Proses tersebut boleh berlaku dengan sendirinya seperti dalam hutan (pereputan lambat) atau dengan bantuan manusia supaya aktiviti pereputan berlaku dengan lebih cepat.
Kehadiran organisma yang banyak seperti cacing, kulat, bakteria, larva kumbang dan sebagainya akan membantu mempercepatkan proses pereputan kompos.
Organisma ini boleh hadir secara semula jadi atau dengan bantuan manusia seperti penambahan EM (effective microb). Kompos biasanya digunakan dalam bidang pertanian, landskap, hortikultur dan juga taman-taman bunga.
Ia memberikan berbagai-bagai faedah antaranya sebagai perawat tanah semulajadi, baja sampingan, humus tambahan dan juga sebagai racun semulajadi di dalam tanah.
Kompos mampu dihasilkan sendiri kerana cara membuatnya sangat mudah. Selain faedah kompos yang pelbagai guna, secara tidak langsung kita juga dapat mengurangkan masalah lambakan sampah di negara ini.
Fungsi
- Meningkatkan dan mempertahankan kesuburan tanah dengan memperbaiki sifat kimia, sifat fizik dan sifat biologi tanah.
- Menggembur dan menambah bahan organik ke dalam tanah.
- Meningkatkan daya serapan air dan mineral dlm tanah.
- Membekalkan sumber makanan kepada mikroorganisma dalam tanah bagi membolehkan mikroorganisma bergerak lebih aktif.
- Membolehkan tanah mempunyai pH yang sesuai untuk tanaman.
- Membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan menukarkan sampah sarap kepada bahan yang lebih berguna.
- Boleh menjadi medium semaian biji benih tanaman.
- Air kompos boleh dijadikan baja foliar dan disembur terus pada tanaman.
Karbon (C) sebagai sumber tenaga untuk aktiviti mikrob yang akan menghasilkan haba. Contoh bahan sumber C ialah jerami padi, habuk papan, rumput/daun kering, tongkol jagung dan lain-lain.
Nitrogen (N) untuk pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisme yang terlibat. Contoh sumber N ialah bahan tanaman yang masih segar seperti daun pangkasan dan rumput yang masih hijau, kulit buah-buahan, sisa serbuk teh, kopi, sisa ternakan, sisa tulang, kulit telur dan sisa sayuran.
Oksigen perlu untuk pengoksidaan C oleh mikroorganisme.
Air diperlukan untuk mengekalkan kelembapan bahan kompos supaya aktiviti mikrob tidak terganggu. Antara 60 dan 70 peratus kelembapan adalah yang paling sesuai untuk mikrob.
Elak kekurangan oksigen dan kelembapan yang berlebihan kerana ini akan menggalakkan aktiviti anaerobik. Aktiviti anaerobik akan mengeluarkan bau yang busuk.
Tips membuat Kompos
Nisbah kuantiti yang disyorkan antara sumber C dan N yang disyorkan ialah 30:1. Jika terlalu banyak sumber C, proses pereputan akan berlaku sangat perlahan, manakala jika berlebihan sumber N, kompos yang terhasil berbau busuk.
Kerap membalik-balikkan kompos untuk pengudaraan kepada mikroorganisme. Ini membolehkan proses pereputan berlaku lebih cepat. Mana-mana bahagian yang kering/kurang lembab, siram air untuk kekalkan kelembapan kompos.
Kekalkan kelembapan kompos supaya aktiviti mikrob lebih efisien. Peratus kelembapan yang sesuai ialah antara 60 dan 65 peratus.
Susun semua sumber C dan N secara berselang-seli untuk mempercepatkan proses pereputan. Potong bahan yang bersaiz besar atau keras kepada saiz yang lebih kecil. Lebih besar permukaan bahan terdedah, akan lebih mudah proses pereputan berlaku.
Tambah jumlah mikroorganisma yang efektif seperti EM yang boleh didapati di pasaran. Ini akan membantu mempercepatkan lagi proses pereputan dan secara tidak langsung akan menyuburkan tanah.
Jika ada, tambah tanaman jenis kekacang kerana ia kaya dengan nitrogen yang mampu menambahkan lagi kuantiti mikrob dalam kompos.
Jangka masa membuat Kompos
Biasanya kompos akan matang dalam masa antara empat dan enam bulan. Namun ada juga yang boleh mencapai hingga setahun atau lebih.
Tempoh matang sebenarnya bergantung kepada dua faktor iaitu:
1) Bahan yang digunakan untuk membuat kompos. Jika banyak bahan bertekstur keras seperti ranting tanaman, masa yang diambil untuk mereput lebih lama.
2) Kuantiti bahan. Jika banyak bahan, proses pereputan mengambil masa yang lebih panjang.
Ciri-ciri Kompos yang matang
- Berwarna gelap seperti tanah.
- Tidak berbau.
- Semua bahan yang digunakan sudah tidak dapat dikenal pasti.
- Tekstur yang lembut dan ringan.
- Daya penyerapan air tinggi.
Kompos boleh dibuat dengan berbagai cara. Antara yang biasa dan mudah dilakukan ialah cara timbunan. Selain itu ada pelbagai jenis alat yang direka khas untuk membuat kompos seperti aerobin, compost tumbler, rotocomposter dan mantis compost-Twin composting bin.
Setiap alat ini bertujuan mempermudahkan kita membuat kompos sendiri di rumah. Selamat mencuba..
Terima kasih. Sangat bermanfaat.
ReplyDeleteTerima kasih. Sangat bermanfaat.
ReplyDeleteTerima kasih. Sangat bermanfaat.
ReplyDeleteTerima kasih. Sangat bermanfaat.
ReplyDelete