Klik! iklan Nuffnang tanda sokong blog ini. Terima kasih.

Sunday 31 July 2011

Sebuah Senyuman


Senyumlah selalu.

Sesudah penat bekerja seharian, menghadiri pelbagai mesyuarat dan lawatan tapak malah terpaksa pula berhempas pulas di dalam kesesakan lalu lintas, mungkin sama ada kita sedar atau tidak perkara yang paling bermakna ketika sampai di rumah adalah menerima senyuman paling manis daripada orang tersayang.

Mungkin ia hanya sekadar senyuman yang diukir sebagai tanda gembira kita selamat tiba di rumah namun setelah segala hiruk pikuk yang berlaku sepanjang hari, senyuman itulah yang menyejukkan hati sekaligus menenangkan jiwa yang kusut sebelumnya.

Begitu juga kebanyakan kita yang sering memulakan hari dengan muka masam mencuka, bersikap agresif tidak tentu pasal ataupun memarahi pekerja bawahan tanpa kesalahan yang nyata sekaligus membuatkan perkara kecil pun menjadi satu isu besar.

Keadaan pasti berbeza jika perkara sebaliknya berlaku dan hanya dengan senyuman ikhlas mampu membuatkan masalah besar diselesaikan dengan muafakat.

Pasti ramai yang terlepas pandang betapa pentingnya peranan senyuman dalam hidup kita, mungkin kerana ia berlaku secara spontan dan percuma tanpa bayaran namun yang pasti nilainya begitu berharga tiada tandingan.

Kuasa

Namun itulah harga sebuah senyuman yang membuai perasaan gundah gulana kepada ketenteraman jiwa seolah-olah segala apa yang berlaku sebelumnya hanya sebuah mimpi buruk.

Tetapi episod kekusutan esoknya adalah sebuah cerita lain yang tidak mungkin akan terpadam namun hanya dengan kuasa senyuman ia memungkinkan kekusutan itu bertukar kepada kegembiraan yang menyenangkan walaupun hanya seketika.

Begitulah kuasa sebuah senyuman yang sering kita abaikan atau mungkin sengaja diketepikan kerana terlalu mengejar keasyikan dunia ataupun kerana terperangkap dengan keegoan manusia yang fanatik dengan pangkat dan kebendaan.

Akibatnya manusia sering saja menyalahkan orang lain yang kemudian menjurus kepada pertengkaran malah mungkin menjadi ibu kepada peperangan walhal kebanyakan masalah ini mampu diselesaikan melalui rundingan dan sedikit senyuman.

Contoh terbaik

Andai ada yang sinis dengan kenyataan ini, mungkin kita boleh melihat sendiri bagaimana keperibadian dan kesederhanaan junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad SAW yang senantiasa tersenyum walau dalam apa keadaan dan kesusahan sekalipun yang akhirnya menundukkan musuh-musuhnya dan melembutkan hati mereka yang berseteru dengan beliau.

Senyuman adalah satu perbuatan yang senantiasa terbit dari bibir mulia Rasulullah dalam setiap perilakunya. Beliau tersenyum ketika bertemu dengan sahabatnya, saat beliau menahan amarah mahupun ketika berada di majlis-majlis tertentu.

Diriwayatkan oleh Jabir r.a, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah tidak pernah menghindar dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku.” (Hadis riwayat Bukhari Muslim).

Sesungguhnya Rasulullah senantiasa mengukir senyum dari bibir yang lembut, mulia nan suci, sehinggalah ke detik-detik akhir hayat beliau.

Sesungguhnya wajah merupakan cermin yang tepat bagi menggambarkan perasaan hati seseorang. Wajah yang ceria, penuh senyuman tulus ikhlas adalah sebaik-baik perkara dalam mempengaruhi rakan selain senjata untuk mendapat kerjasama dengan pihak lain.

Terkenal

Di kalangan selebriti selain bakat lakonan/nyayian dan wajah cantik lawa, senyuman manis juga menjadi ukuran kejayaan mereka. Di kalangan selebriti Barat mereka yang tersenarai sebagai mempunyai senyuman paling manis menjadi idola di kalangan peminat.

Gambar-gambar yang tertera di halaman atas muka surat sebelah merupakan antara selebriti yang disenaraikan mempunyai senyuman paling manis.

Pelakon seksi Megan Fox disenaraikan sebagai pelakon mempunyai senyuman paling manis dituruti Jessica Alba, Scarlett Johansson, Halle Berry, Charlize Theron, Angelina Jolie, Jessica Biel dan beberapa lagi.

Manakala bagi pelakon lelaki nama seperti Johhny Depp, Brad Pitt, Richard Gere, Tom Cruise dan beberapa lagi digilai kerana senyuman mereka yang menawan.

Di kalangan pemimpin negara pula Presiden Obama merupakan antara pemimpin yang paling banyak tersenyum selain bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Manakala Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin pula terkenal sebagai seorang lelaki yang serius tetapi memikat ribuan wanita di negaranya bila beliau tersenyum.

Bagi pemimpin wanita pula bakal Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menarik perhatian dunia di atas senyumannya yang memikat selain ikon demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi.

Bekas Presiden Indonesia Sukarno, akan terus diingati sebagai The Smiling Presiden manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula merupakan seorang pemimpin yang sentiasa pemurah dengan senyuman.

Impak

Malah senyum juga lebih berharga jika dibandingkan pemberian mahal dan mewah yang dihadiahkan seorang lelaki kepada isteri atau teman wanitanya malah lebih mempesona dari lipstik dan solekan tebal yang menempel di wajah seorang wanita.

Dalam erti kata lain senyum umpama bukti cinta tulus dalam percintaan mahupun persahabatan. Mungkin kita sering saja terleka bahawa senyum itu hakikatnya tidak memerlukan belanja atau sebarang kos, namun ia membawa impak yang sangat luar biasa dalam kehidupan manusia.

Senyum juga tidak memerlukan waktu yang khusus untuk kita melakukannya malah ia akan memberi kesan yang akan diingati sehingga ke akhir hayat.

Perbuatan senyum juga adalah hak milik semua kerana darjat, pangkat dan kuasa tidak akan mampu membezakan keikhlasan seseorang itu setiap kali menguntumkan senyuman.

Berdasarkan kajian saintis Pusat Perubatan Universiti California, terdapat dua jenis tekanan emosi yang dilalui manusia iaitu tekanan baik dan tekanan tidak baik.

Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai tekanan yang baik. Tekanan yang tidak baik akan memberi masalah kepada sistem ketahanan badan.

Penyembuhan

Selain itu senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

Ini kerana banyak kajian membuktikan bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Berdasarkan kajian juga, senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, artritis dan ulser.

Kajian oleh Pusat Perubatan Universiti Maryland yang menjalankan kajian ke atas 300 responden mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung adalah kerana kurang ketawa berbanding mereka yang sihat.

Senyuman dan ketawa juga antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.

Strategi

Ketawa umpama ‘mengurut’ organ dalam abdomen serta menguatkan otot, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi selain membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti mana kita bersenam untuk beberapa minit.

Berdasarkan kejayaan Barat dalam perniagaan, strategi utama yang dilaksanakan sejak 1900-an adalah melancarkan kempen “Service with smile”. Ini dilaksanakan setelah kajian mengesahkan bahawa melalui senyuman ia mampu meningkatkan persahabatan dan setiakawan sesama manusia.

Senyuman juga dikatakan akan mewujudkan apa yang dipanggil halo effect yang membolehkan manusia lebih mempercayai sekaligus meningkatkan kerjasama sesama mereka.

Malah ia semakin berkesan kepada pekerja yang tertekan sebagai contoh apabila seorang pekerja restoran makanan segera menguntum senyuman ikhlas terhadap pelanggan yang tertekan serta menjadi pendengar yang baik.

Ini membantu menghilangkan tekanan pelanggan tersebut selain menjadikan keadaan lebih menyenangkan sesama mereka serta memberi lebih keuntungan kepada restoran berkenaan.

Budaya

Perbezaan budaya juga turut memberi kesan tatkala seseorang tersenyum. Sebagai contoh masyarakat di Rusia menganggap seseorang yang senantiasa tersenyum di tempat awam sebagai pelik dan mencurigakan berbeza dengan penduduk di Amerika Syarikat yang mudah tersenyum kepada orang lain.

Bagi orang Jepun pula mereka dilihat masih mampu tersenyum walaupun berasa marah dan keliru. Bagi penduduk Vietnam pula mereka menguntum senyum untuk menyembunyikan penderitaan yang ditanggung.

Manakala di kebanyakan negara Afrika pula terlalu banyak tersenyum akan dianggap sebagai mempunyai tujuan tersembunyi serta tidak jujur.

Waima apa pun keadaannya, benarlah bak kata pujangga bahawa senyum itu umpama kelopak dan ketawa itu pula seperti bunga yang sempurna kembangnya.

