Buah Nanas
Menurut Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) nanas mengandungi vitamin C yang tinggi yang sangat baik untuk kesihatan dan dapat membantu menyembuhkan luka di samping Vitamin B1 dan B2.
Penyediaan tanah
- Bagi kawasan yang baru dibuka, kerja-kerja menebang, menerangkan kawasan dan membuat parit dijalankan.
- Parit perlu dibina untuk mengelak akar terendam sebagai contoh, untuk tanah gambut parit besar dengan ukuran 244 sentimeter (sm) x 910 sm x 152sm dan parit kecil 122 sm x 92 sm x 92 sm dibina melintang parit besar dengan jarak 200 meter tiap satu.
- Pembiakan tampang adalah lebih mudah iaitu dengan menggunakan sulur tangkai, sulur udara, sulur tanah atau jambul nanas.
- Sulur tangkai selalu digunakan dimana sulur-sulur berkenaan akan dicelupkan dalam larutan Bordeux dan ditoskan lalu dibiarkan pangkal sulur ke atas selama dua minggu (campuran Bordeux - 0.4 kg CuSO4 + 0.9 kg Ca(OH)2 dilarutkan dalam 46 liter air).
- Pangkal sulur dipotong dan daun-daun sisik dibuang supaya cepat berakar.
- Jarak tanaman yang disyorkan ialah 120 sm x 60 sm x 30 sm (37,000 pokok/ha) dalam dua barisan atau boleh juga 90sm x 60sm x 30sm (43,500 pokok/ha) mengikut kesesuaian.
- Lubang dibuat menggunakan kayu tugal dan tanamkan sulur yang sama saiz pada petak atau kawasan yang sama untuk keseragaman.
- Tanam satu sulur untuk satu lubang dan padatkan tanah keliling sulur supaya ia dapat tegak dan tidak mudah rebah.
- Kadar pembajaan NPK 30:1:32 dengan kadar 200 kg/ha pada tiap-tiap peringkat umur tiga, enam dan sembilan bulan adalah disyorkan untuk tanah gambut.
- Merumpai dijalankan dua bulan sekali pada peringkat umur 6 bulan dan selapas itu tiga bulan sekali.
- Hormon penggalak bunga boleh meningkatkan kematangan pokok, menghasilkan buah yang lebih besar dan serentak.
- Buah nanas dihasilkan pada peringkat umur antara 12 dan 13 bulan dengan menggunakan hormon dan tanpa hormon antara 18 dan 24 bulan.
- Contoh hormon seperti pil ANA (Alpha Naphtyl Acetic) satu biji sepokok atau ethapon (30 ml ethrel + 180 g urea + 18 liter air) disembur 40-50 ml pada pangkal pokok atau tengah pucuk.
- Koya memakan pangkal daun, akar dan buah. Daun bertukar warna merah dari hujung daun hingga keseluruhan pokok menjadi layu.
- Teritip menghisap tisu daun, buah dan tangkai menyebabkan bintik-bintik kuning pada daun.
- Hama merah memakan bahagian pangkal daun tua hingga menyebabkan tompok-tompok lekuk berwarna coklat.
- Kawalan bagi serangga di atas adalah dengan menggunakan sulur yang sihat dan racun serangga yang bersesuaian.
- Buah hantu disebabkan oleh bakteria Erwinia chrysanthemi menyebabkan buah menjadi lembik dan reput dan mengeluarkan cecair antara dua tiga minggu sebelum buah masak.
- Reput teras disebabkan oleh bakteria Erwinia chrysanthemi menyebabkan daun di bahagian pucuk menjadi lembut dan reput bermula dari pangkal daun dan merebak ke atas daun.
- Reput perdu oleh kulat Thielaviopsis paradoxa menyebabkan reput di bahagian pangkal pokok nanas.
- Mata dalam disebabkan oleh kulat Penicillium funiculsom menyebabkan dinding ovari anak buah diliputi lapisan berongga, merebak ke arah empulur berwarna coklat gelap dan keras.
- Penyakit ini dapat dikawal dengan menggunakan benih sulur yang sihat, buang pokok yang berpenyakit dan amalan kultura yang betul.
- Hasil boleh dikutip selepas 18 bulan ditanam.
- Buah boleh dipetik sekurang-kurangnya satu matanya berubah ke warna kuning. Anggaran hasil tanaman pertama adalah lebih kurang 42 tan/ha dan untuk tanaman kedua (ratoon) 27 tan/ha mengikut jenis kultivar nanas. Potensi hasil Josopine (35 tan/ha), Moris (35 tan/ha) dan N36 (45 tan/ha).
- Buah nanas boleh digredkan berdasarkan saiz buahnya iaitu Klas A (12-12.7 sm), Klas B(11 -12.0 sm) dan Klas C (9-11.0 sm).
No comments:
Post a Comment