Klik! iklan Nuffnang tanda sokong blog ini. Terima kasih.

Saturday 27 August 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H


Buat semua pembaca dan peminat blog www.faizaltalib.blogspot.com/.

Di kesempatan ini kawan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Salam tulus ikhlas dari kawan. Moga semua bergembira dan ceria selalu di hari lebaran ini.

Thursday 25 August 2011

Kawal Glukosa Darah

Anda perlu kerap menjalankan pemeriksaan glukosa. - Gambar hiasan.

Saya menghidap diabetes sejak lima tahun lalu. Walaupun mengambil ubat daripada doktor, namun adakalanya bacaan paras gula saya agak tinggi. Bolehkah suplemen diambil agar keadaan menjadi lebih terkawal?

Jawapan.

Paras glukosa yang sederhana dalam darah penting untuk mengekalkan paras tenaga dan fungsi-fungsi tubuh lain. Bagaimanapun pengambilan makanan manis berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan.

Perubahan penting yang perlu dilakukan dalam usaha pengawalan diabetes adalah perubahan corak pemakanan dan juga gaya hidup yang lebih aktif.

Perubahan ke atas kedua-dua faktor ini sangat berkesan dan terbukti ke arah pengawalan paras gula yang lebih efektif.

Pengambilan makanan yang sesuai merupakan senjata utama. Pilihlah makanan yang tergolong dalam kumpulan indeks glisemik yang rendah.

Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah.

Makanan berindeks glisemik yang rendah akan membebaskan glukosa secara perlahan dan teratur, manakala makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi akan menyebabkan paras glukosa darah meningkat dengan cepat.

Makanan berindeks glisemik rendah lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat-peringkat dan telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar.

Kebanyakan sayur-sayuran termasuk dalam kumpulan makanan berindeks glisemik rendah seperti brokoli, bayam, tomato, timun, kacang hijau, keledek dan beberapa lagi.

Manakala pengawalan pengambilan makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi seharusnya dikawal di kalangan penghidap diabetes. Antara contohnya adalah teh tarik, nasi putih, roti putih, mi goreng, kueh teow goreng, donut dan beberapa lagi.

Pengambilan suplemen tambahan seharusnya dipilih daripada sumber yang dikaji. Antaranya ialah seperti dari herba purslane. Purslane dari spesies Portulaca Oleracea atau nama tempatannya Gelang pasir dianggap sebagai tumbuhan rumpai di sesetengah kawasan.

Tumbuhan ini kerap digunakan oleh sesetengah masyarakat sebagai rawatan luaran untuk gigitan serangga dan juga dijadikan hidangan salad dan juga sup.

Berdasarkan ujian yang dijalankan, tumbuhan ini didapati memberi kesan positif dalam pengawalan glukosa darah.

Hasilnya menunjukkan pengambilan ekstraknya mampu mengurangkan glycosylated haemoglobin (HbA1C) secara signifikan di kalangan subjek yang juga sedang mengambil ubat diabetes tetapi masih lemah dalam pengawalan gula darah.

Ujian HbA1C ini penting untuk memberi petunjuk terhadap kawalan gula darah dalam tempoh beberapa bulan yang lepas dan ianya dikaitkan dengan petunjuk risiko penyakit kardiovaskular.

Kajian menunjukkan ekstrak herba Purslane membantu dalam metabolisme gula darah melalui beberapa cara.
  • Pengambilan ekstrak herba ini didapati boleh meningkatkan pengambilan glukosa daripada aliran darah ke sel-sel.
  • Modulat kepekaan sel - sel terhadap insulin.
  • Mengurangkan penyerapan glukosa daripada usus ke dalam aliran darah.
Mengekalkan paras gula darah dalam julat yang sihat memberi impak yang besar ke atas kesihatan seseorang.

Kepada penghidap diabetes kawalan gula darah ini akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan dan juga jangka hayat.

Paras glukosa yang tidak terkawal dalam tempoh yang lama akan mengakibatkan komplikasi yang serius seperti Diabetik neuropati atau kerosakan saraf, hilang daya penglihatan, kerosakan buah pinggang dan juga kehilangan deria rasa pada kaki dan tangan.

Cantik dengan Berpuasa

Berpuasa merupakan ibadah yang sangat banyak manfaatnya. Meskipun umat Islam diwajibkan berpuasa sebagai melaksanakan salah satu Rukun Islam namun puasa juga boleh meningkatkan kecantikan dan kesihatan seseorang.

Apabila seseorang berpuasa perutnya rehat dari sebarang beban. Perut mula mengempis dan fungsi perut menjadi lebih baik lagi.

Obesiti morbid merujuk kepada mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 35 inci bagi wanita dan 40 inci bagi lelaki.

Kumpulan ini mempunyai risiko tiga kali ganda mengidap masalah kolestrol tinggi dan empat kali ganda risiko kencing manis. Bagi pengidap obesiti morbid banyak halangan dilalui bagi menurunkan berat badan.

Ini kerana kerosakan hormon dan enzim yang teruk. Namun sepanjang bulan puasa mereka akan mendapat penurunan berat badan.

Bagi memastikan penurunan berat badan yang ketara dan berkesan sewaktu berpuasa beberapa perkara perlu diambil berat.

1) Jangan minum minuman manis sewaktu berbuka.

Oleh kerana sewaktu berbuka kita dihidangkan dengan sajian kuih muih yang pelbagai maka minuman manis harus dielakkan. Terdapat banyak gula dalam kuih muih tersebut.

Kurma baik dimakan kerana mempunyai gula semula jadi yang banyak di dalamnya. Pengambilan kurma sudah tentu lebih baik daripada air manis.

2) Kurangkan kuih manis.

Pengambilan kuih manis perlulah sekadar sahaja dan tidak berlebihan. Kalori tinggi disebabkan kandungan gula yang tinggi membuatkan tubuh tidak mampu melepaskan lemak yang dikandung.

Mereka yang gemar makan banyak kuih sewaktu berbuka sukar kurus.

3) Makan nasi nasi sedikit sahaja.

Nasi haruslah diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan nasi yang banyak akan membuatkan seseorang menjadi semakin lapar dan sukar menyekat nafsu makan.

Ini kerana nasi menyebabkan insulin dirembes dengan banyak dari kelenjar pankreas. Peningkatan insulin ini membuatkan kandungan gula turun dengan cepat dan kita kembali lapar.

Insulin juga meningkatkan lemak berkumpul pada perut kita.

4) Banyakkan pengambilan sayur-sayuran.

Mengambil banyak sayur-sayuran boleh meningkatkan serat dalam perut kita. Serat yang tinggi membantu membuang lemak melalui najis.

Serat juga merupakan karbohidrat yang baik dan merangsang penurunan insulin sekali gus mengurangkan lemak daripada berkumpul di perut.

5) Tingkatkan pengambilan buah-buahan.

Pengambilan buah-buahan yang banyak boleh meningkatkan vitamin dalam tubuh kita dan mencantikkan kitaran tenaga dalam tubuh kita. Ini menjadikan kita segar dan bertenaga semasa puasa.

6) Bersenam setengah jam setiap hari.

Meskipun berpuasa, amalan bersenam haruslah diteruskan. Berpuasa dan bersenam setengah jam setiap hari merupakan amalan menurunkan berat badan yang paling berkesan.

Apabila kita berpuasa kadar metabolik semula jadi tubuh akan menurun. Ini membuatkan pembakaran lemak menjadi perlahan. Bersenam pada bulan puasa menigkatkan metabolik, menjadikan kita cepat membakar lemak.

7) Pengambilan protein yang tinggi.

Mengambil makanan berprotein tinggi seperti ikan, daging merah dan telur membantu menaikkan metabolik tubuh kita. Protein akan merangsang pembakaran lemak dengan meningkatkan glukargon iaitu hormon pembakar lemak dalam darah kita.

8) Suplemen.

Suplemen yang sangat perlu sewaktu puasa ialah kalsium, potasium dan zink. Pengambilan makanan suplemen ini akan menjadikan kita lebih bertenaga. Ia juga membantu fungsi hormon dan enzim yang lebih baik lagi.

Meskipun berpuasa kecantikan kulit dan keceriaan wajah haruslah dititikberatkan. Seseorang boleh meningkatkan kecantikan wajah sewaktu berpuasa dengan mengamalkan tip di bawah.

Tips Kecantikan.

1) Pelembap wajah. Amalkan memakai pelembap wajah bagi memastikan kulit wajah tidak kusam dan kering sewaktu puasa.

2) Solekan sederhana. Bersolek dengan sederhana akan menyerlah kecantikan seorang wanita dalam bulan puasa. Memakai gincu, pelembab bibir dan celak sudah mencukupi.

3) Jangan banyak tidur. Banyak tidur di bulan puasa menjadikan wajah tampak sembap dan lesu. Oleh itu lakukan aktiviti bagi mengelakkan banyak tidur.

Amalan sebegini sudah tentu akan menjadikan anda lebih jelita menjelang hari raya. Anda kini boleh tampil dengan imej yang lebih langsing dan wajah yang lebih berseri di pagi raya. Sudah tentu ini akan menjadi satu bonus buat anda yang berpuasa.

20 Pasar Komuniti

NOH Omar melawat gerai jualan pelbagai jenis kerepek di Pusat Bandar Tanjong Karang, Selangor, kelmarin.

Tanjong Karang 23 Ogos – Kerajaan akan membina 20 pasar komuniti di seluruh negara yang dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pembinaan pasar komuniti melibatkan kos RM4 juta setiap satu itu menggunakan peruntukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Projek berkenaan bagaimanapun dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan ia berkonsepkan pusat sehenti yang beroperasi selama 24 jam.

“Setiap satu pasar komuniti berkenaan berkeluasan 0.8 hektar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Noh berkata, pasar komuniti itu akan beroperasi secara berperingkat-peringkat dengan fasa pertamanya bermula hujung tahun ini.

“Fasa pertamanya akan bermula di enam lokasi iaitu di Puchong, Selangor; Kota Belud, Sabah; Kerteh, Terengganu; Simpang Empat, Perlis; Jengka, Pahang dan Kuala Kedah, Kedah,” ujarnya.

Kata Noh, pasar komuniti itu akan memberi peluang kepada para peniaga dari pelbagai kaum untuk berniaga di kawasan yang lebih strategik dan selesa.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan mesin air tebu, mesin pengisar dan mesin air batu campur kepada 65 usahawan terpilih di kawasan Parlimen Tanjong Karang.

Noh turut mengedarkan bubur lambuk dan kerepek secara percuma kepada orang ramai di tapak Karnival Rembang Syawal di sini.

Wednesday 24 August 2011

Nafas Berbau Ketika Puasa

Anda perasan ramai yang cuba mengelak untuk bercakap dengan anda. Jika ada sekali pun, mereka seperti menjauhkan muka. Apa yang tidak kena dengan anda?

Cuba tekup tangan di depan mulut dan hembus. Sedarkah anda dengan bau nafas yang kurang menyenangkan?

Atau mungkin anda boleh mencuba bertanya insan paling rapat sama ada nafas anda berbau untuk mendapatkan jawapan yang jujur.

Sememangnya masalah nafas berbau sukar ditepis ketika berpuasa. Pasti ramai yang ingin tahu mengapa ia berlaku sedangkan kita tidak makan dan sudah memberus gigi sejurus selepas bersahur pagi tadi.

Pakar Pergigian dari Pusat Perubatan Iheal, Dr. Nazli Haffiz berkata, masalah nafas berbau atau halitosis merupakan perkara biasa bagi mereka yang berpuasa disebabkan beberapa punca.

“Punca utama antara 80 hingga 90 peratus disebabkan keadaan dalam mulut itu sendiri yang tidak dibersihkan dengan betul sehingga memudahkan pembiakan bakteria yang menghasilkan bau,” kata beliau.

Selain itu katanya, makanan yang kita ambil seperti bawang putih, bawang merah, keju, susu, daging dan sebagainya turut menyumbang kepada masalah itu. Lain-lain punca adalah penyakit di saluran respiratori, masalah dalam perut, diabetis, jangkitan sinus, penyakit hati dan buah pinggang.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, masalah nafas berbau menjadi lebih kronik ketika berpuasa disebabkan rembesan air liur kurang dihasilkan kerana kita tidak makan. Menurutnya, air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi.

“Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan dari permukaan licin gigi.

Semasa tidur, rembesan air liur juga kurang. Sebab itu kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun tidur.

Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut,” katanya.

Cara mengurangkan nafas berbau:

1. Berus gigi, lidah dan gusi.

Memberus gigi sahaja tidak mencukupi kerana bakteria turut berada di bahagian lidah dan gusi. Pastikan lidah diberus sehingga ke pangkal kerana ia merupakan tempat pembiakan bakteria punca nafas berbau plaing ideal.

Gunakan benang flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi. Masa dan teknik memberus tidak penting kerana gigi individu berbeza antara satu sama lain. Yang penting, anda sendiri boleh merasakan sama ada ia bersih atau tidak.

Beli cermin khas untuk melihat keadaan gigi bahagian dalam bagi memastikan gigi diberus dengan sebersihnya. Penggunaan ubat kumur juga tidak membantu dalam mengatasi masalah nafas berbau.

2. Elak mengambil makanan berbau.

Kurangkan pengambilan makanan seperti bawang, bawang putih, keju, susu, daging dan telur. Berus gigi dengan betul selepas menikmati makanan sebegini. Elakkan juga makanan berbau kuat seperti petai dan sebagainya.

3. Kurang bercakap.

“Kalau dalam Islam sendiri pun, Nabi berpesan supaya kita kurangkan bercakap bagi mengelak berkata perkara yang tidak baik.

Seeloknya ia diamalkan ketika berpuasa bagi mengurangkan masalah nafas berbau,” kata Dr. Nazli.
Apabila seseorang itu banyak bercakap tetapi tidak makan dan minum, air liurnya akan cepat mengering.

4. Berjumpa doktor.

Masalah nafas berbau yang berlaku walaupun gigi sudah dibersihkan dengan sebaik mungkin berpunca daripada masalah pada gigi atau gusi. Sila berjumpa doktor untuk mengenalpasti puncanya.

Fungsi OPR dan BLR dalam Sistem Perbankan

Bank Negara Malaysia diramal menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekali lagi pada tahun ini dengan alasan membendung inflasi. Saya ingin bertanya adakah benar perbankan Islam mempunyai had kenaikan tertinggi dalam asas asas pembiayaan (BLR) berbanding perbankan konvensional jika kenaikan OPR terus berlaku.

Jawapan.

Kadar Dasar Semalaman (OPR) telah diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan keberkesanan mekanisme transmisi dasar wang dan juga untuk menggalakkan penetapan harga yang lebih cekap oleh institusi perbankan, iaitu, bank Islam dan juga bank konvensional.

Memandangkan industri perbankan Islam beroperasi dalam sistem dwiperbankan dan tidak mempunyai kadar penanda aras tersendiri, ia tetap menggunakan BLR sebagai kadar penanda aras, yang dikenali sebagai Kadar Pembiayaan Asas atau Islam, atau singkatan Inggeris “BFR” atau “IFR”.

Dari sudut pembiayaan Islam, memang terdapat kadar tertinggi bagi produk pembiayaan Islam Bai Bithaman Ajil (BBA), yang disusun menggunakan kaedah campuran, iaitu membabitkan kadar tetap dan terapung.

Dalam keadaan ini, bank akan menggunakan kadar had yang tinggi untuk mengira harga jualan manakala pelanggan diminta membayar mengikut kadar pasaran.

Jika terdapat peningkatan/pengurangan dalam BFR, ansuran pelanggan akan berubah dengan sewajarnya. Bagaimanapun, ansuran tidak boleh melebihi kadar had yang ditetapkan.

Dalam suasana BLR yang rendah, pembiayaan Islam nampak seperti lebih mahal daripada pinjaman biasa, terutamanya apabila kadar had/siling tinggi digunakan untuk mengira ansuran.

Oleh yang demikian, sesetengah bank Islam telah bertukar daripada instrumen kadar tetap, iaitu produk BBA, kepada pembiayaan berasaskan sewa (pajakan) seperti yang ditawarkan oleh OCBC Al- Amin.

Dalam struktur Ijarah ini, kos pembiayaan adalah berasaskan kadar sewa yang fleksibel dan tidak tetap seperti kadar BBA. Kadar sewa boleh diubah dari masa ke masa untuk mencerminkan keadaan pasaran.

Justeru, bank Islam berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mengurangkan risiko kadar faedah berbanding keupayaannya berbuat demikian di bawah sistem kadar tetap BBA.

Ini membolehkan bank Islam bersaing dengan bank konvensional, terutamanya dalam suasana kadar faedah rendah. Dalam struktur ini, tiada kadar siling kerana ansuran berubah-ubah berasaskan pergerakan BLR/BFR.

Keadaan ini saling menguntungkan bank dan juga pelanggan, khususnya mereka yang suka membandingkan kadar dalam suasana kadar faedah rendah, manakala bank dapat menguruskan kos dan bersaing dengan produk pinjaman konvensional.

Memandangkan kedua-dua struktur mempunyai ciri kelebihan yang tersendiri, kelemahan struktur pajakan ini ialah ia mungkin dilihat seolah-olah ‘agak sama’ dengan produk biasa walaupun mengekalkan cirinya sebagai produk yang patuh Syariah.

Masjidil Haram Di Besarkan Lagi

Gambar Masjidil Haram di Mekah yang dirakam dari udara pada 20 Ogos lalu. - Reuters.

Jeddah 22 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah merasmikan pelancaran projek pembesaran Masjidil Haram yang menelan kos AS$10.6 bilion (RM31.8 bilion), Jumaat lalu.

Projek itu bertujuan untuk membolehkan kompleks tersebut menampung kira-kira dua juta jemaah pada satu-satu masa, lapor akhbar Asharq al-Awsat.

Kira-kira 10,000 pekerja sedang bekerja siang dan malam di tapak seluas 400,000 meter persegi itu.

Projek tersebut melibatkan binaan tambahan berbilang tingkat di bahagian utara kompleks berkenaan, serta tangga dan terowong untuk memudahkan laluan jemaah ke masjid itu.

Masjidilharam telah diperbesarkan pada pertengahan 1980-an tetapi bilangan jemaah yang semakin bertambah bermakna satu lagi projek pembesaran diperlukan.

Lewat Jumaat lalu, Abdullah turut merasmikan Menara Jam Diraja Mekah setinggi 601 meter, mercu tanda terbaru yang membantu jemaah di tempat-tempat suci lain mengenal pasti kedudukan Masjidilharam.

Menara jam itu ialah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, pencakar langit 828 meter yang dirasmikan di Dubai pada awal tahun lepas. - AFP.

Friday 19 August 2011

GAJET bercucuk tanam UPM

Nur Qamarina Salman (kanan) menunjukkan peralatan asas berkebun kepada pelawat yang berkunjung ke ladang UPM baru-baru ini.

Hari ini, pertanian menjadi satu kerjaya yang semakin mendapat perhatian ramai. Ini berdasarkan kepada minat yang ditunjukkan melalui pelbagai program-program pertanian dan ramai yang minat untuk menceburinya sama ada secara serius atau sekadar untuk mengisi masa lapang.

Didorong oleh semangat melihat kejayaan orang lain atau sekadar gemarkan kedamaian dan keindahan alam semula jadi serta minat kepada pemeliharaan haiwan, bidang pertanian seakan satu tarikan baru kepada rakyat di negara ini.

Berkebun, bercucuk tanam dan menternak haiwan peliharaan mungkin agak merumitkan bagi sesetengah orang, tetapi sebahagian besar pula melihatnya sebagai aktiviti masa senggang yang menyeronokkan.