Wanita Memang Banyak Bercakap

Selalu kita lihat wanita bercakap semasa menonton televisyen. Selalu juga kita lihat wanita masih terus-terusan menceceh dalam telefon dengan rakan karibnya walaupun baru menghabiskan satu minggu cuti bersama. Ada saja yang dibual dan digosipkan.

Sebab itu jika ada masalah lebih elok tidak diberikan kepada wanita. Nanti mereka akan terus bercakap dan bercakap mengenainya. Sebelum masalah diselesaikan, satu dunia sudah tahu masalah itu.

Ini kerana wanita cenderung bercakap untuk melepaskan beban masalahnya kepada orang lain, bukan mahu mencari penyelesaian mahupun rumusan terhadap masalah itu.

Begitulah otak wanita bekerja sehinggakan jika ada lelaki yang suka bercakap dan bergosip, orang akan segera menegurnya 'kau ni macam perempuanlah'.

Menurut pakar, otak wanita tidak dapat menyimpan maklumat secara khusus contohnya, apa yang difikirkan di pagi hari akan terus berlegar-legar dalam fikirannya dan perlu diluahkan. Otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan.

Berbanding otak lelaki mampu mengetepikan dan pada masa sama menyimpan maklumat. Mereka masih boleh relaks walaupun sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan. Masalah boleh disimpan untuk difikirkan pada waktu lain.

Jadi untuk wanita, kerana tidak mampu menyimpan maklumat, satu-satunya ruang mengetepikan masalah mereka ialah dengan cara bercakap mengenai masalah itu.

Bercakaplah mereka sehingga selalunya tidak fokus untuk menyelesaikan masalah tersebut. Inilah yang biasa kita lihat. Oleh itu jika wanita dilabel banyak bercakap, jangan cepat melenting.

Banyak bercakap pun sebenarnya besar kelebihannya. Wanita selalunya menggunakan peluang bercakap untuk membina hubungan dan berkenalan.

Contohnya, wanita menggunakan telefon untuk mengeratkan hubungan sebaliknya lelaki bercakap untuk menyampaikan fakta dan maklumat kepada orang lain.

Mengapa wanita cenderung banyak bercakap? Bayangkan semasa menonton televisyen pun mereka boleh bercakap, tentu sahaja mereka ada kelebihan tersendiri.

Kekuatan

Paling jelas, ini menunjukkan wanita berupaya melakukan banyak perkara atau kerja dalam satu masa. Bercakap sambil menonton, bercakap sambil memasak dan banyaklah pekerjaan yang mereka mampu lakukan serentak. Ini adalah salah satu kekuatan yang mereka miliki.

Jika diperhatikan, kebanyakan wanita juga mampu bercakap banyak perkara dalam satu masa. Malah bukanlah aneh wanita mampu memberitahu banyak perkara dalam satu ayat. Kalau mahu tahu, cuba gantikan tugas isteri mengurus anak dan rumah, kelam-kabut jadinya.

Yang juga selalu kita lihat ialah wanita mampu dengan serta-merta mengubah topik perbualan dan kemudian menyambung perbualan atas topik asal dengan baik sekali. Uniknya mereka dapat pula mengingati setiap butiran perbualan.

Mungkin ini jawapan mengapa wanita selalu diberi tugas sebagai pencatat minit mesyuarat. Selalunya apabila tugas itu diberikan kepada lelaki, tunggang-langgang jadinya.

Dan amaran kepada lelaki, jangan dekati wanita yang sedang asyik berbual sesama mereka. Tidak mudah untuk mengikuti pucuk pangkal perbualan mereka kerana topik perbualan selalunya melompat-lompat. Otak lelaki sukar menerima perlakuan seperti itu dan akhirnya mereka akan kebingungan sendiri.

Kerana begitu otak wanita bekerja, terus benarkan dan beri ruang untuk wanita bercakap. Jika tidak, kita juga yang susah nanti. Lihatlah punca utama perceraian atau hubungan renggang ialah kerana tiada komunikasi.

Secara purata wanita bercakap sebanyak 6,000 hingga 8,000 patah perkataan, 2,000 hingga 3,000 nada suara dan 8,000 hingga 10,000 pergerakan (tangan, muka, kepala dan bahasa badan lain) sehari.

Suami yang bijak walaupun penat macam manapun tentu sekali akan meluangkan waktu untuk melayan isteri bercakap. Ini kerana fitrahnya wanita memang suka bercakap sehingga suami telah berdengkur pun, si isteri masih mahu juga bercakap.

Yang selalu menjadi masalah ialah wanita yang tidak bekerja, siapa yang mahu melayan mereka bercakap? Kuota kata-kata sehari (6,000 hingga 8,000 patah perkataan) perlu diluahkan.

Jadi nasihat kepada lelaki yang isterinya tidak bekerja, ambillah sedikit waktu untuk mendengar celoteh mereka daripada nantinya hubungan jadi renggang.

Jangan diikut perilaku suami isteri dahulu kala yang jarang bercakap. Wanita dahulu tidak mengalami masalah ini. Selain ramai anak, akan sentiasa ada teman berbual dan tempat meluahkan perasaan dengan saudara mara dan jiran tetangga. Kalau suami tak layan cakap pun tidak mengapa.

Khidmat UniFi diperluaskan ke Melaka

Mohd. Ali Rustam (tengah) melancarkan perkhidmatan UniFi di Melaka, semalam. Turut kelihatan Maglin Dennis D'Cruz (kanan) dan Halim Shafie.

MELAKA 29 Julai - Perkhidmatan UniFi bagi Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd. (TM) kini diperluaskan ke Melaka.

Pengerusi TM, Datuk Halim Shafie berkata, Melaka dipilih bagi perkhidmatan UniFi itu melalui statusnya sebagai negeri maju dan pengiktirafan Melaka sebagai Negeri Jalur Lebar pada 2006.

Perkhidmatan itu bermula di kawasan Malim di sini, pada 15 Julai lepas dan menjelang akhir tahun ini, perkhidmatan itu disasar ditawarkan kepada lebih 5,600 premis di 15 kawasan perumahan di kawasan Malim, katanya kepada pemberita selepas pelancaran perkhidmatan UniFi itu oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini, malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Pada 2012, Halim berkata liputan akan diperluaskan ke Tangga Batu dekat sini, dengan pelaksanaan seterusnya ke kawasan lain secara berperingkat-peringkat.

"Pada masa ini, UniFi ditawarkan di 72 kawasan ibu sawat dan jumlah premis sedia dipasang telah mencecah 937,000 premis setakat 26 Julai lepas, kawasan itu termasuk 60 kawasan di Lingkaran Dalam Lembah Klang dan juga Nusa Jaya di Iskandar Malaysia dan beberapa kawasan perindustrian seluruh negara," katanya.

Perkhidmatan UniFi ditawarkan melalui tiga pakej kediaman dan tiga pakej perniagaan di mana pakej kediaman adalah VIP5 pada kadar RM149 sebulan, VIP10 pada kadar RM199 sebulan dan VIP20 pada kadar RM240 sebulan.

Bagi pakej perniagaan yang ditawarkan adalah BIZ5 pada kadar RM199 sebulan, BIZ10 pada kadar RM599 sebulan dan BIZ20 pada kadar RM899 sebulan.

Sementara itu, Halim berkata, TM juga sedang meluaskan liputan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di Melaka dengan peningkatan lokasi TM WiFi dari 700 kepada lebih 1,200 lokasi 'hotspot' TM WiFi menjelang akhir tahun ini.

"TM juga akan memainkan peranan utama dalam usaha meningkatkan penembusan jalur lebar kepada sejumlah 87,000 isi rumah di Melaka," katanya.

Friday 29 July 2011

Zakat Fitrah Negeri Melaka Kekal RM6.50

Melaka 24 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah di negeri ini kekal RM6.50 seorang seperti tahun lalu.

Pengerusi MAIM, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, keputusan itu diharap dapat meningkatkan jumlah bayaran zakat umat Islam di negeri ini sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurutnya, bagi tujuan tersebut MAIM telah melantik seramai 879 amil untuk mengutip zakat fitrah dalam kariah masing-masing mengikut daerah.

"Daripada jumlah itu, seramai 310 amil ditempatkan dalam daerah Melaka Tengah, 249 amil di Alor Gajah manakala 199 orang amil di Jasin," katanya sewaktu berucap merasmikan Seminar Penghayatan Ramadan dan Majlis Pentauliahan Amil Fitrah seluruh negeri di sini, hari ini.

Kali terakhir kadar zakat fitrah di negeri ini dinaikkan ialah pada 2009 iaitu RM6.30 seorang kepada kadar sekarang. Selain itu, kata Mohd. Ali, MAIM juga melantik 121 orang amil bagi mengutip zakat daripada pertubuhan dan agensi berkaitan.

Ketua Menteri itu berkata, amil yang dilantik perlu mengambil inisiatif menerangkan kepada umat Islam dalam kawasan kariah masing-masing tentang tanggungjawab membayar zakat.

"Para amil yang dilantik perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi kerana jika bertambah kutipan zakat, maka mereka juga memperolehi komisen yang tinggi," katanya.

Pada masa sama, beliau menyeru seluruh umat Islam di negeri ini untuk menunaikan tanggungjawab kerana ia akan dapat diagih-agihkan kepada fakir miskin seperti yang ditetapkan oleh syarak.

Thursday 28 July 2011

Kuih Almond London

Kuih Almond London.

Kuih Almond London
  • Jumlah dalam 1 bekas ialah +50 biji.
  • Diperbuat dari Butter.
  • Dicelup dengan coklat yang berkualiti.
  • 1 biji kacang badam setiap satu.
  • Buatan tangan dan keluaran Bumiputera Melayu.
  • Harga jualan runcit 1 bekas RM25.00
  • Harga jualan borong juga boleh di rundingkan.
Tempahan dibuka sekarang. Segala pertanyaan boleh hubungi Faizal 012-9116595 atau Cik Noor 013-6954584.

Kuih Tradisional Batang Buruk


Kuih Tradisional Batang Buruk
  • Berat 1 bag ialah +400gram.
  • Buatan tangan dan keluaran Bumiputera Melayu.
  • Diperbuat dari kacang yang berkualiti.
  • Ranggup dan sedap.
  • Harga jualan runcit 1 bag RM11.00
  • Harga jualan borong juga boleh di rundingkan.
Tempahan dibuka sekarang. Segala pertanyaan boleh hubungi Faizal 012-9116595 atau Cik Noor 013-6954584.

Pelancaran Perkhidmatan UniFi

UniFi High Speed Broadband.

Perkara : Majlis Pelancaran Perkhidmatan UniFi
Hari : Khamis
Tarikh : 28hb Julai 2011
Masa : 08.30mlm
Tempat : Dewan Japerun Bachang, Melaka.

Wednesday 27 July 2011

Tanam Kangkung

Tanaman kangkung menjanjikan pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh.

Kangkung (Ipomoea aquatic) tergolong dalam famili Convolvulaceae adalah berasal dari India. Di negara Cina, kangkung dikenali sebagai weng cai.

Di negara barat pula, kangkung biasa disebut swamp cabbage, water convolvulus, atau water spinach. Kangkung terbahagi kepada dua jenis iaitu kangkung darat dan kangkung air.

Perbezaannya boleh dilihat pada bentuk daun, batang dan warna bunga. Kangkung darat berdaun tirus, batang berwarna hijau cerah dan bunga putih.

Manakala kangkung air pula berdaun agak lebar, batang lebih besar dan hijau tua, bunga kemerah-merahan. Kangkung darat boleh ditanam di batas seperti sayur lain, tetapi kangkung air hanya hidup di kawasan yang berair.

Terdapat banyak khasiat pada kangkung, antaranya sebagai antitoksik, sedatif, antiradang, deuratik dan boleh menyejukkan badan. Kangkung juga kaya dengan vitamin A, B, C, protein, fosforus dan karoten.

Penanaman

Kangkung boleh dibiakkan dengan dua kaedah iaitu biji benih (kangkung darat) dan vegetatif bagi kangkung air (keratan batang yang berakar).
  • Biji benih kangkung tidak perlu disemai kerana ia besar dan mudah hidup jika ditanam terus di atas batas.
  • Batas disediakan selebar satu meter (m) dan panjang bergantung pada kawasan dan tujuan penanaman. Semasa menggembur tanah, tambah bahan organik sebagai baja permulaan dan menyuburkan tanah.
  • Setiap satu meter lebar , empat alur boleh terhasil kerana jarak yang disyorkan antara alur ialah 20sm.
  • Biji benih ditabur jarang-jarang di dalam alur.
  • Sungkupan seperti jerami padi diletakkan di permukaan batas yang terdedah untuk kawalan rumpai dan mengekalkan kelembapan tanah.
  • Selepas antara tiga dan empat hari, biji benih akan bercambah.
  • Kaedah menanam kangkung air pula, batang kangkung yang telah berakar dipotong sepanjang antara lima dan lapan sentimeter, kemudian cucuk batang kangkung yang berakar secara mencondong di kawasan tanah lembap dan berair.
Pengairan

Kangkung perlu air yang agak banyak. Keadaan tanah yang kering dan cuaca terlalu panas tanpa air boleh membantutkan pertumbuhan kangkung sekali gus menurunkan kualitinya. Siram air setiap dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan.

Pembajaan
  • Semasa menyemai, sedikit baja organik telah digaul semasa penyediaan batas. Kadar itu cukup bagi kangkung yang baru membesar.
  • Baja kedua akan diberi pada minggu kedua selepas menanam. Baja organik jenis butir boleh ditabur di sepanjang setiap alur. Anggaran antara 40 dan 50 gram bagi setiap pokok.
  • Bagi yang suka menggunakan baja organik bentuk cecair, sembur baja sekali setiap minggu di waktu pagi.
Kawalan rumpai
  • Rumpai perlu sentiasa dikawal untuk elak persaingan (makanan dan cahaya) dengan tanaman.
  • Merumpai di atas batas secara manual, potong rumpai di luar batas dengan sabit atau mesin pemotong rumput.
Kawalan serangga perosak
  • Kangkung jarang diserang oleh perosak atau penyakit. Namun sesekali ada juga serangga perosak yang mengganggu pertumbuhannya.
  • Kepinding dan penyakit karat putih biasa ditemui pada pokok kangkung.
  • Membuat penggiliran tanaman boleh membantu mengawal penyakit tersebut.
  • Kepinding pula mudah dikutip dan dibuang.

Monday 25 July 2011

Kuih Tat Gulung Nenas

Kuih Tat Gulung Nenas.

Satu bekas dalam 50 biji.

 Berat purata dalam +-12gram.

Panjang sekitar 2.5cm ~ 2.8cm.

Kuih Tat Gulung Nenas
  • Jumlah dalam 1 bekas ialah +50 biji.
  • Berat purata setiap biji dalam +-12gram.
  • Panjang sekitar 2.5cm ~ 2.8cm.
  • Buatan tangan dan keluaran Bumiputera Melayu.
  • Diperbuat dari Butter.
  • Inti tat nenas di parut menggunakan mesin.
  • Bahan buatan dari tepung yang berkualiti.
  • Harga jualan runcit 1 bekas RM25.00
  • Harga jualan borong juga boleh di rundingkan.
Tempahan dibuka sekarang. Segala pertanyaan boleh hubungi Faizal 012-9116595 atau Cik Noor 013-6954584.

Temui kami di sepanjang bulan ramadhan ini di Lot B14, Bazar Ramadhan 1Malaysia depan Tesco Store Peringgit, Melaka. Bermula dari 1hb Ogos ~ 30hb Ogos 2011.

Sunday 24 July 2011

Bazar Ramadhan 1Malaysia


Tesco Store Peringgit, Melaka.

Kami menjual Biskut, Kuih Raya dan Kerepek di Lot B14, Bazar Ramadhan 1Malaysia depan Tesco Store Peringgit, Melaka.

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H. Kami akan menjual Biskut, Kuih Raya dan Kerepek di Lot B14, Tapak Bazar Ramadhan 1Malaysia iaitu bertempat di kawasan Parking A, Tesco Store Peringgit, Melaka.

Bermula dari 1hb Ogos ~ 30hb Ogos 2011. Dari pukul 1000hr ~ 0300hr setiap hari di bulan Ramadhan. Sebarang pertanyaan tentang Biskut, Kuih Raya dan Kerepek boleh hubungi Faizal 012-9116595 atau Cik Noor 013-6954584.

Minum 8 Gelas Air Sehari

Minumlah air secukupnya setiap hari.
Selama ini doktor atau pakar diet menasihatkan orang ramai meminum sekurang-kurangnya 1.2 liter atau enam hingga lapan gelas air sehari bagi memastikan kesihatan badan terus berkekalan.

Namun baru-baru ini, seorang doktor dari Glasgow, Margaret McCartney menafikan perkara tersebut sebaliknya menganggap ia sebagai tidak masuk akal.

Beliau menjelaskan, wujud kajian yang menunjukkan meminum air ketika tidak dahaga, boleh mengganggu daya penumpuan seseorang. Malah, bahan kimia yang digunakan untuk menyah jangkitan kuman dalam air botol juga tidak elok untuk kesihatan.

Setakat mana rasional pandangan McCartney dan bagaimanapun pakar-pakar lain memberi respons terhadap pandangannya itu. Wartawan unit khas Utusan Malaysia, Azrai Mohammad cuba mencari jawapan kepada polemik yang tercetus bukan saja di kalangan pakar perubatan dan pemakanan malah orang ramai di seluruh dunia.

Kuala Lumpur 19 Julai - Apabila seorang doktor dari Glasgow, Britain, Dr. Margaret McCartney menafikan amalan meminum lapan gelas air sehari baik untuk kesihatan baru-baru ini, ia mencetuskan polemik di kalangan pakar perubatan dan pemakanan serta orang ramai.

Bagi orang ramai yang sudah biasa minum jumlah air sedemikian, ia sudah tentu mengejutkan apabila pandangan tersebut datangnya daripada seorang doktor dan terkandung dalam Jurnal Perubatan Britain.

Namun apabila Utusan Malaysia mengemukakan isu ini kepada pakar-pakar tempatan, ternyata mereka bukan sahaja tidak bersetuju dengan pandangan seorang doktor dari Glasgow, Britain, Dr. Margaret McCartney itu.

Malah, mereka turut menempelak doktor dari Britain itu kerana saranan meminum antara enam hingga lapan gelas air sehari sudah begitu lama diberi kepada orang ramai dan terbukti berkesan.

Pakar-pakar tempatan juga sependapat bahawa lebih ramai individu yang mengalami masalah atau penyakit akibat kekurangan air dalam badan berbanding mendapat penyakit akibat terlebih meminum air.

Pada masa sama, mereka bersetuju bahawa kuantiti air yang diminum oleh seseorang berbeza, bergantung kepada aktiviti, persekitaran dan saiz badan.

Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Norhaizan Mohd. Esa berkata, air perlu diminum secukupnya bagi mengelakkan mereka menghadapi masalah seperti kelesuan sehingga menyebabkan pitam.

“Bagi individu yang aktif dan terdedah kepada cuaca panas seperti atlet, sudah pasti memerlukan lebih air berbanding mereka yang tidak aktif.

“Jika dilihat, masalah individu yang kekurangan air lebih banyak berbanding masalah mereka yang terlebih meminum air,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Norhaizan, saranan itu juga bagi mengingatkan individu yang ada kalanya tidak peka dengan keperluan air dalam badan mereka.

“Jika kita berada di dalam ruang berhawa dingin seperti di pejabat atau penerbangan berjam-jam, kita tidak rasa dahaga tapi sebaliknya badan kita kering dan memerlukan air.

“Begitu juga keadaannya bagi orang tua berusia 60 tahun ke atas, mereka sudah kurang sensitif dengan rasa dahaga,” katanya. Tambah beliau, trend di negara ini, walaupun kebanyakan masyarakat minum dengan kuantiti air yang mencukupi, namun mereka lebih gemar meminum minuman berperisa berbanding air kosong.

“Meminum air berperisa yang manis mendedahkan mereka kepada penyakit seperti diabetis walaupun meminum air secukupnya setiap hari,” katanya.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman pula menjelaskan, tanpa air yang mencukupi, semua proses berkaitan dengan penghantaran zat-zat dan bahan kumuh dalam badan tidak akan berjalan dengan lancar.

“Sebaik-baiknya apabila bangun pagi dan sebelum ke tandas, kita perlu meminum segelas air kosong untuk memudahkan bowel motion (buang najis).

“Badan kita mengandungi 70 peratus air, maka tanpa air yang mencukupi, bahan kumuh di dalam badan tidak berjalan lancar,” katanya. Tambah beliau, orang ramai juga perlu memastikan air yang diminum adalah selamat bagi mengelakkan kandungan bahan asing yang tidak sesuai untuk keperluan tubuh.

Profesor Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Aminah Abdullah pula memberitahu, manusia sangat memerlukan air bagi melarutkan vitamin di dalam badan. “Buah pinggang akan cepat rosak jika tiada bantuan air ketika proses penapisan dan penyingkiran berlaku,” katanya.

Pensyarah Kanan Program Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sakinah Harith pula berkata, saranan meminum banyak air bertujuan menggantikan air yang keluar daripada badan.

“Manusia lazimnya mengeluarkan air melalui kencing sebanyak 500 mililiter sehari, jadi untuk menggantikannya, kita perlu minum enam ke lapan gelas sehari,” katanya.

Doktor Kesihatan Pekerja Pusrawi, Dr. Rosli Rahim berkata, saranan tersebut telah diterima umum dan ia terbukti berkesan. “Jika hendak dipersoalkan tentang pengambilan berlebihan, bukan saja air tetapi semua perkara jika diambil berlebihan boleh mendatangkan mudarat. “Jadi jumlah enam hingga lapan gelas sehari itu memadai,” katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perbahasan dikemukakan Dr. Magaret McCartney dari Glasgow itu adalah mengenai kuantum air yang perlu diminum tetapi tidak dapat dipastikan secara saintifik bagi menerima andaian tersebut.

Pendapat yang menolak kebaikan meminum lapan gelas air sehari seperti disiarkan dalam Jurnal Perubatan Britain baru-baru ini disifatkan pandangan peribadi penulisnya semata-mata.

"Walaupun tiada bukti saintifik yang menyokong kebaikan meminum sebanyak itu, tetapi tiada juga bukti saintifik yang menolak kebaikannya.

"Namun secara prinsipnya kita perlu minum air bagi rehidrasi iaitu menggantikan air yang hilang melalui pelbagai proses fisiologi biasa seperti perpeluhan dan pernafasan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Rosnah, seperkara yang menimbulkan persoalan, mengapakah perkara itu perlu dikaitkan dengan strategi pemasaran produk air minuman dalam botol.

"Jika kita aktif atau banyak berpeluh dalam cuaca panas sudah tentulah kena minum air secukupnya. "Oleh sebab itu, kementerian merasakan ia adalah tidak benar dan menolak dakwaan (McCartney) tersebut," katanya.

Tambah beliau, secara asasnya, rasa dahaga dan bibir kering adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan badan manusia memerlukan air. "Badan dan selera kita akan menentukan sama ada kita sudah cukup minum air atau sebaliknya.

"Sudah tentu minum air kosong yang terbaik untuk rehidrasi berbanding air bergula bagi mengelakkan obesiti dan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kardiovaskular, diabetes serta angin ahmar," katanya.

Saturday 23 July 2011

Tanaman Harumanis

Mangga Harumanis

Bentuk dan rupanya cukup menggiurkan. Aromanya pula pasti menawan hati sesiapa saha dan akan membuka selera untuk menikmatinya.

Itulah kehebatan harumanis, sejenis mempelam dari Perlis yang kini menjadi kegilaan atau menimbulkan keghairahan ramai tidak kira di mana sahaja.

Sama ada di makan begitu sahaja atau dihidang bersama pulut, keenakan harumanis tetap memukau. Sebab itu ia menggamit kehadiran ramai ke Perlis walaupun musimnya hanya sekali dalam setahun.

Musimnya pula cukup singkat. Hanya sebulan atau sebulan setengah dalam setahun. Sebab itu ia membuatkan ramai yang tidak sabar malah sanggup berebut-rebut untuk mendapatkan harumanis.

Walaupun musimnya kali ini baru sahaja berakhir, ramai masih bertanyakan tentang harumanis khususnya di kalangan penduduk luar negeri Perlis.

Faktor tersebut juga menyebabkan pengeluaran dan pasaran harumanis sentiasa tidak mencukupi setiap tahun sehingga membuatkan agensi terlibat memikirkan langkah tertentu untuk menampung permintaannya yang tinggi.

Bagi tahun ini, segala-galanya bermula pada penghujung April sehingga Jun apabila orang ramai ‘berpesta’ meraikan kedatangan harumanis yang sekali gus menyebabkan harganya meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis, Sabry Ahmad mempunyai jawapan mengenai keistimewaan harumanis yang kini bukan sahaja digemari di dalam negeri malah ‘menyeberangi’ lautan sehingga ke Jepun.

Beliau menjelaskan, seindah namanya, mempelam tersebut cukup manis dan enak dimakan jika ia masak cukup tempohnya atau setelah mengeluarkan aroma yang harum.

“Apabila ia mengeluarkan aroma yang harum, mempelam ini sudah boleh dimakan. Disebabkan rasanya yang manis itulah antara faktor ia digelar harumanis.

“Selain itu, keunikan harumanis ialah kerana kulitnya tetap hijau walaupun sudah masak. Ia tidak boleh dimakan sewaktu masih muda atau dibuat jeruk kerana rasanya akan menjadi masam,” jelasnya.

Pada tahun lalu, Perlis mengeluarkan kira-kira 244 tan metrik harumanis yang bernilai RM 1.17 juta meliputi tanaman di kawasan seluas 257.9 hektar.

“Musim ini pengeluaran harumanis sebanyak 400 tan metrik dengan setiap tahun dirancang pertambahan pengeluaran sebanyak 200 hektar setahun,” tambah beliau.

Walaupun pengeluarannya meningkat, namun masih belum mencukupi untuk menampung permintaan. Bayangkan belum pun habis musim, harumanis yang dijual di Jabatan Pertanian Negeri Perlis di Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat sudah kehabisan stok.

“Begitu juga dengan hasil tanaman pengusaha harumanis di Perlis masih gagal menampung keperluan semasa yang kian meningkat saban tahun,” tambah beliau.

Saiz negeri yang kecil, hanya berkeluasan 810 kilometer persegi atau 81,713.90 hektar, tentulah agak sukar untuk menambah kawasan penanaman harumanis.

Justeru, tenaga pelbagai agensi seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) digembleng untuk mencari kaedah mengatasi kekurangan harumanis setiap tahun.

