Klik! iklan Nuffnang tanda sokong blog ini. Terima kasih.

Monday, 30 May 2011

Ternakan Ikan Siakap



IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar.

Berikutan permintaan yang baik dan teknologi yang agak kehadapan berbanding ikan marin lain, aktiviti menternak spesis siakap terus mendahului dalam komoditi akuakultur ikan marin negara ini.

Di Malaysia, spesies ini adalah satu spesies yang paling banyak diternak di sangkar-sangkar terapung dan juga kolam air payau sama ada di perairan Semenanjung atau pun Sabah dan Sarawak.

Ia diternak di sangkar terapung sama ada di laut terbuka, muara sungai, teluk, lagun dan juga hilir sungai. Selain itu, ikan dari jenis pemangsa ini juga cepat membesar dan boleh mencapai saiz antara 1.5 kilogram hingga dua kilogram dalam tempoh setahun.

Ikan siakap putih adalah bersifat hemaprodite protandri iaitu ia berlaku pertukaran jantina pada peringkat umur dan saiz tertentu. Ikan siakap putih matang dengan jantina jantan dahulu dan akan bertukar menjadi betina.

Pada berat antara 1.5 hingga 2.5 kilogram kebanyakan ikan siakap putih adalah jantan namun apabila ia mencapai berat antara empat dan enam kilogram kebanyakan akan bertukar menjadi betina.

Dari segi fizikal muncung ikan, siakap putih jantan sedikit berlengkok sementara ikan siakap putih betina berbentuk lurus. Bentuk badan ikan jantan lebih pipih berbanding ikan betina.

Pemilihan tapak

Kriteria utama untuk pemilihan tapak sangkar perlu mengambil kira faktor seperti kedalaman air, arus, ombak, angin, dasar laut, ancaman pencemaran, ancaman haiwan perosak dan kemudahan prasarana.

Parameter berikut boleh dijadikan sebagai panduan dimana julat optimum untuk kedalaman air adalah melebihi 10 meter (m), arus antara 20 dan 50 sentimeter (sm) sesaat, ketinggian ombak kurang dari dua meter, kelajuan angin kurang dari 17 m sesaat dan dasar laut hendaklah rata serta tidak berbatu.

Reka bentuk sangkar

Komponen utama sangkar HDPE 6m X 6m ialah rangka sangkar yang juga bertindak sebagai pelampung, pagar, pukat laluan pejalan kaki, sistem sauh serta ruang yang mencukupi untuk pejabat, bilik tidur, dapur, setor, tandas mesra alam dan stor makanan ikan.

Susun atur sangkar serta peralatannya mestilah mengambil kira kesannya terhadap keselamatan sangkar dan ikan di samping keselesaan untuk menjalankan kerja - kerja pengurusan harian.

Komponen utama dan spesifikasi asas sangkar HDPE 6m X 6 m sangkar : saiz mata pukat 1 - 2 ", sauh dari bongkah konkrit seberat empat tan sebanyak 14 buah.

Kedalaman tali sauh adalah tiga kali kedalaman air manakala batu pemberat pukat antara 20 dan 30 kg setiap satu dan pelantar kerja 15m X 7 m terdiri dari kayu cengal.

Pengurusan ternakan

Pengurusan ternakan terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat pertama menghasilkan ikan bersaiz 0.6 kg untuk dipasarkan secara hidup dan sejuk beku dan peringkat kedua untuk menghasilkan ikan bersaiz 2.5 kg untuk dijadikan produk filet.

Bagi peringkat pertama benih berukuran 8 - 10 sm atau 10 g diternak hingga 10 bulan untuk mendapat saiz 0.6 kg. Selepas itu baki ikan boleh diternak untuk peringkat kedua selama 14 bulan. Kepadatan ikan untuk peringkat awal adalah 5,000 ekor berbanding 1,500 ekor untuk peringkat kedua.

Keperluan mutu air

Mutu air adalah faktor tekanan terhadap ikan ternakan. Mutu air yang stabil akan meningkatkan kadar hidup dan tumbesaran ikan. Kawalan kualiti air dilakukan dari masa ke semasa dengan memastikan parameter air pada saliniti 10 hingga 30 bahagian perseribu (ppt), oksigen terlarut empat hingga sembilan bahagian perjuta (ppm), suhu antara 28-30 °C dan pH (kemasaman) antara 7.5 hingga 8.5, kandungan ammonia kurang dari satu ppm, turbiditi (kekeruhan) kurang dari 10 ppm dan hidrogen sulfida kurang dari 0.3 ppm.

Penentuan jantina

Penentuan seks atau jantina ikan siakap agak sukar untuk dikenal pasti, kecuali semasa musim pembiakan. Namun begitu terdapat beberapa ciri yang boleh dipraktikkan bagi penentuan jantina yang mana muncung bagi ikan jantan agak lengkung sedikit, manakala bagi ikan betina muncungnya agak lurus.

Ikan jantan mempunyai badan yang lebih ramping berbanding ikan betina. Berat ikan betina lebih tinggi berbanding ikan jantan bagi ikan yang sama saiz. Sisik yang hampir dengan kloaka adalah lebih tebal bagi ikan jantan berbanding ikan betina semasa musim pembiakan. Semasa musim pembiakan, abdomen ikan betina menjadi lebih kembung berbanding ikan jantan.

