baji

Cantuman baji atau istilah yang lebih popular digunakan ialah "kahwinkan" pokok bunga kertas yang biasanya dijalankan untuk menghasilkan pokok bunga kertas pelbagai warna pada satu pokok sahaja.

Peringatan, proses in harus dilakukan di awal pagi atau pada waktu petang. Elakkan membuat cantuman pada tengahari atau pada hari panas terik bagi menjamin kejayaan cantuman.

Langkah 1
  • Pilih ranting yang hendak dicantumkan (scion). Buang semua daun pada bahagian yang hendak dicantumkan itu. Belah lebih kurang satu inci.
  • Bahagian cantuman ini akan tumbuh sebagai ranting baharu.
Langkah 2
  • Belah pokok penanti. Saiz belahan hendaklah sama dan sesuai dengan ranting yang hendak dicantumkan tadi. Belahan dilakukan di bawah bahagian mata tunas.
Langkah 3
  • Terus cantumkan bahagian ranting yang dibelah tadi kepada pokok penanti. Dilakukan semasa getah masih belum kering. Faktor ini akan menentukan kejayaan cantuman.
Langkah 4
  • Dengan berhati-hati balut cantuman tadi dengan parafilm atau sealing film bertujuan untuk memperkukuhkan lagi cantuman tersebut.
Langkah 5
  • Gunakan plastik lutsinar atau plastik aiskrim untuk membalut bahagian cantuman tadi.
  • Masukkan bermula daripada bahagian atas hujung cantuman dan seterusnya ikat. Biarkan selama seminggu atau dua minggu.
  • Tujuan ini adalah untuk mengelakkan kehilangan air yang berlebihan.
  • Juga buang semua daun pada bahagian batang pokok penanti. Daun baharu akan tumbuh pada bahagian ranting yang dicantumkan tadi.
Tips penjagaan

Memerlukan saliran yang baik. Campuran terbaik ialah tanah bakar: baja organik: pasir sungai. Atau sebarang tanah campuran bersaliran baik atau poros sesuai untuk bunga kertas.
  • Sebelum mengisi tanah campuran ke dalam pasu, letakkan batu-batu pecah atau pecahan pasu bagi menutup separuh daripada lubang pasu, kemudian letakkan bahan organik dan boleh juga dimasukkan baja tahi ayam yang telah diproses. Letakkan setebal dua inci.
  • Sentiasa gemburkan kerana pokok bunga kertas memerlukan pengudaraan yang baik.
  • Siram dengan jumlah air yang sederhana. Cukup sekadar membasahkan media pasuan. Elakkan siraman sehingga air keluar secara berlebihan melalui lubang pasu.
  • Aktiviti pemangkasan hendaklah dilakukan secara berterusan bagi memastikan pengeluaran pucuk baharu dan juga pengeluaran bunga. Pemangkasan juga penting untuk membuang ranting-ranting yang berpenyakit dan mewujudkan aliran udara yang baik.
  • Baja dengan menggunakan baja organik dan baja kimia.Bagi baja organik kekerapan adalah dua minggu sekali manakala bagi baja kimia sebulan sekali. Boleh guna baja butiran biru dan merah yang mempunyai unsur K yang tingi. Biasanya sebanyak 25gm setiap pasu atau satu sudu makan.
  • Memerlukan cahaya matahari penuh. Elakkan persekitaran yang lembap. Pengudaraan persekitaran yang tidak baik akan menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh kulat dan bakteria.

Ternak Kepah dan Kultur Mutiara



Contoh pengkulturan mutiara di China yang dijalankan di sebuah tasik.

Selain menjadi perintis kepada projek mutiara air tawar di Tasik Kenyir, AkuaTrop juga mengharapkan kejayaan projek tersebut dicapai bersama para peserta.

Selain itu, pusat kecemerlangan tersebut dapat berkongsi teknik dan pengetahuan dalam bidang itu bagi memastikan industri berkenaan terus berkembang pesat di Malaysia seterusnya di seluruh dunia pada masa depan.

Secara khususnya projek berkenaan adalah untuk
  • Memberikan kemahiran kepada penduduk Terengganu untuk terlibat dalam bidang ternakan kepah mutiara air tawar.
  • Membimbing tentang teknik penghasilan mutiara secara komersial.
  • Menggalakkan penduduk Terengganu untuk bekerja sendiri daripada menganggur atau menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
  • Tasik Kenyir yang berkeluasan 260 km persegi mempunyai 340 buah pulau kecil terletak di Negeri Terengganu merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara.
  • Ia juga adalah habitat hidupan spesies liar dan eksotik.
  • Tasik Kenyir berpotensi dimajukan sebagai kawasan ternakan kepah, contohnya di Kuala Sungai Kiang, Sungai Mandak dan Pangkalan Gawi.
  • UMT sebagai sebuah universiti yang terunggul dalam bidang akuakultur berupaya menerajui penyelidikan teknologi penghasilan mutiara di Malaysia.
Penyelidikan kepah mutiara air tawar masih belum diterokai di Malaysia. Kajian yang bakal dijalankan ini adalah yang pertama.
  1. Membangunkan sosio-ekonomi penduduk setempat.
  2. Melipatgandakan pendapatan penduduk setempat.
  3. Menghasilkan teknik pengkulturan tiram mutiara air tawar bagi tujuan komersial.
  4. Membantu KETENGAH dan kerajaan negeri meningkatkan tahap ekopelancongan setempat.
Kesan ke atas Penduduk

Projek yang akan dijalankan ini akan memberi impak yang besar kepada penduduk setempat seperti berikut.
  1. Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
  2. Meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.
  3. Meningkatkan sosio-ekonomi negeri.
  4. Memajukan industri pelancongan yang menjadi salah satu sumber utama ekonomi negeri.
Operasi Pengimpalan
  • Pengimpalan mantel.
  • Pengimpalan nuclei.
Operasi pengkulturan

1. Kolam bersepadu (kepah diternak bersama ikan tilapia)

Kaedah kolam bersepadu ini adalah satu ternakan polikultur, di mana kepah mutiara akan diternak bersama dengan ikan.

Sistem berkenaan telah dipraktikan di Taiwan kerana mendatangkan pulangan menguntungkan. Bahan kumuhan ikan akan dikitar semula oleh kepah yang bersifat penapis dan dalam masa yang sama untuk menyuburkan plankton di dalam air sebagai makanan kepada kepah.

Kelebihan dari aspek ekonomi pada kaedah ini, memberi pulangan sampingan dalam ternakan ikan sementara menunggu pungutan hasil mutiara.

2. Kolam terkawal (kepah import untuk penyelidikan dan penelitian)

Kaedah kolam terkawal ini bertujuan untuk menternak kepah mutiara dari negara luar yang diimport dari Thailand atau Indonesia dalam kadar yang sedikit sebagai kajian untuk pemantauan pembentukan mutiara yang berkualiti dan tempoh masa penghasilan mutiara.

Kaedah tersebut telah pun berjaya dipraktik di Indonesia yang mana spesies yang berasal dari Taiwan kemudiannya diternak di dalam kolam secara terkawal. Pengawalan dan pemantauan kolam terkawal akan diperketatkan.

Fasa ternakan kepah mutiara air tawar

Fasa - Fasa pengurusan ternakan

* Fasa 1: Pengumpulan kepah

Pada peringkat awal projek, sepanjang bulan September - Disember, kepah yang terdapat di Tasik Kenyir dikumpulkan di dalam kolam.

* Fasa 2: Pemilihan kepah matang

Peringkat seterusnya adalah memilih kepah yang matang dan sesuai untuk operasi pengimpalan nuclei. Ini penting dalam penghasilan mutiara yang berkualiti.

* Fasa 3: Operasi Pengimpalan nuclei

Kepah yang telah dipilih akan diasingkan dari kolam stok dan akan dipindahkan ke dalam tangki simen.
Dibiarkan dua hingga tiga hari sebelum operasi pengimpalan dijalankan.

Peralatan khas untuk pengimpalan akan digunakan untuk memindahkan nuclei ke dalam kepah.