Antara pilihan ialah mempergunakan seluas-luasnya kawasan penanaman di samping menggalakkan penduduk negeri paling kecil di Malaysia itu sekurang-kurangnya menanam sepohon harumanis.

“Ladang-ladang terbiar dipulihkan. Pokok-pokok yang tidak berhasil ditebang untuk ditanam semula dengan harumanis bagi meningkatkan pengeluaran.

“Kerajaan negeri memperuntukan RM1.8 juta setahun untuk membangunkan industri harumanis dengan sasaran tanaman seluas 1,000 hektar menjelang 2015,” kata beliau.

Begitu juga dengan penjagaan tanaman harumanis, Jabatan Pertanian memperkenalkan pembalut khas yang diimport bagi menjaga kualiti buahnya.

“Memang buah yang mula keluar dari pokok akan dibalut. Lazimnya dengan kertas suratkhabar. Tetapi ia lebih berkualiti jika dibalut dengan pembalut khas yang dipasarkan oleh Jabatan Pertanian.

“Pembalut baru ini mempunyai lapisan dalam gelap, di hujungnya pula tersedia dengan dawai bagi memudahkan petani mengikat tangkai buah selepas dibalut dan hasilnya cukup memuaskan kerana ia (harumanis) nampak bersih dan segar,” kata beliau.

Di samping itu, kata beliau, kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Pertanian Negeri Perlis mendaftarkan nama harumanis Perlis sebagai harta intelek.

“Pendaftaran ini untuk mengesahkan bahawa harumanis yang berkualiti hanya mempelam dari Perlis berdasarkan kesesuaian muka bumi selain menjaga reputasinya.

“Menerusi pendaftaran harta intelek, barulah tindakan boleh diambil ke atas peniaga yang menjual mempelam jenis lain tetapi menggunakan nama harumanis,” kata beliau.

Friday 22 July 2011

Malaysian Power Boat Championship


Perkara : Malaysian Power Boat Championship 2011
Hari : Bermula hari Jumaat
Tarikh : 22hb - 24hb July 2011
Tempat : Seafarer Restaurant Sdn Bhd, Batang Tiga, Tanjung Kling, Melaka.

Pindahan Baki Kad Kredit

Kad kredit

Saya mempunyai dua kad kredit dari bank yang sama dan satu daripadanya telah mencapai had maksimum. Baru-baru ini saya terbaca tentang tawaran pemindahan hutang kad kredit dari bank asal kepada bank lain dengan tempoh ansuran tertentu. Nampaknya tawaran yang dibuat menarik tetapi saya musykil sama ada ia adalah langkah terbaik melunaskan hutang sedia ada?

Jawapan.

Pindahan baki (kad kredit) boleh memberikan penjimatan besar kepada anda jika anda memindahkan baki hutang yang tinggi daripada kad kredit lain kepada kad yang mengenakan kadar pembiayaan yang lebih rendah (contohnya, pindahan baki sifar peratus untuk enam bulan).

Memindahkan baki kad kredit anda kepada satu kad kredit (sekiranya kad tersebut mempunyai had kredit yang tinggi) juga mengelakkan kerenah perlu membuat beberapa bayaran kepada kad kredit yang berbeza.

Lebih mudah untuk menjelaskan baki satu kad kredit daripada membayar baki beberapa kad kredit. Jika digunakan dengan lebih bijak, kadar pembiayaan rendah pindahan baki kad kredit menjadi cara sangat bermanfaat untuk mengurangkan bayaran pembiayaan anda.

Namun begitu, jika digunakan dengan kurang bijak, ia mungkin menyebabkan anda menanggung kos pembiayaan dan yuran lebih tinggi.
Seperti biasa, anda perlu meneliti sebarang perjanjian pindahan baki sebelum anda menurunkan tandatangan. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda teliti.

Pertama, anda perlu ketahui berapa lama kadar pembiayaan rendah pindahan ini akan dikekalkan. Tawaran terbaik akan mengenakan kadar pembiayaan rendah yang sama atas baki yang dipindahkan sepanjang tempoh baki.

Kad lain mungkin menawarkan kadar rendah untuk tempoh yang ditetapkan dan kemudian bertukar kepada kadar pembiayaan biasa kad kredit jika baki yang dipindahkan tidak dijelaskan sepenuhnya sebelum pertukaran kadar pembiayaan.

Jika anda telah memindahkan satu jumlah yang besar dan tidak menjelaskan baki tersebut tepat pada masanya, anda mungkin terpaksa menanggung bayaran pembiayaan lebih tinggi daripada sebelumnya.

Sama ada pindahan baki kad kredit satu idea yang bijak atau kurang bijak bergantung kepada keadaan anda dan juga tempoh yang diambil untuk melangsaikan jumlah baki yang dipindahkan tersebut.

Hanya perancangan teliti dan kefahaman penuh tentang potensi kebaikan dan keburukan akan membantu anda memanfaatkan sepenuhnya pindahan baki tersebut.

Jika ada mempertimbangkan pindahan baki untuk mendapatkan kadar yang lebih rendah, pastikan anda menilai setiap tawaran untuk memastikan anda meningkatkan peluang untuk menjelaskan semua hutang.

Perlu diingat bahawa anda tidak harus meminjam untuk melunaskan hutang. Pindahan baki hanya berkesan jika ia membantu anda mengurangkan baki hutang anda.

Tanam Salad

Salad sangat popular sebagai menu bagi mereka yang tidak mengambil makanan berasaskan daging.

Salad (Lactuca sativa) dari famili Asteraceae mula ditemui di kawasan Timur Laut Tengah, Mesir. Terdapat enam jenis varieti yang popular iaitu butterhead (L.sativa var. capitata), salad cina (L.sativa var.asparagina), crisphead, looseleaf (L.sativa var.crispa), romaine (L.sativa var.romana) dan summer crisp atau Batavian.

Selain sedap dimakan salad juga boleh dijadikan hiasan. Ia juga mempunyai nilai perubatan seperti penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur.

Zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C. Magnesium dan zink pada salad mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.

Daun salad juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan. Daun ini juga kaya dengan karotin, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan. Oleh yang demikian, salad dikatakan sejenis sayuran antioksidan.

Penanaman
  • Sesuai ditanam di kawasan yang agak sejuk.
  • pH yang sesuai ialah 5.5 -6.5.
  • Boleh ditanam menggunakan biji benih.
  • Boleh ditanam terus atau disemai terlebih dahulu di dalam talam (tray) semaian.
  • Naungan/teduhan perlu terutama di peringkat semaian iaitu dari mula disemai hingga hari ke-10.
  • Kurangkan naungan dua atau tiga hari sebelum mengubah untuk memberikan penyesuaian kepada anak semaian. Daun-daun kelapa boleh digunakan sebagai naungan.
  • Sediakan batas dan gaul dengan bahan organan (tahi ayam berproses).
  • Selepas dua minggu, pindahkan anak benih semaian ke atas batas.
  • Jarak yang disyorkan ialah 20 sm antara pokok dan antara baris.
Pengairan
  • Pengairan dilakukan dua kali sehari iaitu pagi dan lewat petang menggunakan air yang bersih tanpa klorin kecuali pada musim hujan.
  • Pengairan boleh dilakukan secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis.

Pembajaan
  • Pembajaan awal dilakukan sewaktu penyediaan batas iaitu dengan menggaulkan bahan organan dan kompos sewaktu menggembur tanah.
  • Jika menggunakan kaedah tanam terus, selepas dua minggu tabur baja organan sebanyak 10 gram di sekeliling setiap pokok.
  • Pembajaan kali kedua dilakukan pada minggu ke-4. Baja organik ditaburkan di sekeliling batas sebanyak 20 gram. Gembur tanah agar tidak padat.
Kawalan Rumpai
  • Rumpai yang tumbuh di atas batas dan di antara pokok perlu dibuang bagi mengurangkan persaingan nutrien dan cahaya matahari.
  • Rumpai yang tumbuh di luar batas boleh dimesin dengan mesin pemotong rumput.
Kawalan Perosak dan Penyakit
  • Biasanya salad jarang diserang oleh perosak mahupun penyakit.
  • Serangga perosak tidak suka makan salad kerana getah pada daun salad adalah pahit. Oleh kerana sifat itu, salad boleh dijadikan sebagai tanaman repellent (penghalau serangga perosak).
  • Penyakit kulapuk downy dan reput pangkal sering menyerang tanaman salad. Ini adalah disebabkan oleh saliran tanah yang teruk.
  • Cara kawalan yang boleh dibuat ialah buang tanaman yang telah diserang dan perbaiki saliran tanah kawasan tersebut.
  • Buat racun organik menggunakan campuran bunga Marigold (bunga tahi ayam) yang telah dikisar halus, air dan sedikit sabun. Sembur pada pokok yang berpenyakit.
Penuaian
  • Tuai pada minggu ke enam atau ketujuh selepas diubah ke batas (kaedah semaian).
  • Tuai pada minggu ke 8-9 jika menggunakan kaedah tanam terus.
  • Potong bahagian batang yang hampir dengan tanah. Akar tanaman dibiarkan mereput di dalam tanah.
  • Penuaian elok dilakukan pada awal pagi atau lewat petang bagi mengurangkan 'stres' pada tanaman yang boleh menyebabkan tanaman cepat layu.

Tuesday 19 July 2011

Ternak Ikan Keli

Berkat kegigihan Ramli Diron kini boleh tersenyum kerana projek menternak ikan keli mula menampakkan hasil.

Kira-kira empat tahun lalu, Ramli Diron 50, berbelah bagi untuk mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM60,000 bagi memulakan projek menternak ikan air tawar berdekatan rumahnya di Felda Ulu Belitong, Kluang, Johor.

Ramli yang merupakan seorang peneroka bimbang sekiranya projek itu tidak menjadi apatah lagi jika mengalami kerugian, ia sudah tentu satu tamparan hebat baginya.

Bagaimanapun, dia nekad untuk memulakan projek tersebut dan enggan menoleh ke belakang lagi kerana merasakan keputusan yang dibuatnya adalah betul.

Berkat kegigihan dan kesabarannya, Ramli kini boleh tersenyum bangga kerana tidak sampai setahun, projek menternak ikan itu mula menampakkan hasil.

"Saya bermula dengan membina dua buah kolam ikan pada 2008 dengan kira-kira 16,000 anak ikan tilapia yang dibeli sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan.

"Syukur, dalam masa tiga bulan, projek menternak ikan ini mula memberikan pulangan dan saya kini mempunyai empat kolam ikan yang semuanya berukuran 60 meter panjang dan 40 meter lebar," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kata Ramli, antara ikan yang diternaknya ialah tilapia, patin, jelawat, ubi, keli dan baung dengan harga yang ditawarkan lebih murah dari pasar-pasar biasa.

Menurutnya, ikan tilapia dijual dengan harga RM7.50 sekilogram(kg), patin (RM8.50/kg), jelawat (RM14/kg), ubi (RM80/kg), keli (RM6/kg) dan baung (RM11), bergantung kepada harga pasaran.

Bapa kepada tujuh anak itu berkata, projek berkenaan pada mulanya hanya sebagai pendapatan tambahan. Tetapi kini permintaan semakin meningkat dengan janaan keuntungan lebih RM2,000 sebulan bergantung kepada permintaan yang kadang-kadang melebihi kapasiti yang mampu dibekalkan.

Sekarang ini katanya, hasil ikannya dihantar ke kedai-kedai dan ditempah untuk majlis perkahwinan di Felda Ulu Belitong dan kawasan sekitarnya.

Berikutan itu, dia bercadang menambah bilangan kolam dalam masa terdekat dan hasilnya dihantar keluar dari Felda itu termasuk ke pasar raya besar.

Ramli yang kini mempunyai tiga pekerja juga bercadang menambah bilangan pekerja apabila kolam baru dibuka di kawasan lain tetapi masih dalam Felda itu.

"Saya kini bertambah yakin untuk meluaskan projek ini lebih-lebih lagi selepas mengikuti kursus perikanan," katanya. Perancangannya ialah untuk membina 10 buah kolam simen yang juga boleh menempatkan anak-anak ikan kerana kolam sedia ada bercampur antara anak ikan dan ikan dewasa.

Tambah Ramli, dia merancang untuk menjadi pembekal benih ikan selepas ini kerana permintaan dan potensinya yang tinggi selain tidak bimbang dengan persaingan.

Monday 18 July 2011

Bekas Lombong menjadi Ladang Pertanian

Abu Bakar Awang berjaya menukar wajah kawasan lombong di pendang, Kedah kepada ladang penternakan.

Dari luar, kawasan tanah berpagar yang nampak subur dengan persekitarannya yang 'hidup' memang akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang memasuki kawasan Kampung Banggol Besi, Pendang, Kedah.

Mana tidaknya, di kelilingi kawasan sawah bendang yang luas mata memandang di selang-seli dengan rumah kampung, muncul satu kawasan berpagar yang nampak berbeza berbanding persekitarannya.

Tarikan utama tentunya kepada dua buah kolam memancing yang tertera namanya Iron Lake Fishing Centre Agro Farm. Ladang agro seluas 1.2 hektar itu menjadi lebih istimewa.

Lebih-lebih lagi setelah mengetahui kesungguhan pemiliknya Abu Bakar Awang, 54, mengusahakan tanah yang asalnya terbiar. Menurut beliau yang lebih selesa dipanggil Pak Abu, selain usaha gigih, bantuan kerajaan negeri termasuk penganugerahan tanah banyak membantu menjayakan perancangan ladang berkenaan.

''Tanah ini dulu tempat lombong bijih besi. Lepas bijih besi habis, terbiar macam tu saja. Jadi saya dapatkan kerjasama daripada kerajaan negeri untuk usahakan tempat ini. Masih baru, tapi perlahan-lahan saya cuba usahakan hingga menjadi seperti sekarang," cerita Pak Abu.

Di atas tanah bekas lombong itu, selain kolam memancing, Pak Abu mengusahakan ternakan kambing Boer dan Jamnapari. Beliau turut mengusahakan tanaman mempelam madu bersebelahan dengan kolam memancing.

Sebelum memulakan projek ladang agro itu, Pak Abu juga pernah menternak lembu dan mengusahakan tanah bendang. Bagaimanapun kerana minat ingin mencuba yang tinggi, fokusnya dialihkan kepada projek berkenaan.

Pengalaman berpuluh tahun sebagai petani digunakan sepenuhnya membangunkan kawasan itu. Mendapat nasihat daripada Jabatan Haiwan, kambing-kambing ternakannya membiak dengan cepat daripada 20 ekor menjadi 200 ekor.

Daripada menjadi pembekal daging kambing, usaha gigihnya dikembangkan kepada membekal susu segar untuk kawasan di sekitar Pendang.

Malah beliau juga sudah mampu menyuntik sendiri ternakannya itu. Selain membuka pintu ladangnya untuk penuntut kolej dan universiti membuat latihan amali di situ.

Namun ketika usahanya mula berhasil, Pak Abu dilanda musibah. Oktober lepas, dia dikejutkan dengan berita ladang ternakannya diceroboh pencuri sehingga kira-kira 60 ekor kambing peliharaannya dicuri hanya dalam satu malam.

Kesan tayar lori di atas tanah merah menjawab persoalan bagaimana kambing-kambingnya dilarikan.Kecurian hampir separuh daripada kambing-kambing yang sedang membiak itu menyebabkan beliau kerugian hampir RM40,000.

''Masa itu, terduduk juga saya. Hilang sekejap semangat bila tengok kandang yang penuh sebelumnya, nampak kosong. Nak bagi naik balik semangat, saya letak kambing-kambing ni sekali dalam satu kandang, biar nampak penuh. Secara psikologinya, nampak macam banyak, terubatlah sikit kesedihan tu. Alhamdulillah, sekarang dah mula membiak kembali,'' katanya.

Masalah utama Pak Abu ialah sukar mencari pekerja tetap dari kalangan anak muda tempatan untuk bekerja terutama menjaga kawasan tersebut pada malam hari.

Ramai yang lebih tertumpu mencari pekerjaan di kilang-kilang atau pun bandar. Memikirkan masalah sukar mendapat pekerja, Pak Abu mencari jalan bagaimana mahu menghidupkan kawasan yang terpencil itu.

Akhirnya, lahirlah idea mengusahakan kolam pancing 24 jam yang semakin dikunjungi pelbagai pihak baik individu mahupun syarikat korporat.

Bagaimanapun, menurutnya, walaupun ladang itu tidak sebesar mana, beliau masih cuba membuka ruang rezeki kepada anak muda di kampungnya.

Mereka diambil membantu beliau secara sambilan terutama jika ladang tersebut menganjurkan pertandingan memancing. Tanaman mempelamnya daripada 200 batang pokok mempelam madu juga sudah mula membuahkan hasil.

Menariknya, baja yang digunakan adalah daripada najis kambing. Bimbingan yang diperoleh banyak membantu beliau menggunakan sumber yang ada semaksimumnya.

Sikap berani mencubanya memang boleh dicontohi. Selain mempelam, Pak Abu pernah menanam pokok naga, sayangnya pokok tersebut mati akibat tidak sesuai dengan baja dari sawah yang diusahakan di sekitar ladang berkenaan.

Tidak menyalahkan sesiapa kerana berpendapat, sawah bendang tersebut sudah lama diusahakan berbanding tanaman pokok naga. Racun yang digunakan untuk sawah padi itu meresap ke dalam tanah dan tidak sesuai dengan tanaman yang baru diusahakannya.

Dia tidak berputus asa dan kini berusaha memikirkan tanaman lain yang bersesuaian ditanam di kawasan itu. Mengenai perancangan masa depan, Pak Abu bercadang membina inap desa atau homestay di atas tanah itu. Tujuannya supaya pengunjung yang jauh dapat bermalam.

