Kacang panjang merah adalah sejenis tanaman memanjat sama seperti kacang panjang hijau.
Kita biasa melihat dan makan kacang panjang yang berwarna hijau. Baru-baru ada dijual kacang panjang merah pula.
Varieti ini berasal dari selatan China dan dikenali sebagai changjiang dou, cheung kung tau, Chinese Red Noodle Bean atau asparagus bean.
Kacang panjang merah (Vigna unguiculata subsp. sesquipedalis) tergolong dalam famili Fabaceae.
Kacang panjang merah juga adalah sejenis tanaman memanjat sama seperti kacang panjang hijau cuma berwarna merah.
Namun, warna merah akan hilang setelah dimasak. Ia boleh memanjat sehingga dua dan tiga meter tinggi. Kacang ini sesuai dimasak atau dijadikan ulam sahaja. Rasanya manis sedikit dan rangup seperti asparagus.
Tanaman ini kaya dengan sumber protein, vitamin A dan C, thiamin, riboflavin, zat besi, fosforus, magnesium dan mangan.
Amalan pengambilan sayur kacang panjang sebagai makanan harian boleh membantu kita terhindar daripada beberapa jenis penyakit, antaranya serangan jantung, masalah sembelit, kurang darah, anemia dan sakit pinggang.
Ia juga memainkan peranan sebagai antibarah dan antioksidan (awet muda).
Penyediaan kawasan
- Kacang panjang merah sesuai ditanam di kawasan yang bersaliran baik, tanah tidak terlalu berair, dan pH tanah antara 5.5 dan 6.5.
- Batas berukuran satu meter lebar dan panjang mengikut keluasan kawasan. Gaul dan gemburkan tanah bersama kompos dan baja organik (tahi ayam).
- Jarak penanaman yang disyorkan ialah antara 50 dan 60 sentimeter (sm) antara pokok dan antara baris.
- Kayu junjung 5 dan 6.5 kaki (tinggi) dan trilles perlu disediakan juga kerana kacang panjang merah adalah jenis tanaman memanjat.
- Batas sebaiknya ditutup dengan plastik silver shine sebagai sungkupan untuk kawalan rumpai dan kekalkan kelembapan tanah.
Penanaman
- Penanaman boleh dibuat melalui biji benih.
- Dua kaedah penanaman sama ada semaian atau tanam terus.
- Biji benih akan pula bercambah pada hari kedua selepas ditanam, dan boleh mula dipindahkan pada hari ke lapan hingga kesepuluh.
- Bagi kaedah tanam terus, dua atau tiga biji benih akan ditanam dalam satu lubang.
- Pada hari kelapan, jika terdapat lebih daripada satu anak pokok yang tumbuh kerja penjarangan perlu dilakukan. Tinggalkan satu sahaja anak pokok yang paling sihat dalam setiap lubang tanaman.
Pengairan
- Pengairan perlu diberi dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan. Sebaiknya, sumber air yang digunakan adalah air yang bersih tanpa klorin.
- Cara pengairan bergantung pada pengusaha sama ada secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis atau titis.
Pembajaan
- Pembajaan kali pertama akan diberikan pada minggu kedua selepas menanam dengan kadar 50 gram (g) per pokok.
- Baja kali kedua, pada minggu keempat sebanyak 50 hingga 80g setiap pokok.
- Baja kali ketiga, pada minggu ketujuhsebanyak 80 hingga 100g per pokok.
- Baja yang digunakan mestilah baja organik sama ada baja yang dibeli atau baja buatan sendiri.
- Jika baja dari kilang, ikut kadar yang telah disyorkan. Ini kerana ada sesetengah baja dalam bentuk larutan pekat dan perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
- Bagi yang membuat baja organik sendiri, baja boleh disembur seminggu sekali untuk pertumbuhan pokok yang baik.
Kawalan rumpai
- ine' sedikit sebanyak telah membantu mengawal pertumbuhan rumpai.
- Seminggu sekali rumpai perlu dibuang. Ini kerana rumpai adalah musuh utama tanaman dalam persaingan untuk mendapatkan makanan, ruang dan cahaya matahari. Selain itu, rumpai boleh menjadi tempat pembiakan serangga perosak jika dibiarkan tanpa kawalan.
- Kerja merumpai boleh dilakukan di sekeliling pokok dan mesin rumput di luar batas tanaman.
Kawalan perosak dan penyakit
- Bagi kacang panjang merah, serangan ulat pengorek buah adalah masalah utama. Sembur racun organik buatan sendiri atau yang dibeli bermula pada minggu kelima selepas menanam.
- Pada minggu tersebut bunga telah berkembang dan buah muda akan muncul. Lalat buah akan mula berkeliaran di kawasan penanaman untuk bertelur.
- Sembur racun seminggu sekali. Pemantauan yang teliti dan kerap sangat penting untuk mengawal serangan perosak dan penyakit.
- Ada juga masalah penyakit mati rosot yang disebabkan saliran kawasan yang teruk. Tanah yang berair tidak sesuai untuk tanaman kacang panjang merah.
- Ulat pelombong daun boleh diatasi dengan menyembur racun organik cili padi, lada hitam dan juga sabun pada daun yang terkena serangan.
Penuaian
- Hasil boleh mula dituai selepas 45 hingga 60 hari ditanam. Kacang panjang yang matang biasanya bersaiz antara 25 dan 45 sm panjang.
- Kutip hasil setiap dua atau tiga kali hari sekali. Pengeluaran hasil akan berterusan selama sebulan, bergantung pada kesuburan pokok.
No comments:
Post a Comment