* Fasa 4: Ternakan di dalam kolam

Kepah yang telah siap di masukkan nuclei akan dibiarkan dua hingga tiga hari sebelum dipindahkan ke dalam kolam untuk diternak. Kepah yang memuntahkan semula nuclei akan diasingkan dan diletakkan semula ke dalam kolam stok.

Kepah yang telah sedia diletakkan ke dalam kolam ternakan hingga tempoh penuaian mutiara. Pemantauan kualiti air dan kecukupan plankton di pantau setiap bulan terutamanya kolam bersepadu.

*Fasa 5: Pemungutan hasil

Fasa terakhir adalah pemungutan hasil mutiara setelah tempoh matang dua hingga tiga tahun.

Friday 23 September 2011

Pameran Elektrikal dan Hiasan Kediaman

 
Perkara : Pameran Elektrikal dan Hiasan Kediaman
Tarikh : 22hb ~ 25hb Sept 2011
Masa : 11.00pg ~ 10.00mlm
Tempat : MITC, Air Keroh, Melaka.

MyAgro Buka Peluang Usahawan Tani


Noh Omar (tiga dari kiri) dijangka merasmikan MyAgro esok yang bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan tani mengenai kemajuan bidang pertanian.

Pameran Malaysia Agro atau ringkasnya MyAgro 2011 yang bertemakan Memperkasa AgroBisnes bakal mewarnai dunia usahawan tani di negara ini bermula esok.

MyAgro 2011 yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran MATRADE (MECC), Kuala Lumpur bakal berlangsung selama empat hari sehingga Jumaat ini.

Pengerusi Penganjur MyAgro, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz berkata, pameran MyAgro lebih menjurus kepada peluang-peluang perniagaan kepada rantaian usahawan tani bermula daripada awal misalnya pengusaha biji benih sehingga produk sampai kepada pengguna.

"Pertanian bukan hanya tertumpu kepada bercucuk tanam tetapi lebih daripada itu.

"Malahan pertanian bermula dengan pencarian benih atau baka terbaik, baja, racun serangga, racun rumpai, alat bantuan tanaman, menuai, mekanisasi bagi membantu pertanian, pembungkusan, pelabelan, logistik, pusat pengumpulan, pemborong, peruncit dan pengguna," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,Datuk Seri Noh Omar dijangka merasmikan pameran tersebut esok.

MyAgro 2011 bakal menjadi tempat pertemuan bagi mengisi kekosongan rantaian dalam bidang pertanian.

Pameran MyAgro yang merupakan inisiatif sektor swasta dengan kerjasama agensi kerajaan, badan penyelidikan, institut pengajian tinggi tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberikan penekanan kepada tiga aspek utama iaitu :
  • Peluang perniagaan yang ada dalam sektor pertanian.
  • Potensi pelaburan.
  • Produk-produk untuk pengguna seperti konsep fruits, flowers, flavours atau buah bunga dan perisa.
"Pada pameran berkenaan terdapat industri kecil dan sederhana (IKS) yang berpotensi untuk pergi lebih jauh seperti pasaran eksport," katanya.

MyAgro boleh dikatakan sebagai pusat sehenti bagi usahawan tani mendapatkan pelbagai maklumat mengenai perniagaan dalam sektor pertanian.

Mohamed Sharif berkata, MyAgro juga kesinambungan atau mengisi kekosongan semasa Pameran Pertanian Hortikutlur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang diadakan setiap dua tahun sekali.

Walaupun baru kali pertama diperkenalkan, MyAgro mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta IKS serta pedagang.

Terbahagi kepada dua kumpulan, peruncit dan pedagang sehingga kini terdapat 110 orang peserta mengambil bahagian.

Antaranya terdapat syarikat yang memberikan pakej tanaman fertigasi lengkap bagi pengunjung.
Selain itu terdapat juga institusi perbankan yang turut serta bagi memberikan khidmat nasihat mengenai pembiayaan.

"Negara yang mempunyai begitu banyak pekebun kecil perlu melihat peluang yang tersedia bagi membangunkan lagi perniagaannya.

"Transformasi luar bandar dalam pertanian akan terjadi dengan adanya akses kepada kawasan pengeluaran seperti lebuh raya," katanya.

Pada masa yang sama juga di pengunjung boleh menghadiri seminar serta demonstrasi di pameran MyAgro.

Apa yang menarik pembentang kertas kerja terdiri daripada mereka yang terlibat dalam dunia pertanian seperti pensyarah, penyelidik serta usahawan tani dari institut pengajian tinggi, agensi penyelidikan, sektor swasta, badan bukan kerajaan serta usahawan tani yang penuh dengan pengalaman.

"Usahawan tani mendapat banyak pendedahan dengan menyertai pelbagai pameran yang diadakan.
"Dengan pameran yang diadakan diharap minat generasi muda terhadap sektor pertanian semakin bertambah," katanya.

Setiap kali pameran pasti akan ada perkara baru yang akan diketengahkan misalnya kali ini dalam pameran MyAgro, terdapat gerai yang akan mempamerkan tanaman hiasan yang menyerap toksik di persekitaran.

Ini secara tidak langsung boleh meningkatkan pendapatan petani kecil yang bergiat dalam bidang nurseri tanaman.

"Malah kajian berkenaan telah disokong dengan kajian oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)," katanya.

Walaupun baru pertama kali diadakan MyAgro berjaya mendapat penyertaan negara jiran seperti Singapura.

Selain itu ini merupakan masa yang sesuai mempromosikan buah-buahan nadir yang tidak popular dengan penjenamaan semula.

Misalnya, mangga Sala yang tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat menjadi popular di Singapura dengan nama Perlis sunshine manggo.

Pada masa yang sama, produk-produk 1Malaysia Best akan dipamerkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Maklumat lanjut mengenai MyAgro boleh melayari laman web http://www.myagro.my/

Wednesday 21 September 2011

Isu Perikanan

Jabatan Perikanan antara pihak berkuasa yang komited membantu meningkatkan sumber perikanan negara.

Sejauh manakah kita sedar yang perairan negara kini sedang berhadapan dengan isu sumber yang semakin berkurangan?

Banyak faktor menyebabkan berlakunya masalah tersebut. Antaranya eksploitasi sumber yang tidak terkawal, pencemaran, pemusnahan habitat dan masalah perubahan iklim.

Faktor luar kawal seperti perubahan iklim mungkin agak sukar di atasi tetapi faktor yang boleh dikawal seperti eksploitasi sumber tanpa had boleh menyebabkan negara diancam kekurangan sumber protein daripada ikan.

Pada masa sama, masalah kekurangan sumber yang berterusan menyebabkan perairan marin menjadi tidak stabil dan berlaku kepupusan spesies.

Manakala di darat pula berlaku masalah sosio-ekonomi apabila nelayan tidak lagi dapat turun ke laut.

Semua permasalahan tersebut mendatangkan kesan jangka panjang yang bukan kecil. Ia melibatkan masalah sosioekonomi dan jika tidak ditangani, negara akan mengalami kerugian.

Senario inilah yang mendorong kepada tercetusnya kesedaran di kalangan bijak pandai dalam sektor perikanan untuk mencari resolusi bagaimana berdepan dengan cabaran tersebut.

Jumlah mereka bukan sedikit, malah kini mencecah 400 orang yang bakal berhimpun dan memikirkan masalah bersama di rantau ini yang perlu dibendung segera.

Mereka akan berhimpun pada Simposium Perikanan Antarabangsa 2011 yang melibatkan institusi pengajian tinggi rantau ASEAN dengan dianjurkan bersama oleh Universiti Malaysia Terengganu ( UMT) Jabatan Perikanan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Simposium akan di adakan pada 3 hingga 5 Oktober 2011 di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Terengganu dan dijangka dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan penutupnya bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Pengerusi Jawatankuasa Induk simposium, Prof. Dr. Sakri Ibrahim berkata, antara tujuan simposium tersebut diadakan ialah untuk memastikan kelestarian sumber perikanan di rantau ASEAN serta mencari kaedah terbaik untuk menguruskan sumber perikanan secara mapan.

Selain itu, ia melibatkan keselamatan makanan, pengawasan daripada pencerobohan sempadan perairan dan pemantauan bot-bot yang beroperasi di perairan ASEAN.

''Menerusi simposium ini kita dapat mengumpul data dan maklumat semasa sumber perikanan kita di peringkat serantau dan berbincang mengenai tema-tema yang ditetapkan," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di UMT, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Simposium berkenaan, Prof. Dr. Mohd Azmi Ambak.

Dr. Sakri berkata, simposium tersebut melibatkan beberapa universiti di rantau ASEAN yang mempunyai fakulti perikanan masing-masing dan menjadi rakan akademik kepada UMT menerusi memorandum persefahaman untuk bertukar-tukar maklumat dan data sebelum ini.

Setakat ini, kira-kira 200 kertas kerja sudah diterima dan ia melibatkan subsektor perikanan seperti akuakultur, perikanan dan sains marin, pemasaran ikan dan ekonomi, serta persekitaran dan pengurusan sumber.

Bilangan peserta dijangka mencecah 400 orang dari dalam dan luar negara termasuk United Kingdom (UK) manakala Jabatan Perikanan sebagai sebagai penganjur bersama dan penyumbang dana untuk penganjuran akan diwakili oleh Ketua Pengarahnya Datuk Ahamad Sabki Mahmood.

Oleh kerana ia merupakan julung kali diadakan, simposium berkenaan juga dijangka membincangkan mengenai kemungkinan diadakan dua tahun sekali dan memilih tuan rumah berikutnya dari negara ASEAN lain.

Sementara itu Dr. Azmi berkata, antara isu penting yang dijangka diberi penekanan ialah masalah keselamatan dan penguatkuasaan.

Ini kerana katanya, jumlah bot menangkap ikan yang terdapat di perairan serantau ialah kira-kira sejuta buah termasuk yang tidak berlesen.

Dengan jumlah yang begitu banyak, ia mengundang isu pencerobohan sempadan kerana masalah kekurangan sumber.

''Kita berkongsi sumber perikanan yang sama kerana ikan sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat,'' ujar Dr Azmi.

Menurut Dr. Sakri pula, dapatan daripada simposium tersebut akan dibawa kepada kerajaan untuk merangka pelan tindakan yang sesuai bergantung kepada sesuatu masalah.

Sebab itu katanya, kehadiran Jabatan Perikanan amat penting sebagai badan penguatkuasa dan regulator industri perikanan selain agensi kerajaan lain seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop), UMT.

Penglibatan Kementerian Pengajian Tinggi juga menunjukkan komitmennya untuk membantu universiti tempatan menganjurkan program yang memberi faedah bersama.

''Naib Cancelor UMT, Prof. Datuk' Dr. Aziz Deraman dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim juga memberi kerjasama dengan memberi sumbangan kewangan serta menawarkan penginapan percuma kepada peserta dari setiap universiti luar," kata Prof. Sakri.

Dr. Sakri juga menarik perhatian berhubung isu penggunaan pukat tunda yang sepatutnya dikawal bagi membendung masalah kekurangan sumber.

Isu kekurangan sumber menjadi masalah yang membelenggu sekian lama disebabkan oleh faktor-faktor yang disenaraikan dan ia disahkan lagi dengan kenaikan harga ikan yang ketara.

''Nelayan tetap turun ke laut tapi pendaratan berkurangan." Penggunaan pukat tunda sepatutnya boleh diharamkan di Zon A dan Zon B bagi mengelakkan kepupusan sumber.

Beberapa negara seperti Hong Kong, Venezuela, Palau, Belize, Japan dan Indonesia telah mengharamkan sama sekali penggunaan pukat tunda dalam perairan mereka.

Malaysia juga patut memikirkan untuk meluaskan zon pengharaman pukat tunda melebihi jarak 5 batu nautika daripada pantai kerana kawasan ini merupakan kawasan pembiakan ikan.

Perluasan zon haram pukat tunda melebihi jarak yang diguna pakai sekarang akan memberi kesan yang sangat positif kepada penambahan sumber.

Selain itu, penguatkuasaan pengharaman penggunaan pukat tunda bersaiz keroncong kurang daripada 38 milimeter (mm) perlu diperketatkan supaya ia tidak menjejaskan anak ikan yang sedang membesar.

Adalah lebih baik sekiranya penggunaan alat yang mesra sumber seperti pukat jerut, pukat hanyut, bubu dan kail-mengail sahaja dibenarkan kerana ia tidak merosakkan sumber.

Ketika ditanya apakah cadangan untuk meningkatkan sumber perikanan laut, beliau berkata, meluaskan zon haram-pukat-tunda kepada 7 batu nautika dari pantai dan memasang tukun tiruan di perairan pantai dengan banyak.

Ini kerana pukat tunda sangat merosakkan sumber dan tukun tiruan menjadi habitat pertumbuhan haiwan marin.

Sunday 11 September 2011

Fahamilah, Ghairah Lelaki Tak Pernah Padam

Lelaki berumur apabila tingkah lakunya suka mengatal akan dikata tua-tua keladi, simpulan bahasa yang maksudnya orang tua berperangai buruk macam orang muda.

Ayat contoh yang selalu digunakan untuk menjelaskan maksud pepatah lama ini ialah, 'Dia tua-tua keladi walaupun sudah tua tetapi masih suka mengganggu perempuan'.

Sebab itu, apabila seseorang itu dikaitkan dengan keladi, yang getahnya akan menyebabkan gatal di kulit merujuk kepada tingkah laku lelaki berumur yang masih suka mengurat perempuan.

Sama juga dengan simpulan bahasa tua-tua terung masam yang maksudnya orang berumur tetapi berperangai muda. Contohnya, walaupun sudah beruban tetapi masih suka ke kelab dangdut, tua-tua terung masamlah tu.

Begitulah kreatifnya orang dahulu menyamakan tingkah laku lelaki dengan sifat-sifat tanaman yang ada di sekeliling mereka.

Hanya ada satu tua yang dianggap positif iaitu tua-tua kelapa yang maksudnya semakin tua semakin baik perangainya.

Tetapi sebenarnya dari aspek ghairah seorang lelaki, ia memang tak pernah padam - dari remaja sehingga usia tua. Samalah macam adat keladi yang terus gatal, ghairah seorang lelaki juga tak pernah padam berapa pun umurnya.

Inilah yang perlu difahami oleh wanita terutama kepada mereka yang suka menyalahguna pepatah lama tua-tua keladi mahupun tua-tua terung masam ini.

Kenapa ghairah lelaki tak pernah padam? Dalam satu kajian terbaru mendapati, perempuan akan mengalami penurunan tahap hormon estrogen selari dengan pertambahan usia.

Sebaliknya, kadar hormon testosteron lelaki tidak mengalami penurunan walaupun usia semakin menua.

Pembentukan otot

Testosteron ialah hormon seks utama lelaki. Ia membantu dalam menghasilkan sperma dan juga merangsangkan perkembangan ciri seks sekunder pada seorang lelaki seperti pembentukan otot yang kasar, misai serta perubahan suara.

Estrogen pula adalah sekelompok senyawa steroid yang berfungsi terutama sebagai hormon seks wanita. Walaupun terdapat dalam tubuh lelaki tetapi kandungannya jauh lebih tinggi dalam tubuh wanita usia subur.

Walaupun tahap testosteron tidak mengalami penurunan ketika lelaki bertambah umurnya tetapi ada syaratnya. Lelaki itu mesti berada dalam keadaan sihat walafiat tanpa memgambil sebarang ubat-ubatan.

Maksudnya, kesihatan adalah syarat utama untuk lelaki mengekalkan keghairahannya. Jika kesihatan terganggu, misalnya gejala sakit jantung, hormon seks lelaki ini juga akan menurun.

Begitu juga dengan obesiti boleh menyebabkan penurunan kadar testosteron lelaki. Dalam kata lain, ghairah seks lelaki tak akan menurun kerana usia tetapi ia berlaku akibat gejala penyakit.

Jadi kepada lelaki, yang mahu kekal ghairah perlulah bijak menjaga kesihatannya. Dan, kepada wanita pula seharusnya memahami keperluan dan kehendak lelaki berumur yang sihat ini.

Umur sepatutnya tidak menjadi penghalang untuk menikmati aktiviti seks yang nyaman dan memuaskan. Semakin bertambah usia, kehidupan seks seseorang sepatutnya bertambah baik dan menyenangkan.

Cubalah ambil sudut positif pepatah tua-tua keladi dan tua-tua terung masam ini. Yakinilah, lelaki yang sentiasa berfikiran muda akan sentiasa berusaha menjaga kesihatannya.

Siapakah yang untung jika lelaki sentiasa dalam keadaan sihat walaupun umurnya semakin lanjut?

Malangnya ini yang sering diabaikan oleh kebanyakan wanita. Mereka masih terperangkap dengan mitos semakin berusia semakin mengurangi aktiviti seks.

Akhirnya lelaki juga yang disalahkan dan dipandang negatif sebagai tua-tua keladi dan tua-tua terung masam kerana realitinya ghairah lelaki tak pernah menurun.

Jangan rugikan masa tua anda. Mengabaikan seks sama maksudnya mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti malas bersenam, kurang tidur, pemakanan tidak seimbang dan menjalin hubungan terlarang. Jadi, fahamilah wahai kaum wanita.

Friday 9 September 2011

Daging Arnab Segar


Arnab yang sudah dibuang bulunya.

Daging segar dari ladang.. adalah dalam 3Kg.

Daging arnab yang siap dicincang.

Salam semua.. atas tempahan dari pelanggan sempena hari raya aidilfitri tahun ini. Pagi tadi kawan selamat sembelih beberapa ekor arnab.

Selepas sembelih kawan buang bulu dan organ didalamnya. Kemudian dicincang dan dibelah supaya mudah untuk dimasak terus.

Harga seekor arnab dewasa utk daging yang sudah dibuang bulu dan dicincang ialah RM35.00

Harga bagi daging arnab segar ialah 1Kg = RM38.00

Biasanya daging arnab ini sesuai utk di masak rendang, sup, kari, masak lemak cili api dan panggang. Memang terangkat!

Untuk memudahkan urusan, tempah boleh dibuat awal. Kepada sesiapa yang berminat utk membeli daging arnab bolehlah hubungi kawan di 012-9116595.

Thursday 8 September 2011

Apabila Perempuan Gila Talak


Kebiasaannya kaum perempuan selalu menceritakan bagaimana buruknya kaum lelaki bila gila talak, maksudnya masih tergila-gilakan isteri yang diceraikan.

Tetapi bagaimana pula kalau perempuan yang gila talak? Minggu ini Bro nak ceritakan mengenai seorang kawan Bro yang berkahwin dengan seorang duda terus diganggu oleh bekas isteri lelaki berkenaan.

Pelbagai usaha dilakukan oleh perempuan tersebut termasuklah menuduh kawan Bro tu perampas suami orang sedangkan hakikatnya lelaki itu bertemu dengan kawan Bro selepas beberapa tahun bercerai.

Maknanya, perceraian yang berlaku bukan disebabkan kehadiran kawan Bro tetapi kerana kegagalan perempuan berkenaan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sehingga memungkinkan perceraian berlaku.

Bro bukan hendak memihak kepada kawan Bro tetapi sebagai manusia kita tidak boleh menafikan fakta kerana yang benar itu benar, yang salah itu salah.

Akibat gangguan yang dilakukan oleh bekas isteri tersebut, kawan Bro terpaksa beberapa kali menukar nombor telefonnya, kalau tidak, siang malam SMS yang bukan-bukan diterima olehnya.

Bro hairan kenapa perempuan itu hendak ganggu kawan Bro tersebut sedangkan semasa kahwin dulu tidak mahu layan suami betul-betul, bila dah bercerai mulalah nak jadi ‘hantu raya tak bertuan’ kacau kehidupan orang lain.

Mungkin perempuan itu tidak boleh terima hakikat kerana anak-anaknya menerima dengan baik ibu tiri mereka, apatah lagi kawan Bro layan anak-anak tirinya bagaikan anak kandung sendiri.

Lanjutan itu tidak wujud sekumit pun perasaan benci anak-anak tiri tersebut kepada emak tiri mereka. Sepatutnya perempuan yang berkenaan bersyukur kerana biar pun dia sudah tidak ada jodoh dengan suaminya tetapi anak-anaknya hidup bahagia.

Tetapi malangnya, perempuan berkenaan tidak puas hati dan seperti biasa perasaan benci kaum hawa lebih dahsyat daripada kaum lelaki sebab itulah dia ganggu kehidupan bahagia kawan Bro itu.

Sebab itulah Bro hendaklah nasihat kaum perempuan, apabila bergelar isteri jagalah rumah tangga dengan sebaik-baiknya. Berusahalah menjadi isteri yang terbaik di muka bumi Allah SWT ini.

Jangan bertindak ikut emosi apabila masalah berlaku sebaliknya selesailah dengan cara sebaik-baiknya.

Bro selalu memperingatkan kawan-kawan perempuan Bro supaya dalam apa juga tindakan jangan sampai suami, tunang atau teman lelaki mereka ‘pejam mata’.

Maksud Bro, apabila seseorang lelaki ‘pejam mata’ maka dia boleh melakukan tindakan di luar dugaan termasuklah memutuskan hubungan tanpa mahu fikir apa-apa lagi.

Bro sudah saksikan bagaimana kawan-kawan lelaki Bro yang baik, penyabar dan penyayang akhirnya seolah-olah menjadi ‘lelaki paling kejam’, bukan kerana mereka mahu bersikap demikian tetapi akibat terpaksa.

Segala-galanya kerana pasangannya mereka bertindak di luar batasan yang menguji kesabaran mereka ke tahap maksimum.

Ada kawan Bro yang mempunyai anak lima dah besar-besar belaka pun bercerai, segalanya kerana isteri tidak mahu berubah perangai dan terus melakukan kesalahan yang sama sejak awal perkahwinan lagi.

Kaum wanita kena ingat bahawa perkahwinan bukanlah bermakna mereka boleh melakukan apa sahaja kepada suami mereka, jangan ingat apabila suami mereka baik dan sabar, lelaki tersebut akan terus bersabar dengan kerenah atau perangai buruk mereka.

Perkara paling bahaya apabila si suami membandingkan perangai isteri dengan wanita-wanita yang dia temui sama ada di pejabat atau ketika melaksanakan urusan kerja.

Apabila perbandingan itu dilakukan ia permulaan kepada keretakan rumah tangga, apatah lagi apabila si suami merasakan di luar lebih damai berbanding balik ke rumah yang bagaikan berada dalam ‘kandang singa betina’.

Justeru kepada perempuan-perempuan yang gila talak atau telah bercerai kerana kesilapan sendiri tak payahlah hendak menganggu gugat kehidupan suami anda, biarlah dia bahagia dengan orang lain.

Kalau rasa bekas suami tidak adil dalam pembahagian nafkah biar mahkamah selesaikan, tak usah buat kerja gila dengan menyerang atau menganggu isteri atau pasangan baru bekas suami.

Sedarlah perempuan sememangnya kelompok yang paling ramai melupakan pepatah, ‘‘menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.”

Sebab itulah, mereka bertindak ikut perasaan seolah-olah merekalah paling hebat termasuk dalam urusan rumahtangga sehinggakan si suami kadang kala tidak dihormati langsung.

Ini belum lagi termasuk perempuan yang gunakan ‘ilmu penunduk’ untuk pastikan si suami ikut cakap mereka dan tidak berani menegur kesalahan mereka.

Namun kaum perempuan kena ingat, sesuatu perbuatan yang salah dan tidak diredai oleh Allah SWT tidak akan kekal lama, apabila tiba masanya mereka pasti akan tewas dengan kehendak-Nya.

UM-Kucing Jantan.

Wednesday 7 September 2011

Mengesan Antibiotik Ternakan Ayam

Penggunaan antibotik yang minimum dapat mewujudkan industri ayam yang lebih sihat.

Selama ini adakah kita sebagai pengguna mengambil berat mengenai apa yang kita makan? Misalnya antibiotik yang terkumpul dalam daging ayam yang kita makan setiap hari?

Antibiotik terutama tetracycline digunakan secara meluas dalam pengeluaran ternakan bagi terapi dan peningkatan berat badan.

Bahan berkenaan dimasukkan ke dalam makanan bagi merangsang peningkatan berat selain menghalang jangkitan penyakit.