Apa jua faktor dan alasannya, pertanian sebenarnya menjanjikan pulangan lumayan setelah mengharungi satu tempoh kepayahan dan bidang ini juga menjanjikan suatu kepuasan.

Disebabkan itu sejak kebelakangan ini, banyak teknologi baru dan inovasi yang dihasilkan bagi memberi suntikan baru dalam sektor pertanian ini untuk terus maju seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Perkembangan sektor pertanian kini boleh dilihat sebagai satu sinar baru kepada pekerjaan tradisi manusia sejak permulaan tamadun mereka lagi.

Perkembangan-perkembangan itu mencetuskan idea dan inisiatif kepada pereka cipta untuk menghasilkan inovasi daripada yang paling rumit kepada yang paling mudah dan canggih.

Sebatang cangkul direka dan dihasilkan kerana manusia perlu membajak tanah dan kini kerja-kerja tersebut disempurnakan oleh jentera yang lengkap dan menjimatkan masa.

Demikian peralatan pertanian lain dicipta dan dihasilkan bagi memenuhi permintaan aktiviti pertanian. Berbeza pula dengan inisiatif oleh sekumpulan kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah mewujudkan satu inovasi baru dengan mengumpulkan lapan peralatan pertanian asas dalam satu beg untuk dipakejkan sebagai satu gajet pertanian.

Inovasi tersebut merupakan ilham daripada sekumpulan petugas di Taman Pertanian Universiti (TPU) yang diminta untuk memikirkan satu idea menyelesaikan masalah membawa peralatan pertanian ke ladang.

Kumpulan tersebut yang dinamakan kumpulan Malaxis dibentuk pada tahun 2009 hasil didikan daripada kumpulan inovasi dan kreatif yang telah mengadakan sesi lampas minda bagaimana menghasilkan sesuatu yang inovatif dan kreatif.

Kumpulan tersebut terdiri daripada lapan ahli yang mempunyai pelbagai kepakaran terdiri daripada Kamarul Zaidi Abd. Ghani yang juga ketua unit buah-buahan di TPU, Hasnul Hadi Hussain (penyelaras agroteknologi) dan Nur Qamarina Salman (Penyelia Landskap dan Orkid).

Ahli kumpulan lain termasuk Nor Haimanshah Ismail (Penyelia Semaian Buah-buahan), Ahmad Rodhi Kamaludin (Penyelia Fertigasi), Muhd. Rizal Che Jid (penyelia biji-benih), Mohamad Faiz Mohd. Shapie (penyelia tanaman pelbagai) dan Mohd. Harlizan Mohd. Darus (Penyelaras Tanaman Industri).

Hasnul Hadi yang juga ketua kumpulan berkenaan berkata, cadangan mewujudkan satu kumpulan gajet pertanian asas memberi peluang kepada mereka yang gemarkan bidang pertanian untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

“Jika dilihat, set gajet ini mudah dibawa, sama seperti membawa laptop yang dibimbit dalam beg khas dan sesuai bagi mereka yang sukakan gaya kerja yang ringkas,” katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan dan pelancaran tidak rasmi set Agrokits di Serdang baru-baru ini.

Beliau berkata, idea itu tercetus selepas kumpulannya bercadang untuk menghasilkan inovasi baru bagi membantu mereka yang sukakan pertanian sebagai aktiviti harian.

“Pada sesi tersebut, kami mengenalpasti antara masalah utama dalam penyimpanan dan pengendalian peralatan pertanian ialah kesukaran membawa peralatan yang banyak dan besar dengan menggunakan kereta atau motosikal.

“Ia memerlukan ruang penyimpanan yang luas, terdedah kepada risiko bahaya kecederaan jika berlaku kecuaian sama ada sebelum dan selepas pengendalian peralatan tersebut,” ujar beliau.

Kumpulan tersebut, kata beliau kemudiannya menetapkan tujuh peralatan asas yang biasanya digunakan semasa aktiviti amalan ladang terutamanya kepada para pelajar jurusan pertanian dan ia boleh juga digunakan kepada mereka yang gemarkan aktiviti berkebun.

Peralatan tersebut ialah cangkul, pisau cantuman, serampang tangan, hand trowel, pencakar, gunting pangkasan dan L&key.

Sebuah beg bersaiz sebesar beg laptop direka khas untuk menyimpan peralatan tersebut supaya gajet pertanian itu mudah disimpan dan dibawa untuk berkebun.

Uniknya batang cangkul yang diperbuat daripada aluminium itu mempunyai keistimewaan tersendiri di mana ia tahan karat, ringan dan mudah untuk dibersihkan selepas aktiviti berkebun.

Batang cangkul ini juga boleh diselaraskan mengikut keselesaan pengguna ia bersama mata cangkul boleh ditanggalkan. Nur Qamarina yang merupakan Setiausaha Kumpulan berkata, pihak mereka juga sedang menyiapkan satu manual penggunaan alat berkenaan yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada pengguna.

“Kami berharap idea seringkas ini dapat membantu pengguna menggunakannya serta mudah untuk dibawa berkebun di mana saja,” ujarnya.

Beliau juga berharap pencinta - pencinta pertanian dapat memanfaatkannya dengan adanya peralatan seperti ini dan ia akan memudahkan aktiviti berkebun di samping memudahkan lagi proses pembelajaran dalam jurusan pertanian untuk melakukan aktiviti amalan ladang.

Set Agrokits telah dipatenkan pada tahun 2009 dan masih dalam proses mencari pengusaha yang mahu mengeluarkan produk itu secara komersial.

Cetusan idea Agrokits membawa lembaran baru kepada TPU yang aktif dalam pengeluaran anak pokok buah-buahan dan aktiviti amalan ladang kepada pelajar-pelajar UPM terutamanya bagi pelajar jurusan pertanian.

Thursday 18 August 2011

Hotel Angkasa Lepas

Gambaran artis tentang hotel angkasa lepas yang dirancang dibina oleh Orbital Technologies menjelang 2016. – Agensi.

Moscow 17 Ogos – Rusia kini mengorak langkah lebih jauh untuk menakluk Bima Sakti dan mendirikan hotel di angkasa lepas.

Sebuah syarikat Rusia, Orbital Technologies, mendedahkan perkara itu di Moscow minggu ini tentang rancangan untuk membawa pelancong kaya ke tempat yang mereka tidak pernah pergi sebelum ini.

Harga penginapan selama lima hari di hotel angkasa lepas itu dijangka antara 100,000 pound (RM489,618) dan 250,000 pound (RM1.2 juta), tidak termasuk kos pengangkutan yang dianggarkan 477,393 pound (RM2.3 juta).