"Kalau difikirkan, memanglah banyak yang boleh dibuat. Tapi perlahan-lahanlah. Modal pun kena ada juga. Umur pun dah tua, nak buat pinjaman mungkin sukar. Buat masa ini tumpu kepada kolam pancing dululah," kata Pak Abu.

Kebetulan pada hari kunjungan itu, Pak Abu sedang membuat persiapan terakhir untuk satu pertandingan memancing. Khabarnya pertandingan itu mendapat sambutan bukan sahaja dari penduduk sekitar malahan dari luar daerah Pendang.

Melihat kepada kegigihan dan usahanya, pemilik ladang agro ini ternyata berani menghadapi risiko. Keyakinan dan keberaniannya menyahut seruan kerajaan agar memajukan bidang pertanian dan berbudi kepada tanah bukanlah sia-sia.

Bagi Pak Abu, ladangnya tidaklah setanding ladang agro besar yang lain. Namun beliau tetap berbangga dengan usaha gigih dan kerja kuatnya itu walaupun diuji berkali-kali.

Pihaknya sentiasa menyambut baik mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengannya atau kepada kaki pancing yang mahu melakukan aktiviti di pusat memancing miliknya itu.

Bagi yang berminat, Pak Abu boleh dihubungi di talian 013-2968627 atau datang sahaja ke Iron Lake Fishing Centre Agro Farm, Kampung Banggol Besi.

Saturday 16 July 2011

CTOS Diperintah Bayar RM200K

 

Credit Tip Off Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur 15 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan syarikat rujukan kredit, Credit Tip Off Sdn. Bhd. (CTOS) membayar ganti rugi RM200,000 kepada seorang bekas eksekutif kanan Petronas kerana memfitnahnya dengan menyalurkan maklumat kredit yang tidak tepat, kira-kira enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid turut memerintahkan jumlah ganti rugi itu dibayar dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga penyelesaian penuh kes tersebut.

Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim menyatakan pemberian maklumat yang tidak tepat telah memberikan gambaran yang negatif ke atas seseorang individu sebagaimana berlaku ke atas plaintif, Shafie Abd. Rahman, 55.

''Pada pendapat mahkamah, defendan telah cuai. Mana-mana individu yang menjalankan perniagaan membabitkan individu lain dalam urusannya, lebih-lebih lagi tanpa kebenaran individu terbabit, sudah tentu mempunyai kewajipan untuk melaksanakan standard pengawasan serta kemahiran dalam urusannya agar tidak menjejaskan hak asasi orang lain,'' katanya.

Oleh yang demikian, selepas meneliti keterangan dan berdasarkan rumusan imbangan kebarangkalian, Hakim Siti Khadijah mendapati terdapat bukti mencukupi berlakunya fitnah dalam bentuk siaran terhadap plaintif.

Shafie memulakan tindakan saman fitnah itu pada 2006 dengan mendakwa CTOS menjejaskan keperibadian, reputasi dan pekerjaannya dalam kalangan pihak ketiga, masyarakat, majikan atau orang awam.

Plaintif mendefinisikan ciri pekerjaan defendan yang ditubuhkan pada 12 Disember 1990 adalah memberi perkhidmatan data maklumat pinjaman mengenai individu-individu dan syarikat-syarikat antara lain, para pelanggannya terdiri daripada institusi kewangan atau bank.

Beliau mendakwa, di antara Mac dan Mei 2005, defendan telah berterusan menerbitkan dalam datanya atau laporan dalam komputer mengenai dirinya kepada Bank Affin Bhd. dan Bank Bumiputra Commerce Bhd. berkaitan status dirinya dalam bentuk fitnah.

Atas tindakan defendan itu, Shafie mendakwa permohonannya untuk mendapatkan pinjaman bagi membiayai pembelian satu unit servis apartmen yang dikenali Lot No. 19-13, Parkview Servis Apartmen telah ditolak oleh kedua-dua bank berkenaan.

Plaintif turut menegaskan bahawa terdapat perkataan memfitnahnya menyebut bahawa beliau sejak 1 Julai 2002 hingga Mei 2005 masih mempunyai notis kebankrapan atas namanya dan dia tidak dapat serta tidak mampu membayar hutang.

Beliau juga mendakwa dimalukan sehingga mengalami tekanan mental akibat mengetahui defendan masih menyenaraikan namanya dalam notis kebankrapan biarpun plaintif sebenarnya tidak lagi berhutang dengan RHB Bank Bhd. pada 2005.

CTOS dalam pernyataan pembelaannya pula menyatakan, maklumat yang dibekalkan oleh syarikat itu kepada pelanggannya hanya sebagai bahan rujukan dan mereka dinasihatkan menyemak maklumat itu dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

Friday 15 July 2011

Moral Kebebasan Umpan Konspirasi

Melihat kepada riuh-rendah sekumpulan kecil rakyat Malaysia yang beramai-ramai turun ke jalan raya menuntut kebebasan dan ketelusan telah membawa saya membuka kembali kitab-kitab lama yang pernah saya telaah terutamanya semasa saya diarah oleh negara mengetuai sebuah agensi kerajaan di Jabatan Perdana Menteri suatu masa dulu.

Bezanya, kalau dahulu saya telaah sampai tidak tidur malam untuk tujuan melaksanakan tugas di jabatan saya tetapi sekarang sebagai pesara awam yang tiada lagi peranan sedemikian, saya hanya telaah sebagai pemerhati dan memuaskan naluri akademik sahaja.

Antara bahan-bahan yang saya baca semula termasuklah buku kecil tentang ‘Seni Perang’ yang ditulis orang timur, terbaru pula ‘Strategi Lautan Biru’, tulisan gabungan Timur dan Barat serta ‘Protokol Orang Tua-Tua Bijak Zion’ yang tidak diketahui siapa penulisnya.

Yang saya ingin kongsi kali ini ialah mengenai Protokol. Walaupun Protokol ini dituduh telah dicipta oleh Hitler bagi menyemai kebencian terhadap keturunan Zion, tetapi banyak pihak yang melihat ada kebenaran dari segi perkembangan dunia seterusnya.

Sehingga ada rujukan yang mencadangkan supaya Protokol ini dijadikan bacaan wajib bagi mereka yang ingin memahami mengapa dunia sekarang sedang jelas menuju kepada One World Government, yang dikawal oleh tangan yang tidak kelihatan.

Dengan tidak menujukkan bahawa Protokol ini hasil konspirasi golongan Zion, saya hanya melihatnya sebagai sesuatu yang boleh dianuti oleh sesiapa sahaja yang berminat merancang menguasai dunia. Amat menarik membaca perkara 6, Protokol 1 yang menyebutkan bahawa ‘kebebasan itu bukan suatu fakta sebaliknya ia hanya suatu idea’.

Oleh itu sesiapa yang ingin menguasai dunia atau bahagian-bahagian mana masyarakat dunia hendaklah bijak menggunakan idea kebebasan itu sebagai umpan kepada sekumpulan rakyat massa menghancurkan sekumpulan rakyat massa yang lain.

Tugas itu dikatakan akan lebih mudah disempurnakan jika salah satu pihak sudah dijangkiti oleh idea yang dipanggil mereka sebagai ‘meliberalkan’ sesuatu. Amat mudah mengkucar-kacirkan kumpulan masyarakat yang ahli-ahlinya senantiasa hendakkan kuasa, bahkan jika boleh hendak menjadi diktator serta jarang pula ada yang mahu berkorban untuk kebajikan ramai.

Seperti kebebasan yang merupakan hanya suatu idea, demikian juga tentang hak. Ia hanya sesuatu permainan fikiran dan tidak dapat dibuktikan dengan apa-apa. Maksud sebenar hak itu tidak lain daripada desakan berbunyi ‘berikan aku apa yang aku hendak kerana aku telah membuktikan aku lebih kuat daripada engkau’.

Oleh sebab kebebasan dan hak itu adalah sesuatu yang abstrak, maka orang ramai akan sangat sulit membezakan pihak mana yang lebih benar apabila ada dua kumpulan yang sama kuat dan sama-sama mengatakan kumpulan mereka lebih memperjuangkan kebebasan dan hak berbanding dengan kumpulan yang dilawannya.

Dalam keadaan itu orang ramai akan jatuh ke dalam permainan konspirasi oleh sepihak yang hendak menjatuhkan yang berkuasa pada pihak yang lain. Dalam konspirasi itu kebebasan dan hak dibiarkan dalam keadaan abstrak melalui pelbagai medium yang paling hampir dengan orang ramai.

Antara medium konspirasi yang berkesan termasuklah isu penindasan kaum, isu tuntutan dan kehendak agama, kebebasan media massa, pembebasan gaya hidup, gangguan terhadap sempadan peribadi, intipan-intipan dan gangguan-gangguan terhadap kehidupan individu, kepentingan ekonomi, ujian persenjataan, eksploitasi kepercayaan tahyul dan sebagainya.