Biasanya antibiotik berkenaan diberikan bermula dalam makanan permulaan atau starter sehingga ke 'finisher' atau hingga ayam disembelih.

Biasanya antibiotik akan berkumpul dalam tisu haiwan ternakan dan memasuki rantaian makanan apabila ternakan berkenaan disembelih, dijual dan dimakan oleh manusia.

Antibiotik stabil sehingga sembilan bulan dan tidak terurai malah akan terkumpul di dalam otot, hati dan kulit.

Daging ayam merupakan makanan utama dalam diet manusia, Antibiotik yang terdapat dalam daging ayam mungkin boleh mendatangkan kesan kepada manusia seperti rentan kepada antibiotik serta memberikan kesan karsinogenik (penyebab kanser).

Disebabkan penggunaan antibiotik menjadi semakin penting dalam pengeluaran makanan, pihak berkuasa perlu mengambil langkah tertentu bagi mengukur kesan sisanya dalam makanan.

Bagi memastikan produk makanan yang selamat untuk penggunaan tempatan dan antarabangsa, keupayaan mengesan sisa antibiotik dalam ternakan ayam sangat penting.

Sistem pengesanan antibiotik yang ideal biasanya dirujuk sebagai imbasan mikrobiologi diikuti dengan ujian ELISA dan pengesahan akhir serta kuantiti menggunakan analisis HPLC atau GCMS.

Walaupun analisis berkenaan menggunakan peralatan yang sensitif tetapi ia amat mahal dan memakan masa yang lama.

Justeru gabungan jalur biosensor yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan peralatan digital mudah alih yang dibangunkan oleh Rapid Lab Sdn. Bhd. bagi pemantauan antibiotik mampu dimiliki dan sesuai bagi mendapatkan keputusan yang cepat.

Pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan Bioteknologi, MARDI, Dr. Faridah Salam berkata, teknologi yang dibangun berdasarkan kepada produk antibiotik tempatan sangat berkaitan dengan pemantauan antibiotik.

Ini kerana jalur berkenaan boleh digunakan di lapangan pada masa sebenar. "Jalur berkenaan mempunyai potensi pasaran yang besar bagi penggunaan eksport dan tempatan bernilai sehingga RM250 juta.

"Sejak Kementerian Kesihatan meningkatkan keupayaan mengimbas kandungan antibiotik dalam produk berasaskan ayam, jalur biosensor merupakan teknik terbaik bagi imbasan antibiotik," katanya.

Biasanya paras antibiotik yang selamat adalah 100 bahagian per bilion atau 100 mikrogram bagi satu kilogram.

Dr. Faridah berkata, selalunya hanya penternak industri ayam yang besar mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Dianggarkan kos imbasan saja menyumbang kira-kira 10 peratus daripada jumlah kos pasaran.

Pada tahun pertama, jalur berkenaan dijangka dapat memasuki 10 peratus pasaran segmen ujian dengan pertumbuhan lima hingga 10 peratus setahun.

Berdasarkan segmen pasaran, produk berkenaan dijangka menjana pendapatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

Ayam Organik Tanpa Suntikan

Dr. Loh Teck Chew (dua dari kiri) mengiringi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , Datuk Johari Baharum melawat pameran ternakan ayam selepas majlis pelancaran NutriPro di Serdang baru-baru ini.

Rata-rata pengguna kini sedia maklum mengenai ayam pedaging yang terdapat di pasaran kebanyakkannya menerima antibiotik sama ada melalui suntikan mahupun makanannya untuk tujuan tumbesaran dan ketahanan melawan penyakit.

Malah, masyarakat juga sedar akan keburukan memakan ayam yang disuntik antibiotik secara berlebihan ini kerana ia akan menyebabkan kesan negatif ke atas manusia.

Sehingga hari ini, masih ramai penternak ayam menggunakan sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat.

Nitrofuran, satu kelas ubatan yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam. Tetapi kini ia lali terhadap dos antibiotik yang diberi.

Justeru, penggunaan dos yang lebih tinggi mungkin digunakan oleh penternak untuk memastikan ayam mereka tidak di serang penyakit. Namun kesan negatif di atas tindakan tersebut adalah terhadap manusia.

Pensyarah Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Loh Teck Chew tampil dengan penemuan baru beliau yang mampu menggantikan penggunaan antibiotik ke atas ayam pedaging.

"Saya sering ke ladang ternakan ayam dan saya lihat mereka (penternak) sering menggunakan antibiotik untuk membantu tumbesaran ayam serta mengelakkan ayam daripada mati diserang penyakit.

"Namun, ia (antibiotik) bukan sahaja sepatutnya diberikan kepada ayam yang sakit malah kepada semua ayam untuk memudahkan kerja.

"Justeru, saya mula fikirkan alternatif lain (probiotik) bagi menggantikan penggunaan antibiotik ini ke atas ternakan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2011 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Di kenali sebagai Nutripro, produk tersebut dihasilkan melalui proses pengasingan sejenis bakteria baik daripada tapai ubi (proses penapaian).

Nutripro iaitu makanan penggalak tumbesaran ayam dihasilkan bagi menggantikan antibiotik yang biasa digunakan penternak ayam bagi mempercepatkan tumbesaran ayam.

Jelasnya, probiotik tersebut dihasilkan daripada sejenis bakteria Lactobacillus Plantarum menggunakan sistem fermentasi dikenali sebagai metabolites dalam proses penapaian ubi kayu.

Bahan tersebut yang juga merupakan ekstrak semulajadi dihasilkan dalam dua bentuk iaitu cecair dan serbuk.

Bagi bentuk serbuk, ia perlu dicampurkan ke dalam makanan ayam sebagai makanan tambahan sementara bentuk cecair hanya perlu disembur ke atas ternakan.

Nutripro mempunyai banyak kebaikan terhadap kesihatan haiwan ternakan selain dapat meningkatkan asid laktik dalam sistem pencernaan dan mengurangkan bakteria yang boleh menyebabkan cirit birit.

"Asid laktik penting bagi mengurangkan cirit-birit dan memperbaiki sistem pertahanan badan ternakan.

"Selain itu metabolites juga berperanan memastikan organ penghadaman dan proses pembesaran berada dalam keadaan baik," ujar Dr. Loh.

Fungsi Nutripro sama seperti penggunaan produk Vitagen, namun ia tidak menggunakan bakteria sebaliknya hasilan ekstrak daripada bakteria tersebut.

"Ia sekali gus dapat menggantikan penggunaan antibiotik yang banyak memberi kesan buruk terhadap ternakan yang paling penting mengurangkan kesan negatif terhadap manusia," katanya.

Malah, kos pengunaan Nutripro juga lebih rendah berbanding bahan makanan tambahan serta antibiotik yang lain.

Jelas beliau lagi, probiotik metabolites yang dihasilkannya juga tidak memberi kesan sampingan kepada manusia yang makan daging ayam tersebut.

Menurut Dr. Loh lagi, beliau mengambil masa 12 tahun kajian dan melibatkan geran penyelidikan hampir RM4 juta hingga RM5 juta untuk menghasilkan Nutrino.

Kini beliau sedang berusaha untuk memasarkan produk tersebut kepada orang ramai. Selain ayam, Nutripro juga sedang diuji penggunaannya ke atas ikan dan ternakan berkaki empat seperti kambing.

Penggunaanya Nutripro ini juga dilihat selamat dan tiada kesan sampingan yang negatif terhadap manusia.

Monday 5 September 2011

Sejuta Ayam Mentah Sehari

Ruang memproses dan mengasingkan bahagian-bahagian ayam selepas melalui fasa penyembelihan.

Malaysia merupakan antara 15 buah negara yang menjadi destinasi eksport bagi produk ayam segar dan makanan proses sejuk beku berasaskan ayam keluaran syarikat Kumpulan SAHA Farms.

Berpangkalan di Bangkok, Thailand, syarikat berkenaan berupaya menghasilkan satu juta ekor ayam mentah sehari.

Kemampuan itu telah menjadikan produk-produk syarikat tersebut kini berjaya menembusi pasaran banyak negara dunia seperti Kanada, Denmark, Jerman, Dubai, Jepun, Vietnam, Singapura dan China.

Di Malaysia, 95 peratus pengimport utama produk-produk keluaran syarikat gergasi itu adalah Ayamas dan Kumpulan KFC.

Baru-baru ini, sekumpulan petani, penternak dan peladang dari Malaysia yang menyertai program Agrochallenge Antarabangsa Thailand 2011 anjuran Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT) berpeluang melawat kilang pemprosesan tersebut.

Terletak di daerah Petchabun, kira-kira tiga jam perjalanan dari Bangkok, kilang itu merupakan sebahagian daripada lokasi persinggahan dalam siri jelajah kembara tani berkenaan.

Ketibaan para peserta di sambut baik oleh Naib Presiden Eksekutif Kumpulan SAHA Farms, Jesse Liu bersama kakitangan syarikat.

Bercerita mengenai perniagaan yang dijalankan, Liu memberitahu, kilang seluas 912 hektar itu memberi tumpuan kepada proses penyembelihan dan pemprosesan ayam mentah.

"Selain penyembelihan dan pemprosesan, kita juga mempunyai rangkaian perniagaan berkaitan seperti penternakan ayam pedaging, penetasan, pembuatan makanan ayam, pemprosesan produk makanan berasaskan ayam serta aktiviti kajian dan penyelidikan.

''Secara keseluruhannya, ladang-ladang kami mampu mengeluarkan 450 juta biji telur ayam dan 360 juta anak ayam setahun.

''Untuk kilang penyembelihan dan pemprosesan di sini, kita mempunyai tiga buah bilik penyembelihan utama dengan sokongan 500 orang kakitangan bagi mengurus kerja-kerja memproses dan mengasing bahagian-bahagian ayam.

''Ini kerana, setiap negara yang mengambil bekalan ayam dari SAHA Farms mempunyai permintaan tersendiri daripada segi saiz dan jenis potongan. Jadi kita perlu ikut keperluan itu,'' jelasnya kepada para peserta.

Sesuatu yang unik mengenai kilang tersebut, ia memberi penekanan maksimum kepada sistem keselamatan bio sekuriti agar kesemua produk mentah yang dihasilkan bebas daripada bakteria.

Sistem tersebut merangkumi teknologi pengawasan maksimum melibatkan pembahagian zon dan sistem amaran kehadiran virus seperti selesema burung dalam jarak satu kilometer.

Jesse memberitahu, bangunan kilang SAHA Farms juga dilengkapi teknologi penyejukan udara di mana ia merupakan yang pertama dilaksanakan di Asia.

Bangunannya yang berada dalam kawasan geografi berbukit-bukau pula bertujuan menyekat kehadiran bakteria berpenyakit dan burung-burung daripada terbang melintasi kawasan kilang.

''Pelaksanaan semua usaha ini bermatlamat memastikan ayam-ayam mentah dan produk makanan sejuk beku yang dikeluarkan SAHA Farms bermutu tinggi, bersih, sihat dan bebas daripada pencemaran.

''Sama seperti ladang penternakan di Supcharoen dan Patthana, kita turut menggunakan sistem ternakan tertutup berteknologi tinggi lengkap dengan sistem bio sekuriti dan pengudaraan terbaik untuk keselesaan haiwan,'' jelasnya.

Bagi memastikan kesihatan ayam ternakan di SAHA Farms, haiwan itu diberi makanan berasaskan sayur-sayuran lengkap dengan vitamin, protein dan mineral.

Apa yang menarik, kesemua haiwan tersebut juga tidak diberi suntikan hormon atau sebarang ubat antibiotik.

Daripada sudut keperluan air untuk melancarkan proses kilang pula, pihak syarikat melaksana teknologi sistem rawatan air tersendiri.

Tanam Kacang Buncis Organik

Penanaman kacang buncis perlu diperbanyakkan bagi menambah jenis sayuran di pasaran tempatan.

Kacang buncis (french bean) mula ditemui di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Tanaman dengan nama saintifik Phaseolus vulgaris ini tergolong dalam keluarga leguminosae dan ia merupakan sejenis kekacang yang rangup dan manis.

Kacang buncis yang biasa di tanam di negara ini adalah yang berwarna hijau muda, namun ia sebenarnya mempunyai pelbagai jenis yang berbeza warna seperti warna kuning (yellow wax bean), merah (borlotto firetongue) dan ungu gelap (purple wax bean). Kebanyakan mudah didapati di negara luar.

Buncis mengandungi kadar protein dan vitamin tinggi. Ia boleh membantu menurunkan tekanan darah dan mengawal metabolisme gula dalam darah.

Amalan memakan kacang buncis seminggu dua kali sangat sesuai bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi. Kacang ini juga dapat membantu mengatasi masalah kegemukan.

Ujian makmal menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan secara semulajadi.

Penyediaan kawasan
  • Kacang buncis sesuai ditanam di kawasan yang bersaliran baik, tanah mineral, dan pH tanah antara 5.5 dan 6.5
  • Buat batas berukuran satu meter (m) lebar dan panjang mengikut keluasan kawasan. Gaul dan gemburkan batas bersama kompos dan baja organik (tahi ayam).
  • Jarak penanaman yang disyorkan ialah 50 hingga -60 sentimeter (sm) antara pokok dan antara baris.
  • Kayu junjung lima hingga 6.5 kaki (tinggi) dan trilles perlu disediakan juga kerana kacang buncis adalah tanaman jenis memanjat.
  • Batas sebaiknya ditutup dengan plastik silver shine , daun kering atau jerami padi untuk kawalan rumpai dan mengekalkan kelembapan tanah.
Penanaman
  • Penanaman boleh dibuat melalui biji benih.
  • Dua kaedah penanaman sama ada semaian atau tanam terus.
  • Biji benih yang disemai akan mula bercambah pada hari ke dua selepas ditanam, dan boleh mula dipindahkan ke batas pada hari ke lapan hingga kesepuluh.
  • Bagi kaedah tanam terus, dua atau tiga biji benih akan ditanam dalam satu lubang. Pada hari kelapan, jika terdapat lebih daripada satu anak pokok yang tumbuh penjarangan perlu dilakukan.
  • Tinggalkan satu sahaja anak pokok yang paling sihat dalam setiap lubang tanaman.
Pengairan
  • Pengairan perlu diberi dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan. Sebaiknya, sumber air yang digunakan adalah air yang bersih tanpa klorin.
  • Cara pengairan bergantung pada pengusaha sama ada secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis atau titis.
Pembajaan
  • Pembajaan kali pertama akan diberikan pada minggu kedua selepas menanam dengan kadar 50 gram per pokok.
  • Baja kali kedua, pada minggu keempat sebanyak antara 50g dan 80g per pokok.
  • Baja kali ketiga, pada minggu ketujuh sebanyak 80g hingga 100g per pokok.
  • Baja yang digunakan mestilah baja organik sama ada baja yang dibeli atau baja buatan sendiri.
  • Jika baja dari kilang, ikut kadar yang telah disyorkan. Ini kerana ada sesetengah baja dalam bentuk larutan pekat dan perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
  • Bagi yang membuat baja organik sendiri, baja boleh disembur seminggu sekali untuk pertumbuhan pokok yang baik.
Kawalan rumpai
  • Sungkupan boleh dibuat menggunakan plastik agrosheet, jerami padi atau daun-daun kering bergantung pada kemampuan anda.
  • Seminggu sekali rumpai perlu dibuang. Ini kerana rumpai adalah musuh utama tanaman dalam persaingan untuk mendapatkan nutrien, ruang dan cahaya matahari. Selain itu, rumpai boleh menjadi tempat pembiakan serangga perosak jika dibiarkan tanpa kawalan.
  • Kerja merumpai boleh dilakukan di sekeliling pokok dan mesin rumput di luar batas tanaman.
Kawalan perosak, penyakit
  • Bagi kacang buncis, serangan ulat Maruca testulalis dan lalat buah adalah masalah utama. Sembur racun organik buatan sendiri atau yang dibeli bermula pada minggu kelima selepas menanam.
  • Campuran akar tuba, cili padi dan bawang putih yang dikisar halus bersama 200ml air adalah racun organik yang boleh mengawal perosak tersebut. Buat pencairan 100ml racun ditambah dalam 15 liter air bersih dan disembur pada tanaman.
  • Sembur racun seminggu sekali/bergantung pada tahap serangan. Pemantauan yang teliti dan kerap sangat penting untuk mengawal serangan perosak dan penyakit.
  • Penyakit antraknos, mozek virus dan kulapuk berdebu adalah penyakit popular kacang buncis.
  • Semburan campuran satu liter susu dengan 10 liter dapat mengurangkan masalah penyakit antraknos.
  • Campuran rizom kunyit, daun semambu dan daun bunga Marigold yang dikisar halus dan ditambah 100 (g) belerang (dilarutkan dalam 15 liter air) boleh mengurangkan masalah penyakit kulapuk berdebu dan mozek.
Penuaian
  • Hasil boleh mula dituai selepas enam tujuh minggu ditanam.
  • Kutip hasil setiap dua tiga kali hari sekali. Pengeluaran hasil akan berterusan selama sebulan, bergantung pada kesuburan pokok.