Ketua Eksekutif Orbital Technologies, Sergei Kostenko berkata, hotel itu yang akan dikenali sebagai Stesen Angkasa Lepas Komersial (CSS) akan dibuka pada 2016 dan jauh lebih selesa berbanding Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Menurutnya, CSS yang mempunyai keluasan 215 meter persegi dengan empat kabin boleh menempatkan tujuh orang.

“CSS akan dibina 1,136 kilometer dari atas bumi dan pengunjung juga boleh melihat keajaiban angkasa lepas dan bumi melalui cermin besar yang disediakan.

“Akses untuk ke hotel itu akan menggunakan roket Soyuz Rusia,” ujarnya.

Kostenko berkata, pembinaan hotel itu disasarkan kepada individu kaya dan mereka yang bekerja dengan syarikat swasta yang mahu membuat penyelidikan di angkasa lepas. – AGENSI.

Monday 15 August 2011

Tanam Bayam


Bayam antara sayur yang popular ditanam kerana ia mempunyai banyak khasiat pemakanan.

Terdapat beberapa jenis bayam di negara kita. Antaranya ialah bayam hijau (Amaranthus spp.), bayam merah (Amaranthus gangeticus) dan bayam tricolor (Amaranthus tricolor). Semua bayam ini tergolong dalam keluarga Amaranthaceae dan berasal dari Amerika.

Bayam spinach (Spinacia oleraceae) pula mengandungi gen,fizikal dan rasa yang berbeza walaupun berasal dari keluarga yang sama.

Bayam spinach tidak sesuai ditanam di negara beriklim tropika seperti Malaysia kerana ia cepat berbunga dan tidak banyak daun. Bayam kaya dengan vitamin A, C dan E, fosforus, zat besi, kalium, magnesium, beta karoten dan zink.

Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium. Bayam juga dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal.

Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.

Penanaman
  • Bayam sesuai ditanam pada pelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir. Tanah yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai pH di antara 5.5 dan 6.5 adalah yang paling sesuai.
  • Sediakan batas berukuran satu meter (lebar) dan panjang bergantung pada kawasan.
  • Tanah digembur bersama kompos dan bahan organik. Sebanyak empat alur boleh dibuat dengan jarak tanaman 20 sentimeter (sm) antara alur.
  • Bayam ditanam terus menggunakan biji benih. Disebabkan biji benih terlalu kecil, gaulkan biji benih dengan pasir untuk menjarakkan biji benih semasa menabur benih di dalam alur batas.
  • Tutup batas yang terdedah dengan jerami padi atau daun kering sebagai sungkupan untuk kekalkan kelembapan tanah dan mengawal rumpai.
  • Selepas tiga atau empat hari, benih akan bercambah dan anak pokok akan mula kelihatan.
Penjarangan
  • Penjarangan perlu dibuat selepas seminggu biji benih bercambah. Anak benih yang tumbuh terlalu rapat perlu dibuang atau dipindahkan ke alur yang tiada anak benih.
  • Aktiviti perlu dilakukan dengan hati-hati untuk mengelakkan kecederaan akar anak benih yang terlalu lembut.
  • Penjarangan penting bagi mengurangkan persaingan mendapatkan cahaya matahari dan nutrien antara pokok. Jika anak pokok terlalu banyak, pokok yang tumbuh akan bersaiz kecil dan kurang daun.

Pengairan
  • Bayam perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan dengan air bersih tanpa klorin.
  • Pengairan boleh dilakukan dengan dua cara iaitu siram manual atau dengan sistem pengairan renjis bergantung kepada kemampuan petani.
Pembajaan
  • Pembajaan menggunakan baja organik (yang dibeli atau buatan sendiri). Baja organik berproses diberi mengikut kadar yang disyorkan, biasanya antara 30g dan 50g sepokok dan ditabur pada minggu kedua selepas menanam.
  • Jika baja organik buatan sendiri, baja boleh disembur seminggu sekali.
  • Sebelum membaja rumpai yang tumbuh dibuang terlebih dahulu dan tanah digembur.
  • Baja organik boleh ditabur di antara alur tanaman.
Kawalan rumpai
  • Rumpai adalah musuh utama tanaman. Ia akan bersaing untuk mendapatkan ruang, cahaya matahari dan juga makanan. Selain itu, rumpai boleh menjadi perumah kepada serangga perosak.
  • Rumpai perlu dikawal setiap seminggu sekali. Jangan biarkan rumpai hingga ia berbunga.
  • Ia boleh dilakukan sama ada merumpai secara manual atau menggunakan mesin pemotong rumput.
Kawalan perosak dan penyakit
  • Ulat ratus sering memakan daun muda bayam. Amalkan menyembur racun organik daripada campuran cili padi, bawang putih, daun naem, daun kesum, serai wangi, kemangi, air dan sabun. Sembur setiap hari bagi serangan kritikal, dan dua atau tiga hari sekali bagi serangan biasa.
  • Penyakit hawar melecuh pula sering ditemui pada bayam jenis berdaun bulat, tetapi bayam berdaun bujur lebih toleran dengan penyakit ini. Amalkan tanaman bergilir sebagai kawalan.

Produk Tidak Halal



Pure Creamery Butter - Golden Churn tidak halal - Jakim

Kuala Lumpur 15 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu, umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. - Bernama.

Sunday 14 August 2011

Melabur dalam Emas


Pertama kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1,800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke 75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi.

Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya.

Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns.

Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro.

Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hampir AS$4.4 trilion.

Walaupun keputusan Federal Reserve di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah.

Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan lebih rendah daripada lain-lain bursa, tetapi dianggarkan RM91 bilion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita.

Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas. Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu.

Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99.

Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.

Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank.

Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.

Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya. Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.

Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan. Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.

Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.

Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa.

Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.

Satu-satu syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas ini ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.

Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas.

Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.

Dato’ Salleh Majid ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

Saturday 13 August 2011

Pelaburan Emas




Sejak kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai pelaburan dalam jongkong emas (gold bar). Saya berasa musykil apakah kelebihan membuat pelaburan dalam bentuk jongkong emas dengan membeli barang kemas (sebagai perhiasan)? Manakah yang lebih menguntungkan?

Jawapan .

Emas sentiasa menjadi topik pelaburan yang hangat, lebih-lebih lagi selepas kita melihat harga emas melonjak dalam tempoh dua tahun lepas.

Dari segi dolar Amerika, harga emas telah naik sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun lepas dan lebih 150 peratus dalam tempoh empat tahun lepas. Sebab itulah emas kini mendapat perhatian ramai.

Soalnya apakah cara terbaik untuk meraih keuntungan daripada emas? Ada pelbagai cara anda boleh melabur dalam emas. Anda boleh membeli emas dalam bentuk fizikal sebenar dan ini mungkin dalam bentuk jongkong emas atau syiling emas.

Syiling emas contohnya, Kijang Emas, mungkin lebih popular di Malaysia. Apabila membeli syiling emas, bank akan menyebut harga belian dan harga jualan. Inilah harga di mana bank akan membeli emas daripada anda atau menjual emas kepada anda.

Dua harga ini adalah berbeza dan inilah kos anda untuk memiliki emas. Sebagai contoh, untuk satu auns emas, harga jualan ialah RM5,571 bagi Kijang Emas. Inilah harga satu auns Kijang Emas yang dijual oleh bank kepada anda. Harga belian balik ialah RM5,352 bagi satu auns Kijang Emas.

Inilah harga bank akan membeli balik satu auns Kijang Emas daripada anda, atau dengan kata lain, anda akan menjual balik barang kemas anda pada harga ini.

Jika anda mahu membeli emas, anda boleh berbuat demikian pada harga RM5,571 dan menjualnya pada RM5,352. Perhatian bahawa terdapat perbezaan 4.0 peratus antara kedua-dua harga ini.

Jika anda membeli Kijang Emas, katakan pada harga RM5,571, anda perlu menunggu harga belian balik RM5,352 untuk naik melebihi harga belian RM5,571 untuk meraih untung. Oleh itu ada baiknya meninjau sama ada terdapat harga jualan dan belian yang lebih baik.

Sebagai pilihan, anda boleh membeli barangan kemas daripada kedai emas. Kaedah ini menjadi pilihan utama di Timur Tengah dan Asia.

Umumnya terdapat harga emas runcit yang ditetapkan oleh Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia (www.fgjam.org.my) yang memberikan panduan tentang kadar emas yang ditawarkan oleh kedai emas.

Anda perlu ingat bahawa barangan kemas berhubung kait dengan arah hala dan terdapat bahagian tertentu kos barangan kemas yang berkaitan dengan kerja ketukangan.

Jika barangan kemas dileburkan, anda mungkin kehilangan nilai kos berkait dengan kerja ketukangan tersebut, kerana nilai akhir yang dikira adalah hanya berasaskan nilai emas.

Selain itu adalah sukar untuk mengesahkan kandungan emas. Jadi nilai barangan kemas anda mungkin tidak mudah dan sukar ditentukan secara konsisten.

Anda juga perlu mempertimbangkan faktor simpanan, sebagai contoh, menyewa peti besi atau peti simpanan selamat jika anda mempunyai jumlah emas yang besar.

Satu lagi cara yang semakin popular sejak dua tahun lepas ialah akaun buku simpanan emas. Apabila anda membuka akaun tersebut, anda akan diberikan buku simpanan.

Ia berfungsi sama seperti akaun simpanan. Apabila gaji anda dikreditkan ke dalam akaun simpanan, anda tidak memegang tunai secara fizikal sehingga anda mengeluarkannya daripada ATM.

Oleh sebab terdapat pelbagai kaedah untuk membeli emas, anda perlu memahami kos menjual beli emas. Satu lagi, emas diniagakan dalam dolar Amerika, dengan itu terdapat risiko tukaran asing bagi pelabur yang membeli emas dalam mata wang lain, seperti Ringgit Malaysia (RM).

Sebarang keputusan melabur dalam emas hendaklah dibuat untuk jangka panjang. Berdasarkan pergerakan pasaran saham, emas memberikan perlindungan terhadap ketidaktentuan global.

Selain itu, emas merupakan lindung nilai yang baik terhadap inflasi. Justeru, emas merupakan kelas aset yang patut dipertimbangkan.

Friday 12 August 2011

Roti Sosej




Roti Sosej

Harga : RM1.50 sebiji
Order minimum : 50 biji setiap penghantaran

Bersih, sedap dan halal. Keluaran Bumiputera.

Sesuai untuk sebarang majlis kenduri, majlis perkahwinan, jamuan makan, mesyuarat, rumah terbuka, perkelahan, hari sukan, hari keluarga, bersantai, kantin sekolah, kantin kilang, hostel dan juga untuk berniaga.

Kami sedia menerima tempahan. Tempahan awal diperlukan sekurang kurang 2 hari sebelum penghantaran. Penghantaran sekitar Melaka sahaja.

Segala pertanyaan hubungi Faizal 012-9116595 atau Cik Noor 013-6954584.

Roti Coklat Rise



Roti Coklat Rise

Harga : RM1.20 sebiji
Order minimum : 50 biji setiap penghantaran

Bersih, sedap dan halal. Keluaran Bumiputera.

Sesuai untuk sebarang majlis kenduri, majlis perkahwinan, jamuan makan, mesyuarat, rumah terbuka, perkelahan, hari sukan, hari keluarga, bersantai, kantin sekolah, kantin kilang, hostel dan juga untuk berniaga.

Kami sedia menerima tempahan. Tempahan awal diperlukan sekurang kurang 2 hari sebelum penghantaran. Penghantaran sekitar Melaka sahaja.

Segala pertanyaan hubungi Faizal 012-9116595 atau Cik Noor 013-6954584.

Thursday 11 August 2011

Iklan dari Kementerian Kesihatan

Tak Nak Merokok

Kurangkan Pengambilan Gula

Bahaya Aedes

Pemeriksaan Awal Cegah Darah Tinggi

Pemeriksaan kesihatan adalah adalah langkah terawal yang disifatkan paling terbaik dalam usaha mencegah serangan gejala penyakit darah tinggi.

Tetapi ia mungkin bukan amalan di kalangan kita, tetapi lebih baik disegerakan pemeriksaan supaya apa juga penyakit terutama darah tinggi dapat dikesan di peringkat lebih awal.

Ini kerana penyakit darah tinggi yang dikenali sebagai pembunuh senyap itu biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda di peringkat awal.

Malah kata Pakar Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir pemeriksaan kesihatan itu menjadi lebih penting terutama kepada mereka yang tergolong dalam kategori berisiko tinggi.

"Contohnya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, kurang aktiviti fizikal, menghidap kencing manis, mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan sejarah darah tinggi di kalangan keluarga,'' katanya.

Beliau berkata, dengan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dapat melakukan usaha pencegahan dari awal. Kajian yang dilakukan di Malaysia (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Ke 3) menunjukkan 42.6 peratus rakyat negara ini menghidap darah tinggi pada 2006.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 29.9 peratus semasa kajian pada 10 tahun sebelum itu. Kajian pada tahun 2006 juga menunjukkan hanya 36 peratus sahaja yang mengetahui mereka menghidap darah tinggi dan hanya 87.7 peratus daripada mereka yang menerima rawatan,'' katanya.

Dr. Shaharuddin berkata, sebahagian besar pesakit yang menerima rawatan pula tidak berada pada tahap pengawalan darah tinggi yang baik.