Pemakanan

Makanan adalah antara faktor terpenting dalam pengurusan kolam ternakan. Benih-benih ikan perlu diberi makan empat kali sehari dari pagi hingga petang sehingga kenyang atau ad libitum (sehingga ikan kenyang atau berhenti makan).

Teknik pemberian makanan adalah penting bagi memastikan pengambilan makanan yang sempurna oleh ikan. Pemberian makanan yang lebih kerap dengan kuantiti yang sama adalah digalakkan untuk memberi peluang kepada setiap individu ikan mendapatkan makanan tersebut.

Jenis makanan yang sesuai adalah pelet terapung yang mengandungi antara 40 dan 45 peratus protein sesuai dengan tabiat ikan siakap yang suka mengambil makanan di ruang air dan juga makanan yang terapung di permukaan.

Penyakit

Kematian ikan adalah satu faktor yang menyebabkan kerugian dalam aktiviti perikanan. Ikan merupakan organisme poikiloterma yang mana suhu badannya bergantung kepada suhu sekitar (air). Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat ia akan menyebabkan renjatan dan seterusnya menyebabkan ikan menjadi lemah.

Populasi ikan yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan kemerosotan mutu air. Makanan yang kurang atau tidak sesuai boleh melemahkan dan menyebabkan kematian ikan.

*Petikan dari Utusan Malaysia.

Sunday, 29 May 2011

Bakar Satay di Jom Gempau Melaka 2011


Kawan sedang membakar satay di Karnival Jom Gempau Melaka 2011. Memang berasappp.. hehe..

Friday, 27 May 2011

Booth La Dolce Cik Noor di Jom Gempau Melaka 2011



Booth La Dolce Cik Noor di Karnival Jom Gempau Melaka 2011. Menu istimewa kami.

1. Nasi Ayam Percik
2. Satay
3. Otak Otak Melaka
4. Coconut Shake
5. Ice Blended

Kepada pengunjung pengunjung Jom Gempau Melaka 2011 jangan lupa singgah singgah ler di booth kami. OK.

Thursday, 26 May 2011

Pameran IT di Dataran Pahlawan




Perkara : Melaka IT Fair
Tarikh : 27hb - 29hb Mei 2011
Masa : NA
Tempat : HATTEN Square, Dataran Pahlawan, Bandar Hilir.

Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia. Ronda ronda ler..

Tuesday, 24 May 2011

Peluang kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA



Perkara : Permohonan Terbuka ke Institusi Pendidikan MARA
Tahap : Sijil / Diploma / Ijazah

Tarikh : 26hb - 27hb Mei 2011
Masa : 9.00pg - 5.00ptg
Tempat : Hang Tuah Mall di hadapan Plaza Usahawan

Rebutlah peluang keemasan ini. Jemput singgah ler..

Monday, 23 May 2011

Ayam Pedaging

Bagi tumbesaran yang baik, ayam pedaging perlu mendapat ruang lantai yang cukup selain makanan dan minuman berkhasiat mengikut peringkat umur.

Ayam atau dikenali dengan nama saintifik Gallus gallus domesticus berada dalam famili Phasianidae. Ayam pedaging adalah ayam yang dibiakkan khusus untuk menghasilkan daging dengan cekap. Baka Cobb, Arbor Acre dan Ross Hubbard, Lohmann Isa Vedette adalah yang biasa dipelihara.

Ternakan yang diuruskan dengan betul melalui persekitaran yang selesa akan membesar dengan baik malah memberi pulangan yang maksimum. Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakkan kerana ianya akan menjejaskan produktiviti ayam dan mengurangkan ketahanan melawan penyakit. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi.

Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai, ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakan stres dan pembaziran, juga memastikan keseragaman pembesaran.

Sistem pemeliharaan dan perumahan

Reban ayam dibina supaya mudah untuk diurus. Selain itu ia dapat melindungi ayam daripada ancaman cuaca seperti hujan, panas serta gangguan daripada anjing, kucing, musang dan manusia. Secara komersial, terdapat tiga sistem pemeliharaan ayam pedaging iaitu sistem intensif, separa intensif dan integrasi. Perbezaan sistem ini adalah dari segi keluasan kawasan, kepadatan ayam, perumahan dan sistem pengurusan. Dalam sistem intensif pula terbahagi kepada sistem sarap tebal dan sistem berlantai tinggi.

Sistem sarap tebal

Sistem ini menggunakan lantai simen dan bahan sarap seperti ketaman kayu, sekam, jerami padi, kulit kacang dan hancuran tongkol jagung. Habuk kayu tidak digalakkan kerana ia mudah menyekat lubang hidung apabila ayam mematuk sarap ini dan menggangu pernafasannya.

Pada peringkat awal sarap setebal 7 - 10 cm disyorkan agar ia tidak menutupi dan menghalang pergerakan anak ayam. Setiap 1,000 ekor ayam memerlukan 35 - 40 guni bahan sarap. Kelebihan bahan sarap ini bertindak sebagai penebat dan mengawal suhu dalam reban. Namun jika tidak diurus dengan baik boleh menimbulkan penyakit Koksidiosis dan Aspergilosis.

Sistem berlantai tinggi

Sistem ini terdiri daripada sistem terbuka mempunyai sokongan berkaki dan ruang lantai yang luas. Dalam sistem ini najis akan jatuh kebawah dan tidak bersentuhan dengan ternakan dan mengurangkan jangkitan penyakit. Pengudaraan bagi reban adalah baik dan dapat menampung bilangan ayam yang banyak. Ukuran yang dicadangkan ialah: 25 kaki x 200 kaki untuk 1 reban. Saiz bagi satu ekor ayam dewasa ialah 1 kaki persegi.

