Klik! iklan Nuffnang tanda sokong blog ini. Terima kasih.

Monday 6 June 2011

Zon Larangan Merokok di Melaka


MELAKA 5 Jun - Lima kawasan di Melaka diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurutnya, lima lokasi tersebut adalah kawasan warisan di Banda Hilir, Melaka Raya, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, pusat bandar Alor Gajah dan Jasin.

Katanya, mereka yang menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazim dikenakan iaitu sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum RM5,000.

Kerajaan negeri, jelas beliau, telah mewartakan lima lokasi itu sejak setahun lalu sebagai zon larangan merokok dan tindakan penguatkuasaan akan mula dilaksanakan terhadap orang awam yang melanggar peraturan tersebut.

''Tindakan ini meliputi kawasan dalam bangunan dan Jonker Street serta Jalan Kota yang merupakan kawasan tumpuan pelancong, namun ia tidak termasuk tempat persendirian," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Melaka menjadi negeri pertama di negara ini yang mewartakan kawasan yang luas di negeri itu sebagai zon larangan merokok.

Katanya, lebih banyak lokasi zon larangan merokok akan diwartakan di seluruh negara menerusi kerjasama semua kerajaan negeri bagi melindungi masyarakat khususnya kanak-kanak dan wanita daripada bahaya asap rokok.

Setakat ini, kata beliau, kementeriannya mewartakan 21 tempat sebagai kawasan larangan merokok seperti pusat hiburan atau teater, hospital, lapangan terbang, mana-mana institusi pendidikan dan tempat kerja berhawa dingin.

''Pemantauan akan terus dilakukan bagi mendidik masyarakat supaya menghormati orang lain dan tidak merokok di kawasan yang dilarang," ujar beliau.

Sementara itu, katanya, sejumlah kira-kira RM1 juta kompaun dikeluarkan atas kesalahan merokok di kawasan awam sepanjang Januari hingga April lalu dengan kira-kira RM757,000 berjaya dikutip setakat ini.

*Petikan dari Utusan Malaysia.

2 comments:

  1. Your post really helped me to understand the Zon Larangan Merokok di Melaka . It has great details and yet it is easy to understand. That's what i was looking for. I will definately share it with others. Thanks for sharing.
    Cheap Essays

    ReplyDelete
  2. Thanks for your comment bro :-)

    ReplyDelete