Sunday 4 September 2011

Rasa Manis Sebenar Nangka Madu

Francis Choy (kiri) bersama Adnan Lee melihat buah nangka madu yang baru dipetik dari ladangnya di Bidor, Perak.

Celup gula? Mana ada saya celup gula, nangka ini saya petik terus dari ladang. Kalau encik tidak percaya, ambil buah ini bawa ke makmal, uji jika saya ada letak gula.

"Saya memang belajar tidak tinggi encik, namun bagi saya berniaga biar jujur", ujar Uncle Jack sambil menahan marah.

Bersungguh-sungguh beliau bertegang urat menerangkan buah nangka yang dijualnya tidak pernah dicelup dalam air gula.

Itu antara pengalaman Uncle Jack apabila berhadapan dengan beberapa pelanggan yang meragui kemanisan buah nangka yang dijualnya suatu ketika dahulu.

Pengalaman selama 15 tahun menanam dan memasarkan nangka menjadikan Uncle Jack atau nama sebenarnya Francis Choy begitu 'masak' dengan reaksi sesetengah pelanggan yang terkejut dengan kemanisan isi buah nangka yang dijualnya.

Pertemuan bersama Francis dibawa oleh Pengarah Urusan MBG (Money Back Guarantee) Fruits Sdn. Bhd. (MBG), Adnan Lee yang juga merupakan antara salah sebuah syarikat pemborong serta penghantaran buah-buahan di sekitar Lembah Klang.

Jelas Francis yang memiliki syarikat MF Fresh Fruits & Agriculture Trading itu, jika sampai musim buah yang agak lebat beliau terpaksa memasang tongkat dan sokongan bagi membantu dahan pokok nangkanya menampung berat buah yang bergayutan.

Bercerita mengenai sejarah penanaman nangka madu tersebut, Francis mengimbau kenangan 15 tahun dahulu apabila beliau dan seorang lagi rakan perniagaannya terpaksa ke Kedah untuk mencari baka nangka madu terbaik di sana.

"Kita jumpa baka nangka ini di Alor Setar dan kita bawa balik ke sini (Bidor). Kemudian kita cuba buat pengklonan dengan baka sedia ada.

"Agak lama juga saya buat ujian sendiri akhirnya kami menemui baka baru nangka madu yang dikenali sebagai J33 dan digunakan sehingga hari ini," katanya.

Malah, Francis berkata, bapa beliau merupakan seorang pengusaha tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan. Dia sendiri hampir 30 tahun terbabit dalam bidang pertanian.

"Saya tidak memiliki pembelajaran secara formal dalam bidang pertanian. Semua yang saya pelajari adalah daripada pengalaman bapa dan pengalaman saya sendiri ketika mengusahakan pelbagai tanaman," jelasnya.

Tambah Francis, sebelum menumpukan perhatian kepada penanaman nangka beliau pernah mengusahakan tanaman betik, tembikai dan pelbagai lagi.

Setiap jenis tanaman mempunyai perbezaan dalam cara menjaga dan penanaman. Sesetengahnya ditanam berdasarkan permintaan dan musim.

Bagi beliau, nangka merupakan antara tanaman yang kurang dikomersialkan secara besar-besaran. Malah hasil tuaiannya juga sentiasa tidak mencukupi bagi pasaran tempatan.

Ia menunjukkan penanaman nangka tidak diketengahkan oleh kebanyakkan petani menyebabkan bekalan buah tersebut agak berkurangan di pasaran.

Francis mengakui, terdapat juga petani menanam nangka namun untuk mencari penanam baka nangka madu sepertinya adalah sukar.

Ujarnya, menjaga pokok nangka sama seperti menjaga diri sendiri. Petani perlu mengetahui keperluan serta cara menjaga pokok dengan betul.

Memiliki hampir 600 pokok dalam kawasan seluas 10 ekar membolehkan ladang beliau di Bidor, Perak mengeluarkan 10 hingga 15 tan buah nangka bagi setiap ekar dalam setahun.

Selain di Bidor, Francis turut memiliki ladang nangka di sekitar Rawang, Selangor.

Terdapat 70 hingga 80 biji bagi satu tan. Sebiji buah nangka seberat 10 hingga 15 kilogram (kg). Setiap pokok nangka mampu mengeluarkan buah 10 hingga 12 biji pada satu-satu masa.

Menurut Francis, buah yang terlalu banyak pada sepohon pokok akan mengurangkan kualiti rasa, berat, saiz dan ketebalan isi nangka.

"Semuanya memainkan peranan, justeru berat yang ideal bagi sebiji buah nangka adalah 10 hingga 15 kg. Kadang-kala berat buah juga mampu mencecah 42 kg sebiji," tambahnya.

Untuk mendapatkan hasil sedemikian, pemangkasan dahan serta daun perlu kerap dilakukan. Malah putik yang berlebihan juga akan dibuang.

Pokok nangka akan mengeluarkan putik yang banyak. Justeru, hanya 10 hingga 12 biji putik yang berpotensi menjadi buah yang baik akan ditinggalkan. Selebihnya akan dibuang dari pokok.

Jelas Francis, pokok yang kekurangan daun dan memiliki buah yang sedikit akan menghasilkan buah yang lebih cantik, manis, berisi tebal serta berkualiti tinggi.

Ia berikutan tumpuan pembekalan nutrisi pokok lebih kepada proses pembesaran buah tidak kepada daun semata-mata.

Francis menggunakan najis ayam sebagai baja dan sedikit racun serangga untuk melindungi kulit buah nangka daripada serangan haiwan perosak tersebut.

Namun, jelasnya, serangga bukanlah musuh utama bagi nangka. Justeru penggunaan bahan tersebut di ladangnya amat kurang di samping kos bagi penggunaan racun serangga juga amat tinggi.

Musuh utama ladang nangka milik Francis adalah terdiri daripada monyet dan babi hutan kerana keadaan pokoknya yang rendah, rendang dan kadang-kala boleh mencecah sehingga ke tanah.

Penyakit karat buah juga merupakan antara penyakit yang sering menyerang isi nangka. Namun, ia dapat diatasi dengan proses penjagaan pokok secara betul.

Kini sebahagian besar buah nangka beliau diedarkan MBG yang siap dibungkus. MBG yang memiliki 16 buah cawangan di sekitar Lembah Klang termasuk satu di Melaka turut memiliki cawangan di The Gardens, Mid Valley, Sunway Pyramid, Subang Parade dan The Curve.

Di samping membekalkan buah nangka kepada MBG, Francis turut menjual buah tersebut di restoran dan pasar buah-buahan. Namun, bekalan tidak pernah mencukupi berikutan permintaan yang tinggi.

Bagi yang berminat untuk terjun dalam bidang pertanian terutamanya penanaman nangka madu, nasihat Francis, jangan cepat berputus asa dan cari ilmu berkenaan tanaman nangka secukupnya.

''Perniagaan bukanlah suatu perkara yang boleh di bina dalam masa yang singkat. Ia memerlukan ketabahan, minat yang mendalam serta kecekalan di samping usaha yang berterusan," ujarnya.

Selain membekalkan buah nangka, Francis turut menyediakan khidmat nasihat dan rundingan dalam bidang penanaman nangka.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan tunjuk ajar atau perkhidmatan nasihat daripada beliau anda boleh menghubungi Francis di talian 016-222 3246 atau 012-223 3246.