Peringkat Perindukan (Brooding)

Proses ini adalah jangkamasa penjagaan anak ayam selama 2 minggu dalam memastikan keseragaman tahap perkembangan fizikal dan fisiologi serta kematian. Anak ayam akan dibekalkan denagan haba, udara, makanan dan minuman yang mencukupi. Bekas minuman yang berisi air perlu dicampurkan dengan gula atau glukus sebanyak 50 - 80 g/l air untuk tempoh 6 - 8 jam pertama dan perlu di beri selama dua hari.

Ia bertujuan untuk membekalkan tenaga kepada ayam. Selain itu air juga boleh ditambah dengan larutan vitamin seperti Sorbitol 92 cc/l) atau Biogreen (1 cc/l). Suhu dalam reban perlu dikawal sepanjang masa perindukan antara 28 - 31 ?C di mana suhu ini semakin berkurang apabila umur ayam meningkat.

Peringkat Tumbesaran

Pada peringkat ini peralatan yang digunakan adalah sama ketika peringkat permulaan. Cuma palung makanan hendaklah diganti dengan bekas jenis gantung dan perlu dilaras mengikut ketinggian ayam. Pemakanan dan pemvaksinan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual.

Pemakanan

Pemakanan adalah salah satu faktor yang terpenting yang perlu dititikberatkan. Ini adalah kerana 2/3 dari kos pengeluaran adalah daripada makanan dan harus memastikan tiada pembaziran berlaku ketika memberi makan atau ketika menyimpannya.

Dua jenis makanan diperlukan iaitu makanan permulaan (starter) berumur 1 - 21 hari dan makanan pengemukan/pertumbuhan (grower) pada umur 15 - 39 hari. Jika pasaran memerlukan ayam bersaiz besar maka makanan penghabisan (finisher) perlu diberikan ketika umur 40 hari hingga dijual. Makanan diberi tanpa had (ad lib) atau tidak dicatu.

Program pemvaksinan

Pemvaksinan adalah proses memasukkan agen penyakit (virus, bakteria, bakteria dan protozoa) yang telah dilemahkan ke dalam tubuh ayam dengan tujuan untuk meningkatkan antibodi dalam darah. Umur 1 - 3 hari beri vaksin Raniket "F" dengan cara menitiskan dalam hidung, atau mata atau dalam minuman.

Untuk Vaksin Mareks HVT diberi ketika umur 1 - 3 hari atau 12 - 14 hari disuntik pada bahagian otot paha atau bawah kulit tengkuk. Untuk umur 2 - 3 minggu vaksin Raniket F dicucuk pada pelipis kepak. Selepas 7 hingga 10 hari, kejayaan vaksinasi boleh ditentukan dengan kehadiran keruping pada kulit selaput tempat ia disuntik. Jika tiada kelihatan maka suntikan perlu diulangi. Seterusnya umur 6 -7 minggu suntik vaksin Raniket "S" dengan cara suntikan pada otot dada.

Memotong paruh (Debeaking)

Proses pemotongan paruh ini dilakukan bertujuan untuk mengurangkan sifat mematuk dikalangan mereka (kanabalisme). Pemotongan dilakukan dilakukan ketika ayam berumur antara 7 - 10 hari dengan menggunakan alat dipanggil Debeaker yakni dengan membuang sebahagian paruh atas dan bawah. Untuk menghindar pendarahan ketika memotong paruh, berikan vitamin K kepada ayam selama 1 - 3 hari sebelum dan sesudah proses pemotongan.

Penyakit dan kawalan

Proses pengesanan penyakit boleh dilakukan dengan memerhatikan tingkah laku ayam, pengambilan makanan dan minuman, tinja (najis) yang dikeluarkan serta pemerhatian pada waktu malam. Penyakit sampar merupakan penyakit yang paling merbahaya dan kawalannya adalah melalui suntikan vaksin, mencegah burung liar dan ayam dari berkeliaran serta menghapuskan ayam yang dijangkiti apabila berlakunya wabak ini.

Penyakit puru (Fowl Pox) boleh dicegah melalui suntikan vaksinasi pada umur 3 minggu, iodin boleh disapu pada bahagian badan yang diserang dan semua ayam yang diserang hendaklah dimusnahkan. Penyakit berak kapur (Pullorum) menyebabkan kematian anak ayam yang berumur 5 - 10 hari.

Pencegahan boleh dilakukan dengan mencampurkan antibiotik seperti Neomycin sulfat dalam minuman pada kadar 1 camca kecil untuk 9.1 liter air. Furazolidon juga boleh diberi pada kadar 4 sudu besar bagi setiap 3 kg makanan selama 10 hari berturut-turut. Penyakit Selsema burung (Avian Influenza H5N1) berpunca dari penghijrahan burung atau unggas yang berjangkit.

Virus yang terdapat dalam najis, air liur dan lelehan dari hidung unggas yang berjangkit boleh dijangkiti apabila tersentuh. Pencegahan boleh dilakukan melalui kebersihan dan biosekuriti ladang atau beli stok dari sumber yang sah. Pasang jaring kalis burung di reban agar burung liar tidak dapat masuk dalam reban. Lapor serta merta kepada JPV jika terdapat ayam yang sakit atau mati dan elakkan lupus sendiri haiwan tersebut.

