Tidak perlu berbelanja besar, mudah ditanam dan tidak memerlukan kawasan luas. Itu yang ditawarkan oleh Program Keusahawan Stevia oleh syarikat pertanian Megaherbs Bioextreme (Megaherbs) kepada usahawan yang berminat.
Megaherbs Bioextreme (Megaherbs) menawarkan penanaman stevia secara ladang kontrak kepada usahawan yang berminat.
‘‘Ia akan memudahkan kedua-dua pihak dalam urusan pembekalan baja dan anak pokok serta pembelian semula hasil tanaman.
‘‘Biasanya, syarikat akan membeli daun stevia kering dengan harga RM40 hingga RM50 sekilogram mengikut gred dan harga pasaran. ‘‘Kontrak ini akan dijalankan selama dua tahun dan pengusaha boleh memperbaharuinya mengikut kesesuaian,’’ jelasnya.
Bagi usahawan yang berminat, pihak Megaherbs telah menyediakan beberapa pakej kursus bermula daripada kos serendah RM3,000 hingga RM90,000.
Selain berurusan dengan para usahawan, Megaherbs turut menjalankan kerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan bagi menjalankan aktiviti penanaman stevia dalam skala besar.
Antaranya seperti usaha sama dengan Jabatan Pertanian Terengganu bagi mewujudkan Pusat Latihan Penanaman stevia untuk para petani di seluruh negeri Terengganu.
Tidak cukup dengan itu, Megaherbs juga sedang dalam proses perbincangan dengan sebuah organisasi dari Sabah untuk membuka ladang stevia di sana.
‘‘Kita juga ada menjalankan latihan penanaman di rumah ibu-ibu tunggal untuk menggalakkan mereka menceburi industri ini di samping mengisi masa lapang.
‘‘Selain itu, kita turut melatih para belia di seluruh Malaysia yang berminat menjalankan perniagaan ini di bawah program Belia 4B,’’ jelasnya.
Untuk perancangan tahun 2011, Megaherbs bercadang membuka lebih kurang 1,000 ladang Stevia baru di seluruh negara.
Para usahawan yang berminat dipelawa menyertai program ini dengan mendaftar di laman web http://www.plantstevia.blogspot.com/.
No comments:
Post a Comment