Tanam Bendi Merah

Sayur bendi warna merah memang jarang ditemui tetapi penjagaannya lebih kurang sama dengan bendi hijau.

Bendi merah (Abelmoschus esculentus) adalah sayuran jenis buah dalam famili Malvaceae. Varieti ini berasal dari Mesir, seterusnya dikenali di India, Afrika dan Amerika Selatan.

Pokok bendi merah boleh mencecah ketinggian sehingga dua meter. Bendi merah yang bersaiz antara lapan dan 12 sentimeter (sm) sangat sesuai dituai kerana keadaan buah masih lembut, hujungnya mudah dipatah dan belum berpulur.

Walaupun warna merah buah sangat menarik semasa segar, ia akan berubah kepada warna hijau setelah masak.

Bendi merah kaya dengan nutrien antaranya Vitamin A, C, B+, magnesium, fosforus dan kalsium. Ia juga tinggi dengan serat yang baik untuk badan. Warna merah pada bendi disebabkan oleh kehadiran beta karoten.

Keperluan asas tanaman
  • Boleh ditanam daripada biji benih.
  • Suhu yang sesuai untuk bendi merah adalah antara 24 hingga 32ÂșC.
  • Jenis tanah yang sesuai ialah tanah gambut, bris dan tanah mineral.
  • pH yang sesuai 5.5 hingga 6.5
  • Hujan 300mm/musim.
Penanaman
  • Dua kaedah penanaman iaitu tanam terus di atas batas atau disemai dalam talam (tray) semaian.
  • Antara dua dan tiga biji benih dimasukkan dalam satu lubang untuk kaedah tanam terus.
  • Sebiji benih/satu sel talam bagi kaedah semaian. Selepas 14 hari, anak pokok diubah di atas batas.
  • Jarak penanaman yang disyorkan adalah 60 hingga 90 sm antara pokok.
  • Selepas dua minggu, kekalkan satu sahaja anak pokok bagi setiap lubang, manakala yang selebihnya dibuang.
Sulam pokok yang mati
  • Letak plastik silver shine atau jerami padi pada batas tanaman sebagai sungkupan dan mengekalkan kelembapan tanah.
  • Kompos dan baja organik (tahi ayam) boleh digunakan sebagai baja permulaan dan digaul di atas batas.
Pembajaan
  • Dilakukan pada minggu ke dua, keempat dan keenam.
  • Minggu kedua, gunakan baja organik sebanyak 50 gram setiap pokok.
  • Minggu keempat dan keenam, keperluan baja organik ditambah kepada antara 60 dan 100 gram bagi setiap pokok kerana pada masa ini pokok sudah mula berbunga dan akan mengeluarkan hasil.
Pengairan
  • Pengairan boleh dilakukan sama ada menyiram secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis atau titis.
  • Pengairan dilakukan dua kali sehari (pagi dan petang). Jika musim hujan, pengairan tidak diperlukan.
  • Perparitan perlu dibuat sekiranya kawasan penanaman mempunyai saliran air bawah tanah yang teruk, kerana bendi tidak sesuai ditanam di kawasan yang lembap dan berair.
Kawalan rumpai
  • Rumpai adalah masalah biasa yang dihadapi oleh petani yang mengamalkan pertanian secara organik.
  • Penggunaan racun rumpai tidak dibenarkan.
  • Cara pengawalan rumpai yang paling baik adalah menggunakan mesin pemotong rumput (kawasan luas) atau merumput secara manual bagi kawasan yang lebih kecil bergantung pada kemampuan pengusaha itu sendiri.
  • Penggunaan sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau plastik hitam juga boleh mengawal rumpai dan sekali gus mengekalkan kelembapan tanah.
Pemangkasan
  • Pemangkasan pelepah daun dilakukan setelah buah pada sisi pelepah tersebut dipetik. Biasanya pemangkasan sebegi dilakukan pada bahagian bawah pokok 50sm dari paras batas.
  • Pemangkasan dilakukan supaya menggalakkan lebih banyak buah terhasil selain mengurangkan pembaziran penggunaan baja oleh daun yang tua.
  • Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.
Kawalan perosak dan penyakit
  • Perosak yang sering menyerang tanaman bendi merah adalah ulat pengorek buah dan juga kepinding buah yang menyerang pada peringkat buah masih muda lagi.
  • Penyakit bintik daun yang disebabkan oleh kulat biasanya menyerang daun bendi yang tua.
  • Ada beberapa kaedah kawalan yang boleh diamalkan seperti antaranya menggunakan racun organik yang boleh didapati di pasaran, membuat umpan penarik ulat (bancuhan molasses dan sekam padi) dan kaedah manual dengan mengutip satu persatu ulat atau kepinding yang ada pada tanaman.
  • Bagi kawalan penyakit bintik daun pula, semburkan 30ml campuran (cili, daun tembakau, bawang merah dan kapur yang telah dikisar halus) dan 15 liter air bersih ke bahagian daun yang telah diserang.
Penuaian
  • Hasil boleh mula dituai pada minggu kesembilan dan ia akan berterusan selama sebulan atau lebih bergantung pada penjagaan pokok tersebut.
  • Kutipan hasil boleh dilakukan setiap dua hari sekali bagi mengelakkan bendi terlalu tua.
  • Potong lebih kurang dua sm pada bahagian pangkal buah.
  • Boleh disimpan pada suhu 5 hingga 10 darjah selsius dan tahan selama lebih kurang seminggu.

Segak di usia 40-an

Saya seorang lelaki berusia 45 tahun bekerja sebagai pegawai perhubungan awam. Sejak berusia 40-an, saya dapati berat badan saya tidak seperti dahulu, perut semakin buncit dan kulit wajah sedikit kedut.

Adakah faktor pemakanan dan gaya hidup saya menjadi faktor utama? Saya seorang yang gemar makanan bergoreng dan merokok. Harap doktor dapat membantu saya.

Jawapan.

Memang itu adalah fenomena yang biasa bagi kebanyakkan lelaki apabila menjangkau umur 40-an. Menjadi kurang tenaga, berat badan meningkat dan perut buncit.

Inilah peringkat di mana seseorang lelaki berdepan dengan banyak cabaran. Ini termasuk kerja yang banyak, keluarga mula membesar, mungkin melibatkan tanggungan kewangan dan bermacam-macam lagi.

Pada usia ini juga hormon testosteron yang berkurangan turut memberi kesan. Desakan kehidupan dan kesibukan masa menyebabkan tiada masa untuk menjaga pemakanan yang baik dan seterusnya memburukkan lagi keadaan. Begitu juga dengan faktor stres.

Tetapi kita juga tahu ramai di kalangan lelaki 40-an yang begitu segak, bertenaga dan menjalani kehidupan harian bersama keluarga dengan penuh keyakinan dan keriangan.

Mengapa ini berlaku? Yang pasti cara hidup yang hebat memainkan faktor membezakan antara kumpulan tersebut.

Satu kumpulan yang benar-benar aktif dan menjaga kehidupan harian termasuklah beriadah dan satu kumpulan lain yang merasakan tidak penting untuk mengambil berat kesihatan dan cara hidup mereka.

Itulah sebabnya sekarang kita dapati penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, jantung berlaku pada usia yang jauh lebih muda.

Saya tidak dapat membantu anda daripada jauh. Yang dapat bantu anda ialah diri sendiri yang dapat menilai tahap kesihatan, tahap stres dan tahap kehidupan lain yang sedang dihadapi sekarang.

Cuba baiki dan pulih setiap satu dari masa ke semasa. Contohnya pada peringkat awal ini, elak atau kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Hentikan merokok. Semak berat badan dan tahap kesihatan anda yang lain.

Seterusnya rancang bagaimana untuk mendapatkan kesihatan maksimum dalam satu jangkamasa yang difikirkan realistik. Ingatlah satu langkah positif hari ini akan memberi kesan positif dikemudian hari.

Walaupun kita tahu faktor genetik turut memainkan peranan dalam tahap kesihatan, tetapi insya-Allah banyak cara yang kita boleh amalkan untuk mengelakkan penyakit fizikal, mental dan sosial dan seterusnya hidup dengan cemerlang pada setiap masa. Selamat berjaya!