*Petikan dari Utusan Malaysia.

Sunday, 22 May 2011

Produk CNI - Kopi Ginseng Tongkat Ali

1 bungkus ada 20pcs dan berharga RM24.00

Minumlah Kopi Ginseng Tongkat Ali CNI untuk kekuatan dan kecergasan sepanjang hari. Untuk dapatkan rasa yang istimewa mari cuba bancuh Kopi Ginseng Tongkat Ali CNI seperti cara dibawah. Selamat mencuba.

Bahan - bahan
  • Tongkat Ali Ginseng - 1 batang (20gram)
  • Susu Penuh Krim - 30ml
  • Air Panas - 120ml
  • Jus Halia (Pilihan) - 1 sudu teh
Cara penyediaan
  • Larutkan Tongkat Ali Ginseng Cofee dengan air panas.
  • Tuangkan susu penuh krim dan gaulkan rata.
  • Curahkan buih susu yang tebal ke atas kopi.
  • Cadangan, sertakan 1 sudu teh jus halia untuk menambah rasa.
Penyediaan buih susu
  • Panaskan susu penuh krim.
  • Pukul susu sehingga kembang dan naik.
Jika ingin membeli Kopi Ginseng Tongkat Ali CNI bolehlah hubungi Faizal 012-9116595 atau Cik Noor 013-6954584.

Saturday, 21 May 2011

Pameran Perabot Terbesar ke-6


Perkara : Pameran Perabot Terbesar di Melaka
Tarikh : 2hb - 5hb Jun 2011
Masa : 11.00pg - 10.00mlm
Tempat : MITC Air Keroh Melaka

Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia. Singgah ler..

Friday, 20 May 2011

Burung Unta


BURUNG unta atau Struthio camelus berasal dari benua Afrika dan tergolong dalam order Ratitae iaitu burung yang tidak boleh terbang. Burung berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama dengan burung kasuari, emu, rhea dan kiwi.

Dalam sejarah perkembangan manusia, burung unta mula diternak secara komersial pada tahun 1860 di Afrika Selatan dengan matlamat utamanya untuk penghasilan bulu. Setelah mengalami beberapa kali kemerosotan dan pemulihan, pada tahun 1945 industri moden burung unta mula berkembang. Selain bulunya, daging dan kulit merupakan teras utama industri.

Di Malaysia, sebilangan besar burung unta mula diimport pada tahun 1994 dan kini terdapat lebih 35 tempat pemeliharaan burung unta di seluruh negara. Daging burung unta kian popular di kalangan pengguna dan mudah diperoleh terutama di restoran dan hotel ternama.

Baka burung unta

Terdapat tiga jenis baka iaitu baka South African Black juga dikenali sebagai burung unta Oudtshoorn. Ia merupakan baka domestik dan paling diminati serta dipelihara serata dunia. Mempunyai kualiti bulu dan kulit yang tinggi iaitu paling banyak minyak dan daging merah yang pejal jika dibandingkan dengan tiga baka yang lain.

Seekor burung unta African Black boleh mengeluarkan 14 kaki persegi kulit. Tinggi dan berat dewasa 120 kilogram (kg) ketika berumur antara 18 dan 20 bulan. Baka Blue Neck atau burung unta Somali di mana jantan berwarna biru di tengkuk dan di paha. Sangat sesuai untuk daging, bersaiz besar jika dibandingkan dengan African Blacks. Berat dewasa 160kg. Merupakan burung unta yang paling tinggi dan bahagian atas kepalanya botak tetapi mempunyai kualiti bulu yang rendah.

Baka Red Neck pula atau burung unta Massai di mana jantan berwarna merah jambu atau merah di tengkuk dan peha serta jambulnya botak sedikit. Juga merupakan baka yang tinggi, berat dewasa mencecah 170kg, mempunyai kualiti bulu yang rendah tetapi terlalu agresif atau panas baran.

Sifat burung unta

Sungguhpun ia tidak boleh terbang, tetapi fizikalnya besar, mempunyai leher yang panjang, kuat dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam) malah merupakan burung yang berlari terpantas di dunia. Oleh itu ia memerlukan kawasan lapang untuk berlari dan bergerak bebas, tidak kira apa jua sistem pengeluaran yang diamalkan.

Sifat-sifat lain yang unik ialah, kakinya yang besar, hanya mempunyai dua jari, otaknya amat kecil berbanding dengan badannya yang besar, pendengaran dan penglihatannya amat tajam dan tabiatnya suka mematuk sesuatu sepanjang hari. Mekanisme kawalan suhu ada secara semulajadi pada tubuh burung, di mana burung unta menggunakan kepaknya untuk menutup tubuhnya yang tidak berbulu ketika sejuk atau melebarkan kepaknya pada waktu panas bagi membebaskan haba.

Pembiakan

Pembiakan burung unta bermula dari proses pemilihan pasangan yang telah mencapai tahap kematangan seks diikuti dengan proses mengawan, penghasilan telor, pengeraman dan penetasan.Kematangan seks burung unta adalah ketika berusia antara empat dan lima tahun manakala burung unta yang diternak matang lebih awal iaitu pada umur antara dua dan tiga tahun dan boleh dijual pada umur antara 10 dan 12 bulan.

Seekor burung unta betina boleh menghasilkan telur sehingga antara 40 dan 80 biji setahun. Telur berkenaan boleh dieram secara semulajadi atau melalui alat pengeraman, tempoh penetasannya memakan masa selama 42 hari. Seekor burung unta jantan boleh mengawan dengan beberapa ekor burung unta betina, namun nisbah jantan betina 1:1 adalah lebih sesuai.