"Penyakit darah tinggi perlu dikawal dengan baik kerana ia sebenarnya menjadi salah satu penyebab utama serangan jantung, lemah jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang,'' katanya.

Mengenai punca penyakit darah tinggi, kata Dr. Shahruddin, lebih daripada 90 peratus tidak mempunyai penyebab yang khusus dan dipanggil essential hypertension.

"Walaubagaimanapun ia berkait rapat dengan faktor genetik, berat badan berlebihan, pemakanan yang tidak sihat dan peningkatan umur,'' katanya.

Selain itu, katanya, sebilangan kecil penyakit darah tinggi disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan dipanggil secondary hypertension.

"Antara penyebabnya ialah penyakit buah pinggang, primary hyperaldosteronism, cushing syndrome dan phaeochromocytoma," katanya.

Tambahnya, terdapat juga sebilangan pesakit mengalami tekanan darah tinggi hanya bila datang berjumpa doktor yang dinamakan white-coat hypertension atau office hypertension.

"Jika mengesyaki perkara ini biasanya doktor akan menyarankan pesakit merekod bacaan tekanan darah di rumah atau membuat pemeriksaan tekanan darah menggunakan alat merekod tekanan darah yang dipakai pesakit selama 24 jam,'' katanya.

Selain itu, katanya, pemakanan juga turut mempengaruhi kemungkinan seseorang itu boleh mendapat penyakit darah tinggi. Kajian menunjukkan pemakanan yang sihat mengurangkan risiko penyakit darah tinggi dan juga menurunkan tahap tekanan darah pesakit darah tinggi.

Tambahnya, salah satu kajian klinikal dinamakan DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension) menunjukkan keberkesanan pemakanan yang sihat untuk menurunkan tekanan darah.

Pemakanan DASH merangkumi meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan dan kekacang. Diet itu juga menyarankan pengurangan pengambilan garam, gula, minuman yang mengandungi gula, mengurangkan pengambilan lemak tepu dan daging.

Selain itu, katanya, penyakit darah tinggi dan juga kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah atherosclerosis - kerosakan salur darah yang mengakibatkan salur darah menjadi keras dah sempit.

Katanya, akibat kerosakan salur darah, pesakit boleh mengalami serangan jantung dan angin ahmar. Walaubagaimanapun tidak semua pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi mengidap penyakit darah tinggi dan begitu juga tidak semua pesakit darah tinggi mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.

Tetapi kebiasaannya kedua-dua penyakit itu berkait rapat. Stres boleh meningkatkan tekanan darah untuk seketika tetapi kesan jangka panjang stres keatas tekanan darah masih tidak begitu jelas.

Begitupun pesakit darah tinggi disaran mengambil langkah-langkah mengurangkan stres dan mendapatkan rehat secukupnya sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan mereka.

Dr. Shahruddin memberitahu, darah tinggi boleh dielak dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Ia merangkumi mengawal berat badan di mana mesti mengekalkan berat berat badan yang ideal iaitu jisim berat badan 18.5-22.9 kg/m2.

"Jika mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes, penurunan berat badan disyorkan.

"Sebaiknya ambil makanan yang rendah lemak, mengurangkan penggunaan minyak dan santan, mengurangkan pengambilan garam dan gula dan juga meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin,'' katanya.

Wednesday 10 August 2011

Produk Baru!



Salah satu produk kami selepas ini.. Membuat dan membekalkan pelbagai jenis roti untuk santapan seharian.. Nantikan kemunculannya..

Berniaga Cara Nordin

Kesibukan Nordin Ashaari dan isterinya Zaini Hassan tidak membatasi kerja-kerja memeriksa tempahan yang diterima daripada pelanggan.

Melihat kepada persekitaran dalaman dan kesungguhannya bekerja bersama lima kakitangan, barangkali sesiapa sahaja yang singgah di kedai NBA GTiga Enterprise di Jalan Muar -Tangkak, Johor pasti tidak dapat membayangkan bagaimana ia dibangunkan.

Dengan kedudukan barang jualan yang tersusun, ia pasti memberi gambaran bahawa pemiliknya mempunyai pengetahuan mendalam dalam perniagaan, mempunyai dana kewangan yang besar dan segalanya diurus dengan baik.

Namun di sebalik semua itu, pengusaha terbabit Nordin Ashaari, 51 terpaksa melalui pelbagai liku keperitan, mengatur langkah daripada bawah dan belajar daripada pengalaman untuk menjadi seorang usahawan.

Nordin ketika ditemui bersyukur dengan pencapaiannya sekarang dan ia perlu dikembangkan. Selepas sekian lama berusaha memajukan perniagaan dia tidak pernah lupa bagaimana semuanya bermula.

Tanpa segan silu dia berkongsi pengalaman , bagaimana segalanya di mulakan hingga ke tahap sekarang. Nordin menamatkan persekolahan hingga tingkatan lima pada 1981. Ketika itu minatnya dalam perniagaan begitu memuncak.

Bermula dengan menjadi jurujual barangan elektrik dari rumah ke rumah, selepas tiga bulan dia mampu membeli sebuah motosikal. Dengan berkenderaan sendiri, dia meneruskan perniagaan di pasar-pasar lambak.

Berkat kerajinan itu, Nordin akhirnya mampu membeli sebuah kereta berharga RM2,500. Kejayaan membeli kereta itu memberi keyakinan kepadanya untuk mencuba perniagaan lain.

Berbekalkan semangat ingin mencuba, Nordin menjual pakaian terpakai sebelum beralih kepada perniagaan makanan.

Tidak ada rasa letih dan istilah gagal dalam kamus hidupnya. Malah cita-citanya sebagai peniaga tetap tersemat dalam hati dengan mencuba pula perniagaan kerepek. Pada masa sama dia turut berniaga kad raya.

Sepanjang tempoh antara 1982 hingga 1993 , langkahnya semakin jauh dalam perniagaan selepas dia mencuba berniaga di pasar malam sekitar daerah Ledang sehingga ke Negeri Sembilan.

Dia kemudian mencuba perniagaan kedai makan tetapi atas faktor tertentu ia terpaksa ditutup. Selepas itu Nordin menjadi ejen insurans dengan pendapatan RM4,000 sebulan.

Tidak lama lepas itu dia menyahut pelawaan seorang rakan untuk mengambil kontrak menjahit langsir dan cadar serta keperluan hospital.
Meskipun minatnya dalam perniagaan kerepek tetap tersemat dalam hati.

‘‘Minat dalam dunia perniagaan tidak pernah surut meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan,’’ katanya ketika ditemui semasa mengikuti rombongan Agrobank di Muar baru-baru ini.