Tujuan utama konspirasi adalah untuk tidak membiarkan sesuatu masyarakat itu aman dan ada establishment yang mentadbir lama. Jika mereka dibiarkan mentadbir lama, mereka akan mempunyai kepandaian dan kreativiti sedangkan perancang ini mahu semua masyarakat bergantung pada penasihat-penasihat mereka yang telah dilatih untuk menguasai sesuatu masyarakat sasaran supaya patuh kepada kehendak pihak yang melantik penasihat itu.

Dalam konteks negara Malaysia, establishment yang sudah terlalu lama mentadbir hendaklah diganti kerana sudah ada tanda-tanda masyarakat Malaysia ingin berdikari daripada apa jua unsur penjajahan dari luar.

Contohnya, walau pun didesak oleh kuasa besar, Malaysia masih berani melewat-lewatkan keputusan menandatangani Perjanjian Dagangan Bebas dengan kuasa besar Amerika Syarikat.

Malaysia juga belum pasti akan melaksanakan undang-undang anti-trust bagi meliberalkan halangan perdagangan atau barrier to trade yang memberi perlindungan kepada usahawan-usahawan dan korporat tempatan.

Apabila diteliti isu-isu yang dipermainkan di Malaysia sekarang, hendak tidak hendak perasaan seperti mengesahkan apa yang terkandung di dalam Protokol itu. Tuntutan supaya kerajaan yang ada mesti diganti kerana telah terlalu lama memerintah, kerajaan yang ada ini diktator, kerajaan yang ada telah menyalahi tuntutan agama, tiadanya kebebasan hidup di bawah pentadbiran pihak berkuasa semasa dan yang lainnya seperti dijadikan tema utama dalam aktiviti hubungan awam pihak penentang.

Protokol juga menyebutkan supaya disemaikan pula perasaan rasa bersalah di kalangan ahli pihak yang memerintah. Dikatakan apabila ahli-ahli di kalangan yang memerintah mulai resah dan rasa bersalah terhadap apa yang mereka telah lakukan, di situlah bermulanya tanda kejatuhan mereka. Mereka akan saling salah-menyalahkan antara satu sama lain dalam kumpulan pemerintah.

Ada di kalangan ahli mereka yang akan menjadi belas kasihan, membelai dan memberi jalan kepada yang menentang mereka, sebaliknya yang menentang tidak akan sekali-kali membalas dengan balasan yang sama sehingga mereka dapat merampas kuasa itu.

Pihak yang menentang pula biasanya miskin dari segi sumber. Dalam keadaan miskin sumber, mereka akan sentiasa dahagakan penajaan tanpa mengira dari mana datangnya penajaan itu. Apa yang halal dan tidak halal bukan menjadi persoalan lagi kerana semuanya itu dinamakan sebagai kebijaksanaan siasah demi mencapai kebenaran dan kebaikan yang lebih agung.

Sebarang suara atau usaha yang menimbulkan soal suci atau tidak sucinya sumber tajaan akan diperkecil sebagai orang bodoh yang tidak mengerti kebijaksanaan siasah itu.

Selepas establishment dijatuhkan dan establishment yang baru ditabalkan nanti, tangan tidak kelihatan ini dikatakan akan tidak mempercayai establishment baru itu. Mereka akan pastikan adanya kepelbagaian aliran dalam establishment baru supaya kestabilan, musuh utama perancang ini, tidak akan wujud untuk tempoh yang lama.

Dalam keadaan tidak stabil itu kumpulan-kumpulan yang lemah itu akan sekali lagi memerlukan sumber kekuatan luar. Pada ketika itulah tangan tidak kelihatan ini akan menguasai sepenuhnya establishment baru itu. Kebebasan yang diimpikan itu akhirnya kekal sebagai suatu ilusi.

Benar atau tidak Protokol itu ditulis oleh kumpulan yang disebutkan tidaklah menjadi penting. Apa yang penting ialah jangan sampai terjadi kebebasan yang dituntut itu bukan kebebasan yang hakiki dan datang dari naluri suci rakyat tetapi ia datang dari naluri kapitalis antarabangsa yang akan menjadi pemerintah baru di Malaysia.

Lupakah kita kepada peristiwa menyaksikan seorang pemimpin negara jiran kita yang begitu besar, kaya dan kuat menandatangani perjanjian menyerahkan kuasa ekonomi negara merdeka dan berdaulat itu untuk diwarnakan oleh sebuah badan dunia yang tidak pernah diundi oleh rakyat negara itu?

Lupakah kita lupa kepada gambar ketua badan tidak demokratik dunia itu bercekak pinggang semasa penyerahan kuasa itu ditandatangani oleh ketua negara tersebut, mungkin dengan tangan terketar-ketar?

Negara ini bukan milik saya seorang. Masing-masing kita warnakanlah ia mengikut warna yang meyakinkan semua warganya.

TAN SRI DR. NORDIN KARDI ialah Penyandang Kursi Za‘ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Thursday 14 July 2011

Urus Kebun Sayur 24 Hektar

Zulkarnain Sahudin menunjukkan buah petola yang ditanam di kebunnya di Kampung Mandah, Kuala Kangsar.

Bidalan 'ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi' adalah amat tepat bagi menggambarkan kisah anak muda yang bertekad untuk berbudi ke pada tanah.

Jika dahulu, Zulkarnain Sahudin, 33, lebih kerap turun ke kebun sayur kerana mengikut ayahnya, tetapi kini beliau mempunyai tanggungjawab lebih besar bagi memastikan usaha yang dirintis ayahnya itu terus berjaya.

Hari ini, beliau bukan sahaja seorang pekebun sayur tetapi pengurus ladang yang bertanggungjawab ke atas enam pekerja, termasuk ahli- ahli keluarganya.

Walaupun pernah berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah kilang swasta hingga menjadi seorang penyelia, namun, akhirnya beliau balik ke kampung untuk menjadi petani moden.

Bermula pada keluasan 1.35 hektar kira-kira 15 tahun lalu dengan tanaman timun, Zulkarnain tidak menoleh kebelakang dan terus menambah keluasan tanaman sayurnya sehingga mencapai keluasan 24 hektar.

Kebun sayur yang diusahakan secara Ladang Kontrak dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dilengkapi ke mudahan air titis untuk menyiram tanaman secara sistematik.

''Saya buat berperingkat dan sepanjang tempoh itu melalui pelbagai masalah tetapi melihat kepada kehijauan serta hasil yang terbentang di depan mata menguatkan lagi semangat untuk terus maju," katanya.

Menurutnya, masalah tetap ada selepas benih ditanam seperti ancaman penyakit, lambakan sayuran di pasaran dan cuaca. Bagaimanapun tegas beliau, itu semua asam garam perlu ditempuhi walaupun adakalanya menyebabkan kerugian.

Bercerita lanjut, Zulkarnain memberitahu, ladangnya kini ditanam dengan timun, petola, terung panjang dan bulat, peria dan labu air.
Ia akan ditukar ke tanaman sayuran lain bergantung kepada kesesuaian dan pasaran semasa.

Dalam mengendalikan ladangnya itu, beliau menggunakan enam orang pekerja tetap dan dibantu bapa serta isterinya. ''Saya sendiri akan turun ke ladang dari pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum di sambung dari pukul 3 hingga 7 petang setiap hari," katanya.

Bagi mewujudkan kemudahan asas di ladangnya, beliau telah membelanjakan sebanyak RM200,000 bagi membina sistem air titis dan RM160,000 bagi membersihkan kawasan ladang menerusi pinjaman daripada Agro Bank.

Mengenai tanah yang diguna kan bagi ladang tersebut, beliau menerangkan, ia merupakan kawasan tanah terbiar di Kampung Mandah yang disewa daripada pemiliknya.

Zulkarnain berkata, beliau banyak mendapat bantuan dan khidmat nasihat daripada pejabat pertanian seperti membenih dan teknik-teknik menjaga bagi memajukan ladangnya.

Di samping itu, kerjasama daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Senggang, Manong turut membantunya untuk terus maju.
Menurut ayah kepada empat anak itu, 50 peratus daripada sayurnya dijual melalui FAMA dan baki dijual di pasar Kuala Kangsar, Sungai Siput, Selayang, Kuala Lumpur, Parit dan pasar harian.

''Sehingga ini masalah pasaran tidak timbul kerana telah membuat perjanjian bersama FAMA dan permintaan daripada peniaga harian juga menggalakkan. ''Selalunya peraih datang sendiri ke ladang mendapatkan bekalan sayur," katanya.

Zulkarnain berkata, beliau pernah mengalami kerugian hampir RM50,000 akibat serangan penyakit pokok. Menurutnya, beliau sedia memberi nasihat kepada golongan belia dan lepasan institut pengajian tinggi (IPT) untuk menceburi bidang itu kerana rezeki berada di mana-mana asalkan sanggup berusaha dengan gigih.

Sementara itu, Zulkarnain turut meminta pihak berkuasa membina jalan tar sejauh empat kilometer menghubungkan ladangnya ke jalan utama serta mendalamkan anak sungai berhampiran ladangnya itu.

Mereka yang ingin berkongsi maklumat atau melihat sendiri ladang sayur boleh menghubungi Zulkarnain di talian 014-9402498.