Pengurusan

Pengurusan bermula dari peringkat perindukan (brooding) dari umur 0 - 3 bulan, diikuti peringkat juvenile dari empat kepada 11 bulan dan peringkat dewasa 12 bulan ke atas. Bagi burung unta pedaging 40 ekor burung unta boleh dipelihara di dalam kawasan seluas 0.4 hektar (satu ekar).

Dalam sistem intensif, ruangan seluas 50 meter (m) persegi atau lebih diperlukan untuk sepasang burung unta. Bagi sistem separa intensif kadar bertelor dan kadar pensenyawaan lebih tinggi kerana lebih banyak ruang makanan diperolehi dan peluang untuk mengawan.

Burung unta biasanya suka memakan biji-bijian atau makanan rumusan berbentuk pelet seperti pelet ayam, rumput, buah-buahan dan bunga-bungaan, juga serangga seperti locust. Rumput yang sesuai di makan terdiri dari Paspalum conjugatum, Panicum maximum, Pennisetum purpureum dan Asystasia coromandeliana. Ia mempunyai gigi yang sedikit dan lemah, juga ada yang langsung tidak mempunyai gigi. Kebanyakannya menelan makanan mereka bersama batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menggiling makanan di dalam perut.

Burung unta dewasa dianggarkan membawa bersama kira-kira sekilogram batu kerikil kecil ke dalam perut mereka. Apabila makan, ia akan mengisi kerongkongnya dengan makanan, bolus yang mengandungi campuran makanan dan kerikil kecil akan ditolak masuk melalui esofagus dan seterusnya ke dalam perut untuk dicerna. Burung unta boleh bertahan tanpa meminum air untuk beberapa hari, dengan menggunakan cecair metabolik tubuh dan kelembapan ketika menghadam tumbuhan sebagai sumber pendapatan air badan, namun mereka juga sangat menyukai air dan acap kali berendam jika air ada disekeliling mereka.

Kawalan dan Kesihatan

Penyakit Avian Pox berlaku pada beberapa spesies burung dan kesannya adalah ketuat yang menggerutu, berwarna coklat dan membesar di sekeliling mata, juga di tepi mulut dan paruh. Penyakit ini boleh mengakibatkan kematian yang tinggi jika tidak dirawat. Serangga mencucuk/mengigit seperti nyamuk adalah vektor penyebaran penyakit ini.

Pemberian vaksin boleh mengawal penyakit ini. Penyakit Green urine influenza atau influenza avian adalah sangat bahaya. Ia menjangkiti semua spesies burung. Penyakit ini menyebabkan kematian yang tinggi pada anak berumur kurang dari enam bulan. Oleh kerana jangkitan ini disebabkan oleh virus, tiada rawatan khusus untuk penyakit ini melainkan pencegahan sahaja. Simptom penyakit ini adalah urine berwarna hijau atau green urine.

*Petikan dari Utusan Malaysia.

Tuesday, 17 May 2011

Minyak Wangi Perfume Paradise


Perfume Paradise.

Minyak wangi Perfume Paradise ini merupakan himpunan pati minyak wangi tulen tanpa alkohol yang di inspirasikan dari haruman jenama terkenal dan terkemuka. Minyak wangi Perfume Paradise ini lebih kekal lama dan mempersonakan kerana ia dihasilkan dari bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi. Jadi ia sesuai untuk dijadikan wangian seharian tanpa was was.

Kami juga menjual wangian Perfume Paradise dan merupakan salah seorang Mini Stokis di Negeri Melaka. Sesiapa yang ingin menjadi agen jualan dialu-alukan.

Segala pertanyaan boleh hubungi Faizal 012-9116595 atau Cik Noor 013-6954584.

Monday, 16 May 2011

Karnival Jom Gempau 2011

Bermula dari 25hb - 29hb Mei 2011 di Perkarangan Stadium Hang Jebat, Melaka Bandaraya Bersejarah. Banyak aktiviti menarik menanti anda disana.

Acara acara menarik seperti
  1. Sepak Raga Bulat 
  2. Street Soccer
  3. Paint Ball
  4. Pocket Bike
  5. Go Cart
  6. Dam Haji
  7. Sukan Rakyat
  8. Catur
  9. Urusetia Karnival
  10. Kenali Politeknik / Outreach Program
  11. Perkhidmatan DJ & Karaoke
  12. Program / Kursus
  13. Warisan Seni & Lagu Tradisional
  14. Sewaan Tapak Niaga
  15. Konvoi Motosikal Big Bike - Road to Jom Gempau Double Trouble
  16. Pameran Agensi Kerajaan / Berkanun
  17. Makan Amal Anak Yatim Bersama Ketua Menteri Melaka
Jomlah... bersama kita alami keunikan karnival ini... Jumpa disana!!!

*Salah satu Event Myskill Media Sdn Bhd.

Sunday, 15 May 2011

Osama bin Laden

Kecam atau simpati?

Pemimpin nombor dua Al-Qaeda, Ayman al-Zawahri yang dikatakan bakal meneruskan perjuangan Osama (kanan) selepas ini.


Sejak itu pandangan dunia semakin berubah bukan sahaja terhadap Osama tetapi turut memberi tempias yang ketara kepada semua penganut Islam di seluruh dunia. Pemburuan terhadapnya sama ada hidup atau mati telah menjadi agenda dan dendam utama pihak AS dan Barat namun semua itu menemui kegagalan kerana dikatakan Osama begitu licik bersembunyi.

Sejak tahun 2001, Osama dan pertubuhannya Al-Qaeda menjadi sasaran utama dalam perang terhadap keganasan yang dilancarkan oleh AS. Beliau dan ketua-ketua Al-Qaeda yang lain dipercayai bersembunyi di gua-gua berdekatan Kawasan Kabilah Tadbiran Persekutuan di Afghanistan dan Pakistan.

Namun segalanya berakhir bagi musuh nombor satu AS itu apabila Osama dikatakan terbunuh dalam satu serangan pada 1 Mei lepas namun bukan di dalam gua tetapi di sebuah rumah separuh mewah. Presiden AS, Barack Obama dengan bangga mengumumkan di saluran televisyen kebangsaan AS bahawa Osama telah dibunuh oleh pasukan komando SEAL, di Abbottabad, Pakistan dalam satu operasi rahsia yang dilulus dan dipantau secara terus oleh Obama.

Mewah

Pemimpin tertinggi Al-Qaeda itu dilahirkan dengan nama Usamah bin Muhammad bin Awwad bin Ladin di Jeddah, Arab Saudi pada 28 Jun 1957. Osama merupakan putera pasangan Muhammad bin Awad bin Ladin seorang usahawan pembinaan dengan isteri kesepuluhnya, Hamida al-Attas.

Beliau yang lahir dari keluarga kaya di Arab Saudi, merupakan anak ke 17 dari 52 beradik dan dibesarkan dalam kemewahan. Bapanya adalah seorang petani miskin dari Yaman yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia Kedua. Di sana Mohammed bergerak dalam bidang pembinaan dan mendapat banyak kontrak pembinaan masjid dan istana dari pemerintah Arab Saudi.

Osama pada zaman remajanya membesar seperti remaja lain namun mula berubah setelah melanjutkan pelajaran ke Universiti King Abdul Al Aziz. Osama berjaya menamatkan pengajian dalam bidang ekonomi dan pentadbiran perniagaan pada tahun 1979. Pengaruh kuat Osama dalam ekstremis agama berlaku setelah beliau rapat dengan seorang pensyarah universiti tersebut, Abdullah Azzam yang mana beliau juga adalah pengasas Hamas.

Abdullah Azzam juga diketahui sebagai tokoh utama yang memainkan peranan menggerakkan sokongan bangsa Arab terhadap kaum Mujahidin yang berperang melawan pendudukan Russia di Afghanistan. Osama pertama kali berkahwin pada pertengahan tahun 70-an dengan sepupu sebelah ibunya yang berasal dari Syria tetapi bercerai beberapa tahun sebelum peristiwa serangan 11 September. Beliau kemudiannya melangsungkan empat lagi perkahwinan dan dikatakan mempunyai 20 orang anak.

Sebaik menamatkan pelajaran di universiti, Osama mula terlibat secara aktif dalam gerakan Islam di Afghanistan dan akhirnya mengetuai gerakan Al-Qaeda yang dikatakan menjadi punca kepada keadaan huru-hara di dunia sekarang.

Serangan

Berita mengenai kematian Osama adalah sangat mengejutkan kerana sebelum ini sudah pelbagai cerita dan spekulasi diperkatakan mengenai kehidupan beliau. Namun kebenaran mengenai peristiwa itu akhirnya diakui apabila pihak Al-Qaeda sendiri mengaku bahawa Osama telah terkorban.

Namun peristiwa mengenai bagaimana pembunuhan Osama ini berlaku sangat menarik untuk diperkatakan malah meruntun kontroversi yang sangat mengejutkan. Peristiwa ini bermula apabila pegawai perisikan AS mendapat tahu mengenai kawasan tersebut pada Ogos tahun lalu, ketika mereka menjejak seorang lelaki yang dipercayai orang kepercayaan Osama.

Tempat persembunyian Osama merupakan kompleks rumah teras tiga tingkat di kawasan sederhana mewah di bandar Abbottabad, dua jam perjalanan dari Islamabad, Pakistan. Pihak perisikan AS telah memburu orang kepercayaan Osama itu sejak sekian lama bermula dengan soal-siasat puluhan tahanan Al-Qaeda yang ditangkap AS.

Hasilnya Agensi Perisikan Pusat (CIA) membuat kesimpulan lelaki berkenaan yang identitinya masih dirahsiakan adalah orang kepercayaan dan berkemungkinan besar tinggal bersama Osama.

Lebih mengejutkan kawasan persembunyian Osama adalah di sebuah kejiranan sederhana mewah, yang di dikelilingi oleh tembok setinggi 18 kaki, dan bumbungnya mempunyai kawat berduri serta terletak berhampiran dengan kawasan perumahan tentera.

Operasi

Dalam operasi sulit itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa Pakistan, beberapa helikopter Blackhawk MH-60 yang diubah suai berlepas dengan membawa pasukan SEAL dari Pangkalan Udara Ghazi menuju ke Abbottabad.

Seramai 22 orang terbunuh atau ditangkap selepas tembakan bertalu-talu dilepaskan selama lebih 40 minit, termasuk Osama mati akibat terkena dua tembakan di kepalanya. Mayatnya dibawa dengan helikopter yang kembali ke pangkalan, manakala sebuah helikopter mengalami kerosakan mekanikal dan terpaksa dimusnahkan oleh tentera AS.

Pegawai perisikan CIA percaya bahawa kawasan tersebut yang bernilai jutaan dolar dibina enam tahun lalu untuk melindungi seorang tokoh pengganas besar. Sehingga kini masih menjadi misteri siapa yang membinanya?

Sejak Ogos tahun lepas, CIA menyemak maklumat mereka berkali-kali untuk memastikan siapakah yang tinggal di sebalik tembok tersebut. Sehinggalah mereka akhirnya membuat kesimpulan hampir pasti ia merupakan tempat persembunyian Osama. Sumber perisikan memberitahu, sejak pertengahan Februari lepas, pegawai kanan perisikan AS tahu bahawa Obama memberikan perhatian yang serius mengenai operasi ini.

Terbunuh

Malah Obama selama dua bulan setengah mengetuai sendiri lima mesyuarat Majlis Keselamatan Kebangsaan dan tertumpu kepada isu apakah benar Osama menetap di kompleks itu dan bagaimana untuk ‘mendapatkan’ beliau.

Pada kebiasaannya AS akan berkerjasama dengan sekutunya seperti yang berlaku terhadap Libya apabila sekutunya dari NATO turut sama menghancurkan negara itu semata-mata untuk membunuh Muammar Gaddafi.

Tapi untuk misi ini AS memilih untuk bersendirian, malah tidak melibatkan langsung kerjasama agensi perisikan Pakistan. Operasi ini terlalu penting dan terlalu rahsia bagi AS kerana tersilap langkah, maklumat penting itu mungkin bocor ke tangan pihak lain.

Sebuah unit khas dari tentera elit AS Navy SEAL (Pasukan Enam) dikenalpasti dan diletakkan di bawah arahan harian Pengarah CIA, Leon Panetta, yang memantau rumah teres tiga tingkat itu dari jauh. Dilengkapi alat canggih, pasukan ini biasanya beroperasi dari pangkalan mereka di timur Afghanistan. Di kalangan tentera elit AS, pasukan ini punya gelaran tersendiri iaitu DevGru. Mereka menerima arahan langsung dari Presiden dan beroperasi di seluruh dunia.

Bunuh

Setelah perancangan rapi pada 29 April, Obama meluluskan operasi untuk membunuh Osama dan selang beberapa hari Osama terbunuh sebelum dikebumikan dengan penuh penghinaan, jenazahnya hanya di campak ke laut (pada malam kejadian) walaupun dikatakan mengikut cara Islam.

Keseluruhannya 22 orang yang terbunuh atau ditangkap dalam operasi itu. Tiada ‘mangsa’ di kalangan tentera AS. Sumber ketenteraan mengatakan bahawa Osama bertindak "melawan" namun apalah dayanya jika tanpa senjata di sisi dan lebih menyayat hati anak dan isterinya sendiri menjadi saksi kekejaman tentera AS terhadap Osama.

Beliau ditembak di di sisi kiri kepala sekaligus menamatkan riwayat pemimpin yang telah mendapat simpati mahupun kecaman dari masyarakat Islam di seluruh dunia.

AS menggambarkan Osama sebagai “paksi kejahatan” tetapi hakikatnya tindakan AS yang telah mewujudkan Osama, Al-Qaeda dan sebagainya. Ada pihak yang menganggap pembunuhan Osama menjanjikan keamanan kepada dunia.
Hakikatnya pandangan ini sangat daif dan tumpul sebenarnya kerana lebih ramai lagi “Osama” kini menanti masa untuk muncul.

*Petikan dari Utusan Malaysia.

Wednesday, 11 May 2011

Konsert Lagenda Double Trouble Live @ Melaka


Promosi Konsert Lagenda Double Trouble Live @ Melaka di Stadium Hang Jebat pada 9mlm 27hb Mei 2011.


*Salah satu event Myskill Media Sdn Bhd.

Myskill Media Sdn Bhd

Myskill Media Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti

1. Printing Design
2. Offset Printing
3. Event Management
4. Audio / Videoworks
5. Corporate Video
6. Travel & Tour Management

Nak lihat aktiviti Myskill Media Sdn Bhd leh tengok kat sini.

Segala pertanyaan boleh hubungi

En Azmar 019-3845962
Cik Noor 013-6954584
Pejabat 03-8961 8409
Fax 03-8961 8413

Sunday, 8 May 2011

Percik Cafe di Dataran Melaka Mall

Kiosk Percik Cafe kami
Ayam Percik Roti Bun

Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak kiosk kami ditutup sementara waktu. Harap maklum.

Sekarang ini kami berniaga Kiosk Makanan Percik Cafe di Dataran Melaka Mall, Air Keroh Melaka. Makanan yang dijual terdiri dari set-set

1. Ayam Percik Roti Bun
2. Ayam Percik Nasi Impit
3. Satay Ayam
4. Air Coconut Shake
5. Air Pitaschio Shake

Untuk menikmati kelazatan menu diatas bolehlah datang ke sendiri ke Dataran Melaka Mall. Waktu niaga bermula dari 6.00ptg hingga 1.00pagi. Semua di jemput singgah ler..

Penghantaran boleh dibuat di sekitar Bandar Melaka sahaja. Dari pukul 1.00tghr hingga 10.00mlm sahaja. Segala pertanyaan boleh hubungi Faizal 012-9116595 atau Cik Noor 013-6954584.

Monday, 2 May 2011

Burung Puyuh

 







BURUNG puyuh memerlukan kawasan pembiakan yang bersih serta dilengkapi sistem pengudaraan sempurna bagi memastikannya bebas daripada jangkitan penyakit.

JAPANESE quail atau Coturnix japonica adalah nama saintifik bagi puyuh pedaging. Ia tergolong dalam famili Phasianidae. Pemeliharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana saiz puyuh jauh lebih kecil daripada unggas lain seperti ayam.

Pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang lain. Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya.

Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan reban yang perlu didirikan. Peredaran udara yang baik juga perlu diambil kira dalam pemilihan kawasan.

Keperluan reban tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh pedaging. Bagi pengusaha yang hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya lapan unit.

Ini berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus keluar bagi setiap bangsal. Begitu juga bagi keperluan kawasan. Saiz reban untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan seekor sebanyak 210 sentimeter persegi.

Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara dua reban. Kawasan penternakan perlu dipagar untuk mengelakkan gangguan dari ternakan atau binatang lain.

Persiapan penerimaan anak puyuh

Sekeliling bangsal perlu ditutup dengan 'polyethelene bagi mengelakkan kemasukan angin sejuk dari luar. Hanya tiga perempat ketinggian tepi bangsal yang perlu ditutup. Serbuk kayu atau bahan setaraf yang boleh menyerap air dan selamat digunakan setebal lapan sentimeter hendaklah dialaskan di atas lantai.

Kebanyakan peralatan ternakan puyuh adalah sama dengan peralatan ternakan ayam. Bulatan untuk perindukan 1,000 ekor anak puyuh dan peralatan perindukan hendaklah disediakan sebelum ketibaan anak puyuh.

Bagi sistem menggunakan kotak khas, sekeliling bangsal juga perlu ditutup. Gunakan kertas daripada jenis corrugated sebagai alas lantai dalam kotak. Tempatkan lebih kurang 100 ekor anak puyuh untuk perindukan bagi setiap petak. Sediakan air dan makanan sebelum kemasukan anak puyuh.

Sistem Pengurusan

Sistem pemeliharaan atas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada dalam satu bangsal.

Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik. Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan. Anak puyuh diinduk di dalam kotak perindukan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.

Peringkat perindukan

Pengurusan perindukan amatlah penting kerana kegagalan memenuhi kehendak anak puyuh mengakibatkan peratus kematian yang tinggi dan kadar pembesaran yang terencat. Perindukan adalah pemeliharaan anak puyuh dengan menjaga keperluan suhu dan peredaran serta pengudaraan yang sempurna selama antara 10 dan 14 hari.

Luas kawasan perindukan bagi 1,000 ekor anak puyuh adalah 30 sentimeter persegi/ekor. Keperluan suhu yang sesuai adalah antara 35 dan 36darjah Celsius pada tiga hari pertama. Selepas itu suhu dalam bilik boleh dikurangkan mengikut keadaan hari.

Pemberian haba tamat pada hari ke-10. Suhu yang rendah mengakibatkan kematian puyuh ia akan berhimpit dan bertindih. Suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kematian kerana tekanan kepanasan. Anak-anak puyuh yang mati mesti dikeluarkan setiap hari dan dibuang. Pemberian antibiotik boleh diberikan mengikut situasi.

Dalam sistem pemeliharaan dalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan di dalamnya selama antara 10 dan 14 hari. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis corrugated paper. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya.

Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran satu meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh. Reban hendaklah ditutup semasa perindukan dengan polyethelene sheets. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.

Peringkat pembesaran

Dalam sistem pemeliharaan atas lantai sarap, kepungan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya dalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman automatik digunakan untuk menampung 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu.

Makanan perlu diberikan sepanjang masa tanpa had untuk pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakkan daripada gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari. Pada ketika itu berat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram seekor.

Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual (mengeluarkan telur) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 45 hari.

Bagi sistem pemeliharaan dalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepungan di reban. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan di atasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan dalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan.

Palung makanan hendaklah digantung di sebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak boleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging. Puyuh akan dibesarkan dalam kotak ini sehingga di proses. Palung minuman dan makanan digantung di luar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak.

Pemakanan puyuh

Puyuh diberi makanan dari jenis Quail Starter Mash atau makanan permulaan puyuh untuk mendapatkan hasil pembesaran yang cepat. Makanan permulaan ayam pedaging boleh digunakan sebagai ganti Quail Starter Mash. Keadaan ini berlaku kerana syarikat pembuat makanan ternakan kurang menjual makanan puyuh pedaging kerana jumlah yang kecil.

Kesihatan

Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan flighty behaviour dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian.

Puyuh juga mempunyai sifat terkejut dan 'excitability yang boleh menjejaskan prestasi.

*Petikan dari Utusan Malaysia.

Sunday, 1 May 2011

Karnival Jom Gempau Melaka 25-29 Mei 2011

Karnival Jom Gempau Melaka akan diadakan di Stadium Hang Jebat pada 25hb Mei 2011 hingga 29hb Mei 2011. Pada Jumaat 27hb Mei  pukul 9 malam akan berlangsung sebuah Konsert Double Trouble dari Kumpulan Search dan Wings. Tiket konsert ini dijual pada harga RM70 (tidak berbumbung) dan RM100 (berbumbung). Berminat boleh hubungi kawan.. Siapa cepat dia dapat..

*Salah satu event Myskill Media Sdn Bhd.