Apabila diberi peluang membuat pinjaman Agrobank selepas menghadapi masalah banjir pada 2006 , Nordin memanfaatkan pinjaman tersebut untuk melunaskan hasratnya sebagai peniaga kerepek yang terpendam sejak sekian lama.

Dia juga menjual kedainya di Bukit Kangkar untuk dijadikan modal membangunkan perniagaanya sekarang. Nordin menyambung, dia lebih suka menggunakan pendekatan menggerakkan perniagaan daripada pusingan modal meskipun terpaksa melakukan segala-galanya.

Dengan keringat, air mata dan berbekalkan keazaman serta tekad dia berusaha hingga mencapai tahap yang dinikmati sekarang. ‘‘Bohong kalau dikatakan berniaga tidak kena ada modal,” ujarnya ringkas penuh makna.

Menceritakan lebih lanjut, Nordin yang ditemani isterinya, Zaini Hassan berkata, perniagaannya sering berubah mengikut masa dan keperluan tetapi prinsipnya ialah kerajinan.

Satu ketika saya betul betul keputusan wang sehinggakan duit makan pun tidak ada. Bagaimanapun menurutnya, berkat kesabaran, Nordin bangkit berniaga kuih batang buruk.

Satu perkara yang selalu menjadi pegangannya sejak dahulu ialah selalu mempercayai rakan termasuk dalam perniagaan.

Sebab itu, dia tekad untuk membangunkan apa yang telah dimulakan iaitu menjadi pemborong makanan atau produk industri kecil dan sederhana (IKS) daripada pengeluar dan membungkus dan menjualnya semula.

Pada musim perayaan ini, Nordin menawarkan banyak jenis produk IKS termasuk kerepek dan biskut. Dian juga menerima tempahan baulu, baulu gulung dan kek.

Mereka juga menawarkan pelbagai jenis produk lain yang boleh dijadikan juadah Aidilfitri antaranya kerepek ubi kayu, belinjau, maruku, keropok udang dan lain-lain.

Mereka yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 012-9060952 atau isterinya Zaini 012-9060854 atau pejabat 06-9755027.

Bisnes Kerepek Modal RM20

Kini Rizal boleh berbangga dengan kejayaan kedua-dua ibu bapanya dalam membangunkan RJ Sepang.

Bermula hanya dengan modal RM20, pada tahun 1989 Mokinah Sirat, 63, membeli barangan keperluan untuk menjual kerepek ubi dan pisang.

“Semuanya kerana kepayahan hidup dan sebagai suri rumah, saya terpanggil untuk meringankan beban suami menyara keluarga,” katanya .

Dia ditemui pada semasa lawatan rombongan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke kilang RJ Sepang Sdn. Bhd. di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Pada peringkat permulaan, Mokinah hanya menjual kerepek di gerai bawah pokok manakala suaminya Jamaludin Singah, 63, membawa kerepek ke pejabat, kedai runcit dan sekolah sekitar Sepang.

Keenakan kerepek buatan Mokinah memikat ramai pelanggan sehingga ke pengetahuan pihak FAMA.

“Dua kali pegawai FAMA datang berkunjung ke rumah tetapi saya sembunyi di rumah jiran kerana bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya menyingkap kembali kenangan bagaimana Mokinah mula mengkomersialkan kerepek ubinya dengan bantuan FAMA.

Akhirnya dia terpaksa juga bertemu pegawai FAMA tersebut yang datang ke rumahnya secara mengejut buat kali ketiga.

Setelah mendapat pengesahan bahawa FAMA berminat membantunya mendapatkan tapak pasar tani berhampiran, dia menarik nafas lega. Pertemuan itu sebenarnya telah membuka lembaran baru dalam usahanya menjual kerepek.

Pengalaman berniaga di pasar tani menjadikan Mokinah semakin matang dalam bidang pemasaran dan bagaimana untuk berhadapan dengan pelanggan.

“Di pasar tani, saya bukan saja berniaga tetapi juga belajar menangani kerenah pelanggan dan menguruskan akaun. Malah menjelang musim perayaan dan cuti sekolah saya mendapat tempahan yang banyak berbanding hari biasa,” katanya.

Dengan bantuan pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selain FAMA yang menyediakan tapak pasar tani, Mokinah menerima pelbagai bentuk bantuan.

Jabatan Pertanian dan FAMA memberikan geran bagi peralatan seperti kawah untuk menggoreng kerepek bagi menggantikan kuali yang digunakan sebelum ini.

Ditanya bagaimana dia berjaya memikat hati pelanggan dengan pelbagai jenis kerepek keluarannya, Mokinah berkata, kualiti menjadi keutamaannya.

Kami hanya menggunakan ubi kayu yang bermutu. Lagi satu kami juga memastikan minyak masak yang digunakan untuk menggoreng berkualiti. Saya akan memastikan kerepek ubi yang dihasilkan menepati cita rasa pengguna, katanya.

Mengenai penglibatan anak-anaknya dalam dunia perniagaan, Mokinah berkata, daripada lima orang anaknya, empat orang mengikut jejaknya dalam perniagaan.

“Sekarang RJ Sepang diuruskan oleh anak bongsu saya Rizal Jamaludin. Kini saya hanya memantau mengenai kualiti kerepek ,” katanya.

Dengan kejayaan yang dicapai setakat ini, dia boleh berbangga kerana semuanya bermula dengan kepayahan.

Malah dengan kurniaan rezeki yang semakin melimpah-ruah semua 13 orang pekerjanya disediakan tempat tinggal dan makanan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan mereka.

Tuesday 9 August 2011

Suasana Bazar Ramadhan


Tesco Store Peringgit Melaka.


Salam semua.. nak update pasal meniaga di Bazar Ramadhan 1Malaysia, Tesco Store Peringgit, Melaka. Kami meniaga disini iaitu di Lot B14 bawah parking kereta berbumbung.

Waktu pagi sebelum bulan Ramadhan. Keadaan masih lenggang. Banyak peniaga yang belum membuka bazar mereka lagi.


Hari ke-3.


Semakin ramai peniaga sudah memulakan perniagaan masing masing. Nampak meriah sikit..


Inilah wajah bazar kami.. simple jer..


 Menjual kuih muih raya, pelbagai jenis kerepek, kerongsang dan minyak wangi Perfume Paradise.


Kerepek pisang di jual 2 pack = RM10.00
Lain lain kerepek dan keropok dijual 3 pack =RM10.00


Minyak wangi Perfume Paradise 1 pack = 6 x 3ml = RM32.00
1 botol x 3ml = RM7.00
2 botol x 3ml = RM12.00
1 botol x 8ml = RM20.00 kebawah.

Kerongsang juga dijual bermula dari 5pcs = RM10.00

Jika datang ke Tesco Peringgit Melaka.. Singgah singgah ler kat bazar kawan nie.. k.. :-)