Klik! iklan Nuffnang tanda sokong blog ini. Terima kasih.

Saturday 5 November 2011

UMT Giatkan Penanaman Roselle

Antara yang terlibat dalam membantu penyelidikan Roselle Delight di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu dari kiri: Ho Jia Wei( pelajar tahun akhir) Aniza Draman (Penolong Pegawai Sains) dan Wan Nor Haryani Wan Mohamad (Penolong Pegawai Teknologi Makanan.

Industri berasaskan rosel bukan baru di negara ini malah satu ketika dulu ia pernah menjadi satu tanaman fenomena yang begitu menarik perhatian dan menjana pertumbuhan banyak syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana (IKS).

Rosel atau segelintir masyarakat memanggilnya asam paya, asam kumbang dan asam susur dikatakan berasal dari India atau mungkin Afrika dan dibawa ke negara ini sejak tiga kurun lalu.

Daripada segi botani, rosel atau nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa L. berada dalam keluarga yang sama dengan bunga raya, kenaf dan bendi.

Pokok rosel ditanam daripada biji benih atau keratan batang. Apabila matang ia mampu mencapai ketinggian antara tiga hingga lima meter (m).

Pokok rosel mengeluarkan bunga sepanjang tahun yang berwarna kuning dan merah jambu bergantung kepada varieti.

Kaliksnya (salut bunga) berwarna merah gelap dan lebih tebal berbanding bunga raya. Rosel sebenarnya tumbuhan yang istimewa dan boleh dianggap sebagai pokok serba guna.

Bahagian kaliksnya yang masam boleh diproses menjadi makanan dan minuman seperti jus, kordial, halwa, jeli, jeruk dan rosel kering yang dijadikan serbuk atau kepingan dalam penyediaan minuman rosel.

Daun dan batang muda rosel boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan juga perisa dalam masakan seperti kuah kari, asam pedas dan kuah singgang.

Industri tanaman rosel berkembang dengan cepat mungkin disebabkan kaedah penanamannya yang mudah dan pada masa yang sama, hampir semua bahagian pokoknya boleh dimanfaatkan.

Ini mendorong kepada banyak penghasilan produk makanan berasaskan rosel dan akhirnya mendorong kepada penyelidikan-penyelidikan baru untuk menambah varieti (kepelbagaian baka) tanaman tersebut.

Menyedari banyaknya peluang ekonomi yang dapat dijana daripada tanaman tersebut , Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengambil langkah proaktif menubuhkan kumpulan penyelidikan dikenali sebagai Roselle Special Interest Group (RSIG) pada tahun 2010.

Penubuhan kumpulan tersebut adalah bertujuan memberi pembaharuan dan nilai tambah terhadap industri rosel di negara ini.

Untuk tujuan itu, RSIG yang diketuai oleh Prof Dr. Sayed Mohd. Zain Sayed Hasan yang juga Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM) , UMT membahagikan kepada empat bidang penyelidikan utama iaitu agronomi, lepas tuai, penghasilan produk makanan dan pemakanan imunologi.

Berdasarkan empat bidang keutamaan dengan kepakaran 40 orang daripada pelbagai disiplin ilmu, RSIG menggerakkan kumpulan penyelidiknya bagi setiap bidang berkenaan.

Ini termasuk mengusahakan penanaman rosel di Stesen Pembangunan Komoditi Rhu Tapai, Lembah Bidong hasil kerjasama dengan Jabatan Pertanian Terengganu.

Penanaman diusahakan di tanah BRIS yang melibatkan varieti terpilih termasuk tiga varieti baru hasil penyelidikan Prof. Dr. Mohamad Osman , bekas penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berjaya menghasilkan varieti rosel UKMR-1, UKMR-2, UKMR-3 .

Baka lain yang turut ditanam ialah Terengganu dan Arab. Sehingga kini, sembilan produk berjaya dihasilkan kumpulan berkenaan.

Antaranya, jeruk rosel yang dihasilkan menerusi penyelidikan Dr. Mohd. Nizam Lani, Roshita Ibrahim, Goh Yoke Hoon, Nurul Atiqah Ramli Nasrenim Suhaimin , Suzana Mat Saad dan Suhana Muhamad Hanidun.

Jeruk rosel berkenaan berasa masam manis dan teksturnya yang rangup boleh dimakan begitu sahaja. Kumpulan tersebut juga berjaya menghasilkan kek lapis kaya rosel menggunakan kaliks.

Penyelidikan tersebut dijalankan bersama oleh Aziz Yusof, Wan Hafiz Zainal Shukri, Fisal Ahmad, Siti Nur Afiffah Jaafar dan Zamani Mohamed.

Satu lagi produk yang tidak kurang hebatnya ialah Roselle Delight iaitu aiskrim yang mempunyai rasa masam manis tanpa pewarna dan bahan pengawet sebaliknya mengandungi vitamin C, kaya dengan antioksidan dan rasanya yang unik.

Ais krim tersebut dihasilkan menerusi penyelidikan Dr. Amir Izzwan, Mohd. Zaidi Yahaya, Wan Nor Haryani Wan Mohamad, Aswardy Hamzah dan Dayang Normiah Mohamad.

Selain itu roselle crunch turut dihasilkan iaitu biskut yang diadun dengan teliti menggunakan rosel. Biskut tersebut merupakan hasil penyelidikan Fadina Yusof, Faridah Mohd. Isa dan Dr Sayed Mohd. Zain.

Sesuai dengan populariti rosel di Terengganu, sekumpulan penyelidik berjaya menghasilkan Te'ro (Terengganu Rosel leather bar). Ia merupakan snek ringan , mengekalkan rasa semulajadi rosel dan tanpa bahan tiruan.

Ia merupakan produk hasil penyelidikan Fisal Ahmad, Mohd Zaidi Yahya, Zuraidah Nasution, Wan Nor Haryani Wan Mohamad dan Dayang Normiah Mohamad.

Malah , penyelidikan makanan berasaskan rosel semakin berkembang dengan adanya produk seperti, yogurt, bebola ikan rosel, kek lapis rosel, kek cawan rosel dan tat telur rosel.

1 comment:

  1. Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